Friday, August 25, 2017

Biarkanlah ular ditelan ular nanti!

* Aiik......sape dia PKR pada Hadi dan PAS?
Untuk apa Rafizi mahukan penjelasan? 
Adakah PKR masih belum kenal Hadi dan PAS?
Adakah PKR masih anggap yang PAS adalah kawan setia?
Biarkanlah Azmin berangan di pelampung masa......

Rafizi desak Hadi jelaskan dakwaan bertemu Najib rampas PH Selangor
25 Ogos 2017 | MALAYSIA DATELINE
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penjelasan akan dakwaan mengatakan Pas-Umno merancang merampas negeri Selangor sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar  berbahasa Inggeris hari ini.

Beliau berkata, laporan akhbar News Straits Times itu memberikan kesan besar kapada negara kerana mempengaruhi perkembangan politik di dalam perngkat PKR dan Pakatan Harapan (PH).

"Laporan ini kerana ia ada kesan besar kepada negara dan juga mempengaruhi perkembangan politik dalaman di peringkat Keadilan dan PH.

"Jika laporan ini tidak benar, maka samanlah Straits Times sepantas kilat dan buat sidang media tergempar menafikan perkara-perkara di atas (seperti kekerapan beliau berbincang dengan Datuk Seri Najib di telefon)," ujarya dalam kenyataan.

Beliau mengulas mengenai laporan akhbar tersebut antara lain melaporkan Abdul Hadi dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak “hampir setiap hari sejak beberapa bulan” mengenai rancangan kerjasama Pas-Umno untuk merampas negeri Selangor

Turut dilaporkan dakwaan Tan Sri Khalid Ibrahim bekas Menteri Besar Selangor disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang ingin diangkat melalui kerjasama Pas-Umno dan turut dilihat mengunjungi pejabat perdana menteri beberapa kali. Malah Najib didakwa kerap bercakap dengan Abdul Hadi memalui telefon semasa beliau menjalanai rawatan pada Mei lalu. Termasuklah satu dari perancangan ialah supaya Pas bertanding 42 kerusi untuk memastikan undi Melayu kepada Pakatan Harapan berkurangan.

"Jika benar, saya mohon beliau tidak berdolak dalih dan mengesahkan sama ada kerjasama dengan Umno untuk merampas Selangor pernah ada dalam pertimbangan politik Pas sebelum ini," tegasnya.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan juga berkata, PH perlu bersiap sedia menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan Pas dan sudah tiba masanya perbezaan pendapat di antara pimpinan kanan Keadilan mengenai perkara ini diselesaikan secara muktamad.

"Saya menghormati usaha-usaha sahabat pimpinan lain sebelum ini yang masih cuba untuk memujuk Pas walaupun saya yakin tidak ada satu bukti pun yang sahih yang menunjukkan pertandingan tiga penjuru akan menyebabkan kekalahan besar-besaran Keadilan  (dan hilangnya tampuk pemerintahan Selangor) seperti yang diwar-warkan sebagai alasan paling kukuh memujuk Pas.

"Malah, segala kajiselidik yang dijalankan secara telus dan terbuka oleh Invoke yang kaedahnya menepati piawaian antarabangsa menunjukkan sokongan rakyat akan berpihak kepada Keadilan dan PH dalam pertandingan 3 penjuru kerana kehendak rakyat ialah untuk menukar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dengan segera.

"Sebelum ini, saya mengimbangi keperluan untuk memberikan ruang kepada sahabat-sahabat pimpinan lain di dalam Keadilan untuk menjayakan rundingan mereka dengan Pas dengan kebimbangan saya tindakan itu dilihat sebagai tidak berprinsip dan mementingkan diri dalam keadaan apa-apa kemenangan yang hendak dicapai mestilah berpasakkan prinsip (bukannya strategi bergabung dengan sesiapa asalkan boleh menang).

Oleh itu, mengambil kira beberapa perkembangan terkini termasuklah pengumuman Pas Selangor semalam untuk bertanding di 42 kerusi dan laporan pada hari ini yang membayangkan kerjasama Pas-Umno, saya akan berunding dengan seberapa ramai pimpinan lain dalam Keadilan ke arah memuktamadkan pendirian Keadilan mengenai Pas dan komitmen Keadilan kepada Pakatan Harapan.

"Saya percaya perbezaan pendapat sesama kami pimpinan kanan di peringkat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat akan berterusan dan tidak akan ada titik persetujuan, maka keputusan sebesar ini hanya boleh dimuktamadkan dengan mengambil kira suara akar umbi Keadilan yang lebih besar (bukannya diputuskan oleh beberapa kerat pimpinan kanan parti semata-mata).

"Walau apa pun kaedahnya nanti, saya ingin menegaskan pendirian saya bahawa pendirian Keadilan mengenai kerjasama dengan Pas  dan komitmen kepada Pakatan Harapan perlulah dimuktamadkan dalam masa terdekat dan bukannya dibiarkan “terbuka” (“open ended”) seperti sekarang, " ujarnya.

3 comments:

  1. Tuang presideng jd barua dan broka rupanya...

    ReplyDelete
  2. kalaulah betoi memang ciloko sungguh pasni

    ReplyDelete
  3. Tuan,
    Gue rasa tidak salah Azmin dan geng usaha terus terusan dapatkan kerjasama parti agama itu untuk menjayakan gagasan 'satu lawan satu' walaupun nampaknya begitu tidak berdaya maju atau lusuh. Rafizi juga betul apabila bertegas mendasarkan keyakinan atas tinjauan pendapat yg telah di usahakan. Malangnya dlm kutipan data ini, puak invoke, setakat gue tahu, tidak pula mensasarkan 'akar umbi' parti agama itu sebagai satu kelompok 'khas' untok kajian.
    Mungkin sudah tiba masa untuk menyerah dan merujuk kepada kuasa yg jauh maha berwenang iaitu Allah S.W.T. dgn memohon petunjukNya melalui solat istiqoroh. Itu pun sekiranya belum di usahakan.

    ReplyDelete