Sunday, August 27, 2017

Jadi 'ular' jenis apa ni?

PKR bukan salah satu dari komposisi Pakatan ke?
Dulu aku faham setiap parti di dalam Pakatan bebas untuk berunding dengan siapa pun. Tapi bila gini keadaannya, adakah PKR bertindak mewakili Pakatan atau diri sendiri?

Sudah-sudahlah wae, rakyat dah muak dah dengan gelagat PAS dan muka tebal Azmin tu!

Azmin: Rundingan PKR-PAS tak libatkan HARAPAN
mk   -   Hari ini, 6:51 petang
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menegaskan bahawa perbincangan antara PKR dan PAS tidak melibatkan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Azmin juga menegaskan bahawa perbincangan itu bukan merupakan inisiatifnya sendiri, sebaliknya beliau hanya mewakili PKR.

"Saya ulangi lagi, termasuk kepada Malaysiakini, mana Malaysiakini? Mereka terus kata ini inisiatif saya (untuk berbincang dengan PAS).

"Bukan inisiatif peribadi saya. Itu adalah keputusan yang diambil oleh parti. Saya hanya mewakili parti.

"Rundingan dan perbincangan ini hanya antara PKR dan PAS, tak ada kaitan dengan Pakatan Harapan," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Biro Politik PKR minggu lalu dilaporkan memberi laluan kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin untuk berbincang dengan PAS bagi meneruskan kerjasama politik.
Azmin, yang juga menteri besar Selangor, sebelum ini telah memulakan rundingan tidak rasmi bersama PAS walaupun parti Islam itu telah memutuskan hubungan politiknya dengan PKR berikutan keputusannya pada muktamar parti itu April lalu.

Azmin juga berkata PKR terbuka kepada rundingan dengan mana-mana pihak, kecuali "Umno, BN dan Utusan".

Ditanya mengenai rancangan PAS Selangor untuk bertanding di kerusi parlimennya di Gombak, beliau berkata ia adalah perkara biasa bagi parti politik bertanding di mana-mana kerusi.

"Ini boleh diselesaikan dalam bentuk perbincangan," katanya.

4 comments:

  1. Ku heran azmin azizah pkr ni. Dia takut pas masuk calon di gombak bkt antarabangsa kajang ker? Pkr pun mcm pas. Kluk klek. Dilanda penyakit waswas. Hg takut kalah dun sendiri ker? Pas dah putus dgn pkr. Pkr masih terhegeh merayu pas. Takde maruah. Duk rayu kpd org yg benci kita. Ajmin ada teloq ke?

    ReplyDelete
  2. Presiden pkr wan azizah tu tunggoi kayu ka...atau dia dh letak jawatan bg jwatan tu kt azmin..2x5 ja dua2 tu..

    ReplyDelete
  3. Presiden pkr wan azizah tu tunggoi kayu ka...atau dia dh letak jawatan bg jwatan tu kt azmin..2x5 ja dua2 tu..

    ReplyDelete
  4. Bukan ular,tapi dah jadi biawak sejak berkawan dgn lebai biawak kluk klek

    ReplyDelete