Friday, August 18, 2017

Lagi tindakan celaka yang mencemarkan agama!

Polis edar gambar suspek serangan van di Barcelona
Astro Awani, Agensi |  Diterbitkan pada Ogos 18, 2017 08:37 MYT
Sebuah jalan ditutup susulan insiden van merempuh pejalan kaki Las Ramblas di tengah Barcelona, 17 Ogos 2017. -REUTERS

BARCELONA: Polis Barcelona mengeluarkan gambar seorang lelaki yang didakwa ada kaitan dengan serangan van pada Khamis di sini.

Driss Oubakir, berusia lingkungan 20-an dikenal pasti menerusi dokumen yang digunakannya untuk menyewa van tersebut.

Namun menurut media tempatan, Driss yang lahir di Maghribi, tiada kaitan dengan serangan tersebut.

Dokumennya dicuri dan disalah gunakan untuk tujuan serangan.

Militan Daish, menerusi agensi berita Amaq, mengaku mendalangi serangan di Las Ramblas.

Las Ramblas merupakan salah sebuah pusat tumpuan pelancong dan antara yang paling popular di Eropah.

2 comments:

  1. Hi there to every one, it's really a pleasant for me to go to see
    this website, it includes helpful Information.

    ReplyDelete
  2. Why people still make use of to read news papers when in this technological globe the whole thing is accessible on web?

    ReplyDelete