Saturday, August 26, 2017

Hah......sudah lari ke?

Bekas PM Thailand Yingluck Shinawatra 'tinggalkan negara' sebelum keputusan perbicaraan
Agensi | Diterjemahkan oleh: Azyyati Ahmad 
Diterbitkan pada Ogos 25, 2017 17:55 MYT
Bekas perdana menteri itu yang digulingkan oleh tentera pada 2014 dituduh cuai dalam pelaksananaan skim subsidi padi.

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra telah 'melarikan diri' dari negaranya sebelum mahkamah memberikan keputusan dalam perbicaraan selama dua tahun ke atas subsidi pertanian, dedah satu sumber.

Bagaimanapun, sumber itu enggan memberitahu ke mana Yingluck, 50, telah pergi, tetapi pegawai imigresen utama Thailand memaklumkan tiada rekod Yingluck telah meninggalkan negara menggunakan saluran yang betul.

Yingluck gagal hadir untuk mendengar keputusan yang dihantar.

Peguam Yingluck memberi alasan bahawa beliau tidak sihat tetapi Mahkamah Agung Thailand menolak penjelasan berkenaan dan mengeluarkan waran tangkap.

Peguamnya, Norawit Larleang, memberitahu CNN bahawa dia tidak tahu sama ada bekas perdana menteri itu masih berada di Thailand atau tidak.

Bekas perdana menteri itu yang digulingkan oleh tentera pada 2014 dituduh cuai dalam pelaksananaan skim subsidi padi yang didakwa oleh kerajaan sekarang telah menyebabkan negara itu kerugian berbilion Baht.

Yingluck telah dihalang daripada meninggalkan Thailand tanpa kebenaran mahkamah sejak tahun 2015, apabila perbicaraan kesnya bermula.

Jika didapati bersalah, beliau boleh dipenjara sehingga 10 tahun.

Mahkamah telah menetapkan tarikh baru bagi keputusan 27 September.

* Berkaitan: Thailand siasat keberadaan Yingluck di Kemboja, Singapura

No comments:

Post a Comment