Sunday, August 27, 2017

Adakah PAS dan Azmin mahu jadikan rakyat pening?

* Kalau pening tu oklah lagi kot, tapi kalau rakyat naik muak akan jadi masalahlah
Kalau PKR lingkup nanti, jangan salahkan rakyat!

Pas tutup pintu rundingan dengan pihak bawa imej PH
27 Ogos 2017 | MALAYSIA DATELINE
Pas tidak akan lagi mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana parti atau individu yang membawa imej Pakatan Harapan (PH) menjelang pilhan raya umum ke-14 (PRU14) melainkan menerusi Gagasan Sejahtera, kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Khairuddin Aman Razali.

“Tak ada lagi sebarang rundingan kerjasama politik untuk pilihan raya dengan mana-mana pihak kecuali menerusi Gagasan Sejahtera. Termasuk atas nama individu sekalipun selagi ia membawa imej PH,” katanya daam kenyataan hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menegaskan bahawa perbincangan antara PKR dan Pas tidak melibatkan PH.

Menteri Besar Selangor itu juga menegaskan bahawa perbincangan itu bukan merupakan inisiatifnya sendiri, sebaliknya beliau hanya mewakili PKR.

Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, ahli dan pimpinan Pas telah bersedia dari sudut psikologi untuk menyertai PRU14 atas nama Gagasan Sejahtera menentang Umno-BN.

"Moto kita Pas ganti Umno dan Gagasan Sejahtera ganti BN dan PH," katanya.

Biro Politik PKR minggu lalu dilaporkan memberi laluan kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin untuk berbincang dengan Pas bagi meneruskan kerjasama politik.

Azmin sebelum ini telah memulakan rundingan tidak rasmi bersama Pas walaupun parti Islam itu telah memutuskan hubungan politiknya dengan PKR berikutan keputusannya pada muktamar parti itu April lalu.

2 comments:

  1. PKR perlu berprinsip. Rakyat yang bersama PR dulu, totali melihat Pas mesra umno dgn konsep taawun dan yakin Pas tidak boleh dipercayai. Memang menghairankan bila PKR yang dihina Pas dan tindak-tanduk bagai gunting dalam lipatan itu masih ingin menjadikan Pas regu bileh dipercayai. Hakikatnya, Pas kini di banyak tempat makin pupus gerak kerjanya. Hanya pemimpin atasan yang yakin gerak kerja akar umbinya masih kukuh. PKR perlu sedar bahawa kini PH akan menjadi teras baru politik melawan BN. Jangan hilangkan keyakinan rakyat. Parti dalam PH mesti berprinsip dan tidak terlalu berpolitik dengan parti yang tiada pendirian.

    ReplyDelete
  2. Hi, i think that i saw you visited my site so i came to “return the favor”.I'm trying to find things to enhance my
    site!I suppose its ok to use some of your ideas!!

    ReplyDelete