Thursday, August 17, 2017

Nak kata apa lagi.......dah kedua-dua pihak jenis muka tak tahu malu!

Lantikan politik melibatkan PKR di Kelantan dikekalkan
Irwan Muhammad ZainAstro Awani |  Ogos 16, 2017 18:26 MYT
Lantikan politik melibatkan PKR di Kelantan dikekalkan
Ahmad Yakob sebelum ini pernah berkata bahawa kerajaan negeri pimpinan PAS masih memerlukan kerjasama PKR. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: PKR mengesahkan semua lantikan politik melibatkan parti itu di Kelantan akan mengekalkan jawatan masing-masing.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan Abdul Aziz Abd Kadir berkata keputusan itu dibuat ekoran kenyataan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob sebelum ini, yang menyatakan bahawa kerajaan negeri pimpinan PAS masih memerlukan kerjasama PKR.

Jelas Abdul Aziz, biro politik PKR yang bermesyuarat pada Selasa malam juga bersetuju untuk mengekalkan beliau sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan.
“Biro Politik telah dimaklumkan dan diberikan penjelasan mengenai senario politik semasa di negeri Kelantan,” kata Abdul Aziz.

Menurut Abdul Aziz, berdasarkan penjelasan yang diberikan, Biro Politik PKR yang diketuai oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian membuat keputusan mengenai kedua-dua perkara tersebut.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Presiden PKR dan Biro Politik Pusat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk terus memimpin MPN Negeri Kelantan.

“Saya bersama MPN Negeri Kelantan akan terus komited untuk memperkukuh kedudukan PKR di negeri Kelantan khususnya dalam menghadapi PRU-14,” katanya.

Mei lalu, Biro Politik PKR telah mengeluarkan arahan kepada PKR Kelantan supaya meletakkan jawatan yang diperolehi melalui lantikan politik ekoran berakhirnya kerjasama antara parti itu dengan PAS.

PKR Kelantan diberikan tempoh sehingga hujung Julai lalu untuk melepaskan jawatan lantikan politik namun tiada seorang pun yang melepaskan jawatan.

2 comments:

  1. Nate sungguh puok2 aziz ni
    Napok sgt lapar pitih
    Wei aziz mu tak laku sesen pon di kelate
    Calon pkr hok kaloh di mache lagi ore puja dari mu siap lantik ketuai pkink lagi
    Mu jenis pemimpin lapar nok jilat parti pis tak tahu malu
    Bui jelir jelir tak bui pon jelir jelir srupo anjing
    Mampus la parti pkr cepat2 sekali nge parti pis

    ReplyDelete
  2. Bangang dah melebar landa Pkr sgor dan Pkr Kelantan. Al fuluss fi ddunia. Huhuhu

    ReplyDelete