Friday, August 18, 2017

"Aku tak setuju dengan Hadi"

"Antara Abdul Hadi dan Mahathir, aku tak setuju dengan Hadi"
18 Ogos 2017 | MALAYSIA DATELINE
Tun Mahathir dan Abdul Hadi

Pengarah Syariah AMANAH, Zolkharnain Abidin mempunyai perbandingan menarik antara dua pemimpin sekarang, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Pakatan Harapan.

Bagi bekas Adun Pas di Perlis itu, kedua-duanya ada kelebihan masing-masing tetapi beliau menegaskan, "Aku tak setuju dengan Abdul Hadi sebab mesra Umno. Dan aku setuju dengan Mahathir sebab lawan Umno. Itu saja."

"Jika Abdul Hadi dipanggil tuan guru, Mahathir dipanggil doktor. Jika Abdul Hadi pernah jadi MB, Mahathir pernah jadi PM," tulisnya dengan bahasa yang santai.

"Jika Abdul Hadi pandai cakap Arab, Mahathir pandai cakap Inggeris. Jika Abdul Hadi pernah mengajar orang di masjid, Mahathir pernah merawat orang di klinik," katanya lagi.

"Jika Abdul Hadi Presiden Pas, Mahathir pernah jadi Presiden Umno. Jika Abdul Hadi ada Khalil, Mahathir ada Mukhriz," katanya.

Dan yang pastinya kata beliau, mereka berdua orang Islam.
"Kedua-duanya pernah buat dosa, dan kedua-duanya pernah buat jasa. Kedua-duanya (dan kita juga) wajib bertaubat drpd dosa," jelas beliau.
Sehubungan itu, beliau menasihati agar tidak taksub kepada sesiapa sama ada Abdul Hadi atau Tun Mahathir kerana kedua-dua individu itu ialah manusia yang ada akal dan juga nafsu.
Namun di penghujung tulisannya, Zolkarnain menegaskan, "Peringatan: Ini cuma draf."
Ia dipercayai menyindir ahli jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor yang menarik balik tulisannya mengenai Akta 164 dengan alasan ia hanya draf selepas menerima teguran dan kritikan pelbagai pihak.

2 comments:

  1. Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Qur'an dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.

    Dan demikianlah, Kami telah menurunkan Al Qur'an itu sebagai peraturan (yang benar) dalam bahasa Arab. Dan seandainya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu, maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa) Allah.

    bahasa arab bahasa al quran kewajipan manusia untuk belajar bahasa arab
    jangan pandang rendah bahasa arab kalau kita tak mampu nak belajar bahasa arab mungkin salah makpak kita dulu yang jugak jahil bab ugama langusng tidak pentingkan bahasa arab untuk anak anak depa
    adakah kita akan terus mewarisi kejahilan itu dan biarkan anak cucu kita pung jahil bahasa arab macam kita jugak???
    bab kerajaang amno ni memang tak penting bahasa arab ni dari dulu lagi
    depa lebih besarkan dunya dalam hidup depa
    dah la tu buanglah perangai burok tu

    jangan pandang hina bahasa arab

    dosa tengok jugak apa jenis dosa
    tak sama antara sorang denagn sorang punay dosa
    sendiri mau ingatlah

    ReplyDelete


  2. Jangan jadi bangsa arab !

    Belajar bahasa arab dah jadi orang arab.

    ReplyDelete