Wednesday, August 23, 2017

RCI Memali: Idris serang Rahim Noor pulak!

Siapa Rahim Noor hendak nasihat PAS, tanya Idris Ahmad
TMI  -  Diterbitkan pada 22 Aug 2017 8:32PM
Idris Ahmad mengecam bekas ketua polis negara Rahim Noor kerana mencampuri urusan politik PAS.– Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Ogos, 2017.

PAS meminta Rahim Noor supaya tutup mulut daripada sibuk mencampuri urusan politik dan bercakap soal keselamatan negara kerana bekas ketua polis negara itu malah gagal mengawal keselamatan di balainya sendiri, kata naib presidennya Idris Ahmad.

Idris membuat kecaman itu dengan merujuk kepada insiden mata lebam Anwar Ibrahim selepas bekas timbalan perdana menteri itu ditahan polis kira-kira 20 hari selepas dipecat daripada jawatan kerajaan dan Umno pada September 1998.

“Siapa Rahim Noor hendak membuat tuduhan awal berlakunya tragedi Memali kerana amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,” kata Idris dalam satu kenyataan media petang ini.

“Saya hendak tanya pula Rahim Noor yang pukul Datuk Seri Anwar (Ibrahim) terpengaruh dengan amanat siapa? Etika kepolisan tidak berkelakuan seperti ini.”

The Malaysian Insight hari ini melaporkan peringatan Rahim kepada PAS desakan parti itu supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat semula peristiwa berdarah Memali hanya akan mengaitkan peranan Hadi sehingga mengakibatkan 18 nyawa terkorban lebih 30 tahun lalu.

Sambil menyebut Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya terbunuh di Memali itu sebagai orang terpelajar dan bukan jahil agama, Idris terus mengecam Rahim: “Dia tidak pernah bertindak pukul orang sehingga cedera parah seperti yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

Rahim dihukum penjara dua bulan dan denda RM2,000 atas tuduhan memukul Anwar selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman itu pada April 2001.

Menurut Idris, Rahim sepatutnya menjaga keamanan dan keselamatan balai dan orang kena tuduh daripada perbuatan samseng daripada mana-mana pihak semasa beliau jadi ketua polis negara.

“Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Lebih baik Rahim Noor diam daripada bercakap soal Memali dan membuat tuduhan yang melulu kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi,” katanya. 

Sementara itu naib presidennya Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS berharap penubuhan RCI oleh kerajaan, sekiranya jadi, dapat memberikan keadilan kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam tragedi Memali, Baling, Kedah pada November 1985.

Mohd Amar berkata PAS pernah mencadangkan penubuhan RCI itu tetapi tidak diterima oleh kerajaan, sebaliknya kerajaan hanya membentangkan Kertas Putih di Parlimen.

"Kandungan Kertas Putih itu lebih banyak menimbulkan persoalan dan tidak dapat diterima oleh PAS pada masa itu selain ia diragui," katanya.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelanta percaya RCI tiada kepentingan politik dan hanya akan menyiasat perkara yang sebenarnya berlaku dalam tragedi tersebut.

Isu RCI Memali timbul selepas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada 20 Ogos lalu berkata kerajaan sedia menubuhkan RCI untuk menyiasat peristiwa Memali sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keadilan perlu ditegakkan dan orang yang bertanggungjawab terhadap peristiwa itu mesti dipertanggungjawabkan.

"Saya selaku Menteri Dalam Negeri akan meneliti sendiri semua laporan mengenai peristiwa tersebut," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata dalam menegakkan undang-undang semua pihak perlu mengetepikan perbezaan politik.

Peristiwa Memali pada 19 November 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya. – 22 Ogos, 2017.

6 comments:

  1. Barua si penjilat tegar hadi awe dah bersuara
    Mulut tak lekang sebut tuan guru
    Tuan guru gapo lagu tuu..
    Anak mengkafirkan bapa angkara amanat sesat hadi awe
    Tuan guru konon
    Tui..

    ReplyDelete
  2. Porque eh, fiz isso uma vez e resolveu meu problema.

    ReplyDelete
  3. eloklah buka balik semua.

    yg tumbuk tu patut dihukum lebih berat.

    sekarang semua terbongkar samada pemimpin dulu atau sediada.

    nnti lepas najib turun, akan ada pulak RCI 1MDB dan altantuya.

    siapa yg buat salah pasti akan terdedah dan terhukum. yg berkuasa jgn senyum sgt. masa akan menentukan.

    mana mau larii haaaaa ?



    ReplyDelete
  4. Adakah islam ajar keadilan bersyarat? Jk kamu tak lawan aku, aku tak ambil tindakan terhadap kesalahan kamu. Pas jk benar amal ajaran islam, tlg nasihat dan beri tunjuk ajar kpd zahid. Adakah jk dr m tak menentang najib, tindakan dr m berkaitan isu memali akan didiamkan buat selama2nya?

    ReplyDelete
  5. itu lahim mau ada malu jugak
    dulu masa ada kuasa jadi kuda sang penguasa
    lani dah pencen duk niam niam la
    kalau setakat pemimpin yang duk ada kat negara ni tak payah la nak sibuk pertahankan
    bnayak yang kaki penipu besar
    dulu mahde kata anwar tumbuk diri sendiri
    masa memali mahde ada luar negara
    nak cari tukang pukul anwar pun kena tubuh rci
    buang masa buang duui saja
    kes sempoi aja itu pun nak tipu lagi
    sial punay puak ni

    ReplyDelete
  6. Kenyataan yang dibuat oleh Idris itu tersasar dan terpesong jauh dari isu pokok, hanya buat serangan peribadi sahaja. Orang heboh pasal tentang RCI Memali, yang Idris pergi cerita pasal Rahim Noor yang telahpun membayar dengan menjalani hukuman tu buat apa? Nampak sangat Idris tu kelabu asap otaknya, mungkin pengaruh pil kuda barang kali. Oh ya tak ya, dalam PAS sekarang ini, mana ada lagi yang cerdik pun.

    ReplyDelete