Dr M: Samseng Nothing to Hide 2.0 cuba lindung Najib
mk - Hari ini, 5:01 petang
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad yakin bahawa mereka yang mencetuskan kekecohan pada forum Nothing to Hide 2.0 adalah penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Sambil menolak dakwaan pemimpin Umno kononnya bahawa mereka yang mengamuk itu adalah Pemuda BERSATU, bekas perdana menteri tersebut berkata tidak ada alasan untuk mereka berbuat demikian.
"Jika mereka (dari Pemuda Bersatu), kenapa harus merusuh apabila sudah jelas bahawa forum itu tidak memihak kepada Najib.
"Mereka merusuh apabila soalan mereka tidak mendapat jawapan yang diharapkan. Jelas, mereka merusuh untuk menghentikan forum itu untuk melindungi Najib.
"Memandangkan mereka jelas pro-Najib dan cuba tanpa berjaya untuk memalukan saya, mereka sudah tentu bukannya dari parti yang saya pimpin atau dari sayap pemuda BERSATU.
"Pemimpin Umno boleh menafikan samseng ini daripada Umno, tetapi hakikatnya mereka penyokong Najib, yang adalah presiden Umno," katanya dalam satu catatan di blog.
Mahathir berkata meskipun pihak polis bebas menyoalkan pihak penganjur, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak seharusnya menggunakan bahasa yang mengugut mereka.
Katanya, Khalid harus mengelakkan dirinya daripada menggunakan bahasa yang memberi bayangan bahawa Pemuda BERSATU selaku penganjur tidak mematuhi syarat-syarat polis.
"Jika pihak polis mempunyai keraguan bahawa pihak penganjur terbabit dalam sebarang salah laku, mereka boleh dipanggil untuk disoal-siasat.
"Polis mesti mendengar cerita dari pihak mereka. Perusuh telah dirakamkan sepenuhnya melalui video. Wajah mereka akan membantu mengenal pasti siapa perusuh dan apa yang mereka lakukan," katanya.
Pemimpin Umno dan PAS mendakwa kemarahan berpunca akibat rasa tidak puas hati berhubung jawapan Mahathir terhadap insiden Memali sehingga mencetuskan kekecohan dengan menyaksikan suar, kerusi dan selipar dilemparkan.
Penyokong BERSATU dan Mahathir mendakwa bahawa kekecohan itu sebenarnya adalah percubaan untuk menyerang bekas perdana menteri.
Walau bagaimanapun, dua anggota BERSATU yang berpaling tadah mendakwa bahawa sasaran sebenar adalah diri mereka dengan tujuan menghalang mereka menyoal mengenai isu Memali.
Sementara itu, Mahathir menjangkakan lebih banyak keganasan akan berlaku jika cubaan untuk memomokkan dirinya gagal.
"Saya kini menjadi ancaman kepada negara. Jadi, mereka imbas kembali tiga dekad lalu dan cuba membangkitkan semula jenayah yang boleh dipersalahkan ke atas saya.
“Jika ini gagal mencapai matlamat untuk memomokkan saya, maka kita akan melihat lebih banyak keganasan," katanya.
Bekas perdana menteri itu jelas membuat rujukan kepada saranan supaya penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai insiden Memali bagi menyiasat kematian 8 orang pada tahun 1985.
Ketika ini, RCI menyiasat kerugian pertukaran asing (forex) Bank Negara sedang diadakan, Kejadian berlaku kira-kira dua dekad lalu ketika Mahathir adalah perdana menteri.

No comments:
Post a Comment