Monday, August 21, 2017

PAS hanya 'boneka' atau 'suicide bomber'!

PAS ‘suicide bomber’ bukan ‘king maker’ PRU14, kata Husam
Zulkifli SulongSharon Tan
Naib Presiden Amanah, Husam Musa mendakwa PAS hanya akan bunuh diri dalam pertandingan tiga penjuru PRU14. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 20 Ogos, 2017.

TERLALU awal bagi PAS memikirkan yang mereka boleh menjadi “king maker” pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana mereka sebenarnya tidak ubah seperti boneka atau “suicide bomber” dalam pertandingan tiga penjuru, kata Husam Musa di Konvensyen Amanah Perak hari ini.

"Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, mengikut kiraan saya, PAS akan menang 3 hingga 5 kerusi sahaja.

"Jadi bagaimana dia hendak jadi 'king maker', ini hanya 'boneka' atau 'suicide bomber' saja," kata naib presiden Amanah itu.

Husam dipercayai mengulas pendekatan PAS mahu menjadi “king maker” yang bakal menentukan siapa boleh memerintah negara selepas pilihan raya umum jika Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai kerusi mencukupi untuk memerintah.

PAS berharap akan menjadi penentu siapa yang patut memerintah ketika itu.

Pada sidang media selepas majlis perasmian, Husam berkata jika PAS bersendirian, PAS hanya akan menjadi “pengebom bunuh diri” saja.

Katanya, “king maker” selepas pilihan raya memerlukan kerusi mencukupi tetapi kini terlalu awal untuk parti itu menyebut untuk menjadi “king maker”.

"Dengan pendekatan sekarang, tidak ada sebab PAS akan mendapat banyak kerusi. Tanpa kerusi, anda tidak boleh jadi ‘king maker’," kata bekas naib presiden PAS itu.

Husam berkata dengan bersendirian, PAS hanya memainkan peranan perosak undi saja bagi menghalang pembangkang lain menang.

"Jika tiga penjuru PH juga mungkin tewas. Jadi bagi saya, ini hanya mainkan peranan agar BN lebih peluang untuk menang," katanya.

Bagaimanapun, katanya jika berlaku pertandingan tiga penjuru, ia memberikan kesan positif kepada PH untuk menang.

"Di sesetengah tempat lebih baik untuk PH menang jika tiga penjuru. Kerusi seperti Seremban misalnya. Bila calon parti lain masuk, undi DAP akan meningkat. Namun ada juga yang beri kesan negatif kepada pembangkang," katanya.

Tetapi, katanya apa yang lebih penting adalah memberikan kesedaran kepada rakyat ada dua kumpulan utama iaitu BN dan PH.

"BN iaitu kerajaan yang ada dan satu lagi PH yang ada lebih peluang untuk menang mengalahkan BN berbanding PAS.

"Kalau rakyat hendak perubahan, dia kena pilih kumpulan yang ada peluang untuk menang iaitu PH. Lupakan PAS buat sementara," katanya.

Sehubungan itu, katanya beliau masih berharap PAS akan kembali ke jalan perjuangan asalnya untuk membuat perubahan dalam negara.

"Belum terlambat untuk PAS datang menyertai pasukan pembangkang melalui PH tetapi bukan melalui pintu belakang tapi pintu depan," katanya yang mahu PAS berunding secara rasmi dengan PH. – 20 Ogos, 2017

8 comments:

  1. saya setuju dengan pak huse... dan harap-harap pak huse juga setuju yang PAN hanyolah najis kencing khinzir DAP setuju ke tak setuju, kalau setuju kita geng lah kalu tak setuju kawe tak tau nak letok pak huse ni kat mano kat kaki anjing DAP pulok boleh gak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pis ni kawe letak kat kaki babi ummo
      Boleh ko?

      Delete
  2. pas king maker?

    the king is najib.

    yg jelas pas adalah King Maki je.

    antara anwar dan najib, hadi lebih suka najib

    sebb dgn anwar ketokohan hadi tenggelam. dendam hadi terhadap ketokohan anwar.

    dgn najib, hadi dilihat lebih suci. mengharap pas dpt tumpang popular atas kelemahan umno.

    politik dendam adalah doktrin syiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi tokoh mengkafirkan org
      Amanat hadi ramai org jadi kafir secara tak sedar
      Hadi mati nanti mau tanam di mana yer?

      Delete
  3. Ore pas walaunta ni kalu tulis gak maki selalu. Anjing dap babi dap. Hoi demo ingat syurga hok hadi awe ko? Hadi pon belom tentu syurga woi. Rasuah umno dianggap hadiah. Hihi. Ore pas dah tentu masuk syurga ko? Tolong jange perasan. Parti islam tp sokong perompak penyamun umno. Hey loya aku. Kahkah

    ReplyDelete
  4. PAS boleh menyertai PH tapi dengan syarat.. Tendang semua pimpinan dalam barisan Hadi Awang kan molek gitu

    ReplyDelete
  5. Ore pas walaunta ni kalu tulis gak maki selalu. Anjing dap babi dap. Hoi demo ingat syurga hok hadi awe ko? Hadi pon belom tentu syurga woi. Rasuah umno dianggap hadiah. Hihi. Ore pas dah tentu masuk syurga ko? Tolong jange perasan. Parti islam tp sokong perompak penyamun umno. Hey loya aku. Kahkah

    ReplyDelete
  6. Tak heran. Kalu hadi suka maki n kafirkan org. Apo nk diharap kpd walaun lebai ikutan. Bukan ada ilmu pon. Perasan ahli syurga tp amalan ahli neraka. Kerja dakwah tp maki orang dlm perkara berbeza pendapat. Perasan parti syurga parti suci. Pihak lain semua salah. Berpakat dgn perompak penyamun umno hukumnya wajib. Kikiki. Pas dah ke laut. Sekian

    ReplyDelete