Friday, August 18, 2017

Politk sewel atau pemimpin sewel? Ingat......rakyat masih belum sewel!

Bila Abe Awang Malaya membebel...
PAS sudah mengumumkan secara terbuka bahawa parti purba itu akan meletakkan calon untuk bertanding di Parlimen Kuantan, Parlimen Indera Mahkota, Parlimen Permatang Pauh.... Sedangkan semua kerusi parlimen itu disandang oleh PKR.... Bahkan MP Permatang Pauh ialah Presiden PKR sendiri.

Tetapi PKR pula umumkan secara terbuka bahawa parti milik abang Diva Azwan Ali itu akan bekerjasama dengan PAS di Selangor... Bahkan Presiden PKR sendiri yang kerusinya akan dilawan oleh PAS di Permatang Pauh itu turut setuju untuk kerjasama dengan PAS di Selangor.

Heeei, come on...! Ini politik apa ini....? Ini goblok namanya... Ini politik gila....! Ini pakatan sumbang yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia.....Memalukan!

Ya, kamu orang politik kaum bangsawan semuanya hidup senang, dikelilingi kemewahan, kereta besar, rumah besar, harta bertimbun, pakaian berkilauan bertatahkan permata.... Kamu fikir rakyat bawahan yang bangsat semuanya bodoh-bodoh belaka.... Buatlah apa saja, rakyat marhein tetap akan berebut-rebut mengundi kamu, menjulang kamu sebagai orang besar yang kaya dan mempunyai kuasa..... 

Tanah Malaya ini tidak lain tidak bukan adalah harta pusaka warisan untuk orang-orang politik seperti kamu...! Rakyat yang bangsat tidak lain tidak bukan hanya sebagai hamba abdi dan kuli batak kamu saja...!

Kamu tidak pernah merasai penderitaan rakyat yang melarat.... Kamu hanya sibuk membuat percaturan untuk mengekalkan kuasa kamu semata-mata....

Ya, khabar gembira untuk kamu orang-orang politik yang mengumpulkan emas dan perak sedangkan rakyat menangis mahu mencari sesuap nasi untuk menyambung nyawa, kerana Allah telah menyediakan siksa yang tidak terperi terhadap kamu kelak.

2 comments:

  1. Posting paling best dibaca..
    Salute abe awe malaya..





    #chennai

    ReplyDelete
  2. Pkr semenjak berkawan ngan pis(parti amanat sesat) makin menjadi tak ketahuan. Makin bertambah celanat... semoga pkr cepat mampus. Pis pula parti yg makin menyesatkan. Zuhud cara pis mesti ada audi. Kalu tak sokong pis mesti taubat nasuha. Mmg menyesatkan bro. Fikir2kan lah

    ReplyDelete