Tuesday, August 22, 2017

Seruan Presiden Turki: Agak-agak siapa lagi pemimpin jantan yang menyahut?

Dunia Islam perlu bersatu pertahankan Baitulmaqdis - Presiden Turki
Diterbitkan pada Ogos 22, 2017 09:57 MYT
Jordan adalah penjaga Masjid Al Aqsa (gambar) iaitu tempat ketiga paling suci bagi umat Islam, tapak itu juga dianggap kota suci kepada penganut Kristian. - Gambar fail

ANKARA: Semua negara Islam perlu memperlihatkan kebersamaan dan kesatuan yang erat untuk melindungi Baitulmaqdis, kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Beliau berkata demikian kepada wartawan sebelum berlepas untuk mengadakan lawatan rasmi ke Jordan pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Erdogan yang selama ini berulang kali menyatakan sokongan terhadap kebebasan di Masjid Al-Aqsa, berpendapat adalah penting untuk bersama-sama memainkan peranan masing-masing sebagaimana Jordan yang menjadi penjaga masjid suci berkenaan. 

"Pastinya kita tidak mahu mengalami lagi pelanggaran hak dan serangan di Baitulmaqdis jadi dunia Islam harus bersatu padu," katanya.

Jordan adalah penjaga Masjid Al Aqsa iaitu tempat ketiga paling suci bagi umat Islam, tapak itu juga dianggap kota suci kepada penganut Kristian.

Bulan lepas, Israel mengenakan langkah keselamatan baharu di Al-Aqsa susulan pembunuhan dua pegawai polis Yahudi.

Langkah keselamatan termasuk alat pengesan logam dan kamera pengawasan yang menimbulkan kemarahan rakyat Palestin serta mencetuskan pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel.

Tindakan Israel itu juga menerima kecaman hebat masyarakat antarabangsa. - sumber

No comments:

Post a Comment