Monday, August 21, 2017

Masih berharap RCI untuk 1MDB: Drama apa ni pulak Tuan Ibrahim?

Terima kasih tubuh RCI Memali, PAS harap tindakan serupa untuk 1MDB
TMI - Diterbitkan pada 21 Aug 2017 10:30AM
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata desakan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi insiden Memali dan skandal 1Malaysia Development Berhad diharap mampu memastikan siasatan lebih rapi dilakukan bagi memberi keadilan kepada semua pihak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2017.

PAS mengalu-alukan kesediaan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat tragedi Memali tetapi pada masa sama tetap menuntut tindakan serupa bagi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti Islam itu sudah menuntut RCI bagi menyiasat skandal 1MDB sejak 2015.

"Desakan menubuhkan kedua-dua RCI ini bagi melakukan siasatan rapi dan memberikan keadilan kepada semua pihak," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan bersedia menubuhkan RCI bagi menyiasat tragedi Memali yang berlaku pada November 1985.

Katanya RCI itu akan ditubuhkan jika ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk pembangkang bagi mendapatkan maklumat sebenar kejadian itu demi kepentingan mangsa dan keluarga mereka.

"Walaupun (permintaan) dari parti berbeza, undang-undang tetap ditegakkan.

"Orang yang bertanggungjawab mesti dipertanggungjawabkan," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang semalam. 

Peristiwa Memali pada 19 November 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Zahid berkata bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam dalam bukunya bertajuk "Frankly Speaking" ada menyebut beliau mendapat arahan untuk menghapuskan Kampung Memali kerana terdapat unsur keganasan dan militan yang dilakukan pemimpin PAS.

Sehubungan itu, pemimpin yang mendakwa dirinya tiada dalam negara ketika tragedi tersebut berlaku, diminta mengakuinya, kata Zahid dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Peristiwa Memali sudah berlalu lebih dua dekad, namun kita harus ingat mangsa, keluarga, anak-anak yatim yang meninggal dunia dinafikan hak oleh pemerintah ketika itu.

"Akibatnya, ia kini menjadi isu kerana darah dan nyawa yang hilang dipandang mudah oleh orang yang melaksanakan kuasa, tetapi tidak mudah dilupakan oleh mangsa," katanya. – 21 Ogos, 2017.

* Dah semakin payah untuk menelan kata-kata puak-puak pemimpin PAS ni sekarang!

Isu kaitan: Isu Memali kenapa Tuan Ibrahim beriya cadangkan tubuh RIC?

1 comment:

  1. terimakasih atas informasinya, jangan lupa kunjungi
    https://goo.gl/SuzDjN

    ReplyDelete