Sunday, August 27, 2017

Tuduh main politik: Rahim jawab Idris Ahmad

Bukankah mahkamah sudah selesaikan kes mata lebam, soal Rahim Noor
Amin Iskandar, Noel Achariam
Diterbitkan pada 26 Aug 2017 11:00AM
Bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor mempersoalkan kenapa PAS mengungkit lagi kes mata lebam Anwar Ibrahim sedangkan kes itu sudah pun selesai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 26 Ogos, 2017.

BEKAS ketua polis negara Abdul Rahim Noor mempersoalkan kenapa PAS mengungkit-ungkit lagi kes mata lebam Anwar Ibrahim kerana kes itu sudah melalui proses pengadilan di mahkamah dan sudah pun selesai.

Tegas Rahim, kenyataannya berhubung insiden Memali baru-baru ini bukanlah berniat untuk mencampuri urusan politik negara tetapi semata-mata berdasarkan fakta.

"Mengapa PAS timbulkan kes mata lebam? Bukankah perkara ini sudah diselesaikan di mahkamah?

"Kes Memali pun tidak dibawa ke mahkamah," kata Rahim dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insight di Petaling Jaya pada Jumaat.

Rahim membidas Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang meminta bekas ketua polis negara itu supaya “tutup mulut” dan tidak menyalahkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai punca kejadian di Memali.

Dalam perang mulut itu, Idris mengungkit kes mata lebam Anwar setelah dipukul oleh Rahim semasa bekas timbalan perdana menteri itu dalam tahanan polis. Anwar dipecat dari kerajaan dan Umno pada 2 September, 1998 dan ditahan polis pada 20 September berikutnya.

Rahim disabitkan tuduhan di mahkamah dan dihukum penjara dua bulan berserta denda RM2,000 selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman pada April 2001.

Dalam wawancara dengan The Malaysian Insight, Rahim berkali-kali menegaskan beliau bukan orang politik dan bukan juga hendak main politik apabila bercakap mengenai peristiwa Memali, sebaliknya hanya berkongsi pandangan berdasarkan maklumat yang ada pada pasukan keselamatan.

"Kalau nak jadi ahli politik, selepas pencen lagi saya sudah masuk mana-mana parti politik, baik parti yang memerintah atau parti yang baru muncul atau parti yang sudah lama jadi pembangkang.

“Jawapan saya seterang-terangnya hanyalah berdasarkan fakta. Kalau ada pihak ingat saya nak campur politik, saya tiada kuasa untuk menahan (persepsi mereka)," kata Rahim.

Rahim turut membetulkan kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan kononnya beliau cuba menamakan saksi bagi suruhanjaya siasatan diraja itu, kalau nanti ia ditubuhkan oleh kerajaan.

"Saya hanya cerita latar belakang tragedi Memali.

"Saya tak kata siapa harus jadi saksi," kata bekas ketua polis negara dari 1994 hingga 1999 itu.

Takiyuddin dalam kenyataannya mengatakan Rahim "mempamerkan sikap cuba campur tangan" dalam urusan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat peristiwa Memali.

Peristiwa Memali ini kembali hangat selepas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada 20 Ogos lalu menyatakan kesediaan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian 32 tahun lalu itu, sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.

Dalam insiden pada 19 November 1985 itu, guru agama Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya terbunuh bersama 13 pengikut yang mempertahankannya daripada ditahan polis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Empat anggota polis turut terbunuh. – 26 Ogos, 2017.

6 comments:

  1. dah tak da kuasa duk diam diam lagi baik
    rekod pung bukan elok sangat
    dah tua tak ingat kubur lagi ka???
    berani pukui anwar tak berani ngaku sampai kena tubuh suruhan jaya
    matde pulak tukang bohong anwar tumbuk diri sendiri

    puak ni kuat pembohong yang nyata

    ReplyDelete
  2. Cis, lawan Derih lawan! Banyak lak dia punya bunyi.. kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Jawapan dia seterang terangnya adalah fakta. Safe and silent, tapi tau tau lebam bijik mata Anwar. Kredebiliti dah hancur. Memang mahkamah dah putuskan tapi peristiwa tu tercatit dalam sejarah bahawa KPN masa tu sebagai penegak undang undang sudah salah guna kuasa pastu menipu. Salah guna kuasa! Ada paham ke Dol? Kah kah kah.

    ReplyDelete
  4. Al kisah lumrah alam dalam kehidupan seharian manusia dikalangan bangsa ku, kenangilah berbagai peristiwa berlalu angkara mereka yg tamak haloba,.rakus berkuasa, mencuri, merompak, menyamun, membohongi rakyat, sekadar gah semasa selagi ada hayat, mereka lupa semuanya ini datang dari ujian Allah Swt, sejarah terus tercatit untuk mereka yg akan diingati warisan rakyat kehadapan, Hj Hadi dengan amanatnya,..Najib dengak daya kepimpinan yg amat buruk memecahbelahkan rakyat dan kaum demi untuk kesenangan peribadi menjadikanya berperangai pembohong, merompak, melanun, dan mencalarkan nama baik negara diseliroh dunia,.ex- PM yg bistari mengubah waktu diantara semenanjong dengan Malaysia timor,.mengubah kedaulatan Raja Raja Melayu kepada Raja Perlembagaan,.memecat ketua Hakim Negara namun ada juga kebaikanya dalam pembangunan Negara. Rahim Nor dari seorang penjawat awam yg baik lantas dikejutkan dengan mata lebam yg mencarikan keburokan nama dan peribadi sendiri. AG yg dilantik atas dasar politik pemerintah telah juga memburok peribadi sendiri dengan membuat keputusan mendahulu Kehakiman dimana membuat kenyataan membersihkan salah laku Najib yg tetap salah oleh kelian para terpelajar yg bijaksana. Zahid dengan pembawaan sikap yg tidak telus dan amat diragui sering memberi kenyataan yg tidak boleh dipercayaai, telah berjumpa dengan jutaan Arab konon semuanya nak back up Najib atas dasar mengampu, Ahmad Maslan konon dengan adanya GST harga barangan akan turun, minda seorang menteri yg bodoh ingin memperbodohkan Rakyat,. Salleh keruak sentiasa mengicau bagai murai mengicau tanpa fakta lagaknya, dan banyak lagi keburukan serta kejahatan yg tetap dala simpulan sejarah untuk jenarasi akan datang,.,

    ReplyDelete
  5. Dah lah rahim. Dah minta maaf dgn anwar? Dah taubat? Tun m ke yg suruh kau pukul anwar sampai lebam? Kau sendiri yg tumbuk kan? Hahaha. Pdn muker

    ReplyDelete
  6. PAs kafirunn..

    hohoho

    ReplyDelete