Monday, August 28, 2017

Benarkah PH akan hilang undi Melayu?

Pakatan Harapan bakal hilang undi Melayu?
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI 28 OGOS 2017
Md Shukri Shuib Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM

SHAH ALAM - Penganalisis politik menjangkakan Pakatan Harapan akan mengalami defisit undi Melayu pada PRU14 nanti.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, ketiadaan Pas dalam gabungan Pakatan Pembangkang itu, menjadi antara punca undi Melayu tidak memihak kepada Pakatan Harapan.

“’Tsunami Melayu’ ke atas Pakatan dijangka berlaku. Pakatan akan alami defisit undi Melayu. Sebabnya dahulu Pas bersama Pakatan dan membawa undi para penyokong dari kaum Melayu kepada Pakatan," katanya kepada Sinar Online.

Mengulas lanjut, Md Shukri berkata, kini orang Melayu Pas sudah tidak akan mengundi Pakatan, maka perolehan undi dari orang Melayu terhadap Pakatan akan susut dan defisit.

Katanya, Pas kini membentuk pakatan blok ketiga pembangkang Gagasan Sejahtera bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini, Pas lebih bersedia sebagai parti berkecuali dan pemerhati yang tidak memihak kepada suara-suara wakil rakyat dari Pakatan Harapan.

Katanya, walaupun Pas telah keluar dari Pakatan, namun di Dewan Rakyat, Pas memberi komitmen terhadap barisan Pembangkang dan menafikan desas-desus bahawa partinya mahu menjalinkan kerjasama politik dengan Umno.

* Benarkah Melayu masih lagi bodoh walau pun dihimpit dengan kenaikan harga barang dan sara hidup di bawah BN yang secara terang disokong PAS walau pun tak mengaku?

Benarkah PAS berada di pihak pembangkang dengan apa yang ditunjukkan gelagat pasu bunganya di Parlimen?

8 comments:

  1. Dapatan prof ini bersentimenkan naluri peribadi ( minat pada parti pis ) tanpa mrnyelami denyut nadi pengundi atas pagar yg mula membenci dan muak dgn feel parti suci pis ini.

    ReplyDelete
  2. berkatalah benar didepan penguasa yang dzolim
    salah satu jihad yang besar

    ReplyDelete
  3. Hanya melayu bodoh sshaja yg kata melayu sokong pakatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu syirik je yg sokong pis
      Puja pemimpin berlebih lebihan

      Delete
  4. Asas dapatan kajian boleh diterima. Memang tidak dinafikan Pas akan membawa lari pengundi tegarnya, doktrinnya kukuh kejap hingga ke tulang sulbi ahlinya. Namun Pas juga turut kehilangan sokongan ahli yang berlapang dada untuk melihat gabungan kukuh dalam PH mencabar BN. Berunding dengan Pas akan membuka mata pengundi betapa ketegasan Pas untuk tiga penjuru akan memerangkap Pas dalam PRU akan datang. Justeru, PH perlu kukuhkan prinsip dan integritinya sebagai satu pakatan yang boleh membela rakyat. Pas bersendirian tidak akan ke mana.

    ReplyDelete
  5. Unknown 9.39,. Aku sokong dapatan kamu, sememangnya Profesor ni menambahkan lagi gula kedalam minuman yg sedia manis menyebabkan bangsa Melayu bertambah sakit realitinya penyakit kebincian pendapat seorang pendidik yg pro kepada PIS,..

    ReplyDelete
  6. Hebat UUM mengeluarkan satu kangkong lepas satu! Syabas

    ReplyDelete