Beri sejam, Hadi sedia jawab kontroversi ‘Amanat Hadi’
TMI - Diterbitkan pada 24 Aug 2017 2:38PM
Presiden PAS Abdul Hadi Awang menerusi anaknya meminta peluang bersiaran selama sejam di televisyen tempatan untuk menjelaskan mengenai amat politiknya, 30 tahun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Ogos, 2017.
PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang sekali lagi meminta ruang dan peluang bersiaran secara langsung selama sejam melalui mana-mana televisyen tempatan untuk menjelaskan amanat politiknya yang kontroversi sejak 30 tahun lalu.
Menerusi laporan Sinar Harian hari ini, anaknya Muhammad Khalil dipetik sebagai berkata bapanya sedia menjelaskan isu “Amanat Hadi” jika diberikan tempoh sejam itu.
Beliau berkata tempoh sejam itu dapat menjelaskan segalanya berkaitan kontroversi berkenaan termasuk kini turut dikaitkan dengan tragedi berdarah Memali, 32 tahun lalu.
“Beri satu jam siaran langsung, sila beri ruang kepada presiden PAS menjawab isu Amanat Hadi secara langsung di televisyen tempatan.
“Ketika isu ini ditimbulkan dulu, beliau pernah minta satu jam mengulas tetapi tidak diberikan ruang.
“Kalau pihak terbabit memberikan peluang itu kepada Tok Guru untuk jawab isu ini dalam televisyen tempatan adalah lebih baik,” katanya kepada Sinar Harian.
Khalil turut menolak dakwaan bapanya berkeberatan berjumpa wartawan bagi menjawab persoalan itu.
Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat peristiwa Memali menyemak semula “Amanat Hadi" kerana ucapan itu ada kaitan dengan peristiwa berdarah lebih tiga dekad itu.
“Amanat ini menggalakkan perjuangan lawan kerajaan sebagai jihad dan kematian pejuang adalah syahid,” katanya menerusi blognya Chedet.
Dr Mahathir turut melampirkan petikan ucapan itu dalam ceramahnya di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April, 1981 yang dipegang ahli PAS di seluruh negara pada masa itu.
Sementara itu, bekas ketua polis negara Rahim Noor dipetik berkata “Amanat Hadi” menjadi inspirasi kepada pengikut PAS ketika itu, dengan Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali Ibrahim Libya, antara yang memegang teguh amanat itu.
“Ada dua elemen penting dalam 'Amanat Hadi' ini. Pertama, dia kata orang Islam tidak perlu menjadi Kristian, Yahudi, Nasrani untuk menjadi kafir, cukup dengan mengamalkan politik suku, agama suku, mereka sudah menjadi kafir.
“Kedua, dia kata perjuangan yang dilakukan mereka adalah jihad dan sekiranya terkorban dalam perjuangan, mati mereka adalah syahid,” kata Rahim. – 24 Ogos, 2017.

kalau itu puncanya pasai apa tak tangkap hadi masa tu awat tunggu sampai lani baru macam macam nak bagi tau
ReplyDeleteini semau pung kisah tarak guna jugak
amono bukan bodo tapi suka boddokan orang
Apa lah bonggok sangat memang di waktu Dia keluarkan Amanat itu tetapi Dia tidak ikut serta berjuang...!!! Pengecut
DeleteU turn?
ReplyDeleteMsjlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan bahwa amanat Hj Hadi itu sesat,.jadi tak payah layan kat lebai ni buang masa je,.
ReplyDeleteTepat sekali ...Fatwa sesat dan menyimpang jauh.
DeletePAS kan ada TV..TVPAS,Harakah pun ada..blogers pun ada
ReplyDeleteBilo majlis fatwa kata amanat hadi sesat? Ramai tak tahu. Kalo sesat hadi mesti dio ditangkap dan dakwa. Mahkamah syariah takut ker? Hahaha
ReplyDeleteHarapkan umno. Usah nk tangkap hadi n dakwa. Ayah pin pon tk dapat tangkap. Kabar nye lari ke Siam. Akhirnya ayah pin mati. Tak sempat dakwa. Ni padah umno jaga islam. Ibarat musang jaga ayam. Sbb ku rasa umno pon sesat. Kahkah
ReplyDeleteLarat ke hadi nak terang dlm 1 jam. Dio kan kena rehat sakit jantong. Molek rehat dan taubat nasuha. Minta maaf kpd umno najib krn amanat 1981. Jib bkn saja ampon tapi akan bagi dedak gred A
ReplyDeletekalau itu puncanya pasai apa tak tangkap hadi masa tu awat tunggu sampai lani baru macam macam nak bagi tau
ReplyDeleteini semau pung kisah tarak guna jugak
amono bukan bodo tapi suka boddokan orang
Hadi ni sakit jantong pon duk pikir politik asmaradana dgn umngok. Bilo campor dgn umngok hang pon jadi ngok. Cuma nk tanya bilo kjaan nk tangkap n dakwa hadi jika hadi bawa ajaran sesat? Kalu amanat tahun 1981 maka dulu lagi patut ditangkap. Biasa dlm himponan lembu umno bergema suara tangkap hj. Hadi. Kenapa dulu tak tangkap? Adakah hadi ni agen umno dlm pas? Fikirkan
ReplyDelete