Sunday, August 27, 2017

Memang perempuan ni hatinya 'hitam': Dia tidak dilahirkan oleh ibunya kot?

'Pakai smart tapi bawa orang tua uzur ke situ, mencacatkan pemandangan' - Netizen kecam Darlings Suhana
11:06 AM
PUTRAJAYA - Sejak dari kecil lagi, kita diajar untuk menghargai ibu bapa yang banyak bersusah payah mendidik dan membesarkan kita. Namun tidak pada wanita ini yang memuat naik status mengecam tindakan seorang lelaki membawa ibunya yang uzur keluar makan bersama. 

Malah lebih teruk lagi, dia menganggap kehadiran wanita tua berkenaan mencacatkan pemandangan di tempat itu, menyebabkan ramai netizen yang berang dan menyelar tindakan biadab Darlings Suhana. 

"Sayang seribu kali sayang. Bercuti di Johor Bahru, menginap di hotel (nama rahsia) berhampiran dan berhadapan Dataran Johor Bahru. 

"Tengah lunch semalam dengan suami, boleh ternampak seorang lelaki ini bawa orang tua, mungkin mak dia. Rupanya mereka pun lunch sekali. Hmm, bukan apa la, macam mencacatkan pemandangan saja. Di situ adalah tempat makan orang nak romantik. Awak bawa orang tua awak ke situ pula. 

"Sayang, pakai kereta mewah jenama Lexus yang anggaran harga RM400,000-RM500.000, pakai baju smart tetapi bawa orang tua uzur ke sana? Apa seyh. Jangan jatuhkan standard orang yang berada boleh tak? 

"Macam tak ada kedai mamak atau warung tepi jalan saja. Kalau ye pun awak kaya, awak kena sedar bahawa tindakan awak itu menjatuhkan taraf profail awak sendiri. Pleaselah. Dunia, dunia. Apa nak jadilah," tulis Darlings Suhana.
Status Facebooknya itu kemudian viral di media sosial dan dikecam hebat oleh netizen yang juga menyifatkan Darlings Suhana sebagai seorang anak derhaka yang sanggup mengenepikan ibu bapanya sendiri demi menjaga 'standard' sebagai warga urban. 

"Tak sangka kau pakai tudung. Sekarang Allah bagi mewah rezeki, boleh pula kau kata macam itu? Memang kau tak pernah dan tak akan bawa mak kau makan di tempat begitu. Tak apa, kau ada anak-anak nanti, anak-anak kau boleh hantar kau ke rumah orang tua atau tak peduli kau langsung," kata Cassablanca Nwanyi. 

"Di antara ibu dan maruah, aku pilih ibu aku. Maruah takkan menjamin aku masuk syurga melainkan doa dan redha seorang ibu. Aku ada seorang saja ibu yang masih kekal bersama aku. 

"Aku baru kehilangan seorang bapa iaitu tempat ibu aku bergantung. Segala keperluan ibu aku tanggung sebab aku anak lelaki sulung. Aku nak berkahwin pun fikir 2 3 kali sebab risau terabaikan ibu. Inikan nak ada teman wanita?" kata Azren Alias. 

"Hanat punya perempuan. Mak dia, syurga dia, suka hati dilah. Tak jatuh sikit pun martabat dia kalau bawa mak dia pergi makan di tempat itu. Hanya orang yang hatinya gelap hitam macam kau saja yang fikir macam kau fikir. Mungkin kau tak pernah mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kau sendiri agaknya atau memang kau malu nak keluarga dengan ibu bapa kau sebab mereka sudah tua. Disebabkan itu juga kau tak nampak rahmat di sebalik semua itu. Kalau Allah nak tarik apa yang kau ada, sekejap saja," kata Saifull Shafie Epull. 

Bagaimanapun, semakan mendapati akaun Facebook Darlings Suhana telah dipadamkan ekoran dikecam teruk oleh netizen yang menggelarnya sebagai anak yang tidak menghargai ibu bapa. - sumber

1 comment:

  1. Selalunya org mcm Darlings ( ada 's' ) suhana nie baru merasa duduk hotel mewah sebab itu rasa terangkat sangat bila menginap disitu. Sy yakin Darlings ( ada 's' lagi ) suhana berasal dari keluarga sederhana kerana teruja sangat dpt tinggal dihotel berbintang lalu cuba menaikan tarafnya dgn cemuhan kpd pemuda yg membawa ibunya mkn bersama. Untuk pengetahuan Darlings ( ada 's' ) suhana dihotel2 6 bintang di Eropah kamu akan berjumpa org2 tua 70an keatas yg tinggal berbulan2 disitu siap dgn 2 pembantu lagi. Kalu kamu ' BERPELUANG ' menginap dihotel tersebut apa komen kamu?

    ReplyDelete