Wednesday, August 16, 2017

Tuan Ibrahim cuma mahu tunjuk pandai, dan cuba tunjuk dia lebih baik dari Hj Hadi

Tuan Ibrahim kena bezakan antara perniagaan dan Jenayah, tiada Jenayah yg boleh di rasionalisasikan.. 

Tidak ada satu pun jenayah boleh dimilik negara kan.. 

Di Zaman Mahathir kita pernah mendengar istilah Rasionalisasi ataupun "bail Out".. kita pernah dengar pasal Bail out Proton, Bailout Perwaja, Bail Out Plus(renong), Bail Out MAS.. 

Kesemua ini adalah perniagaan.. yg mana aktiviti mereka jelas, mereka menjalankan perniagaan.. kita boleh nampak aktiviti perniagaan, Operasi, perjalanan,kilang dan laporan untung rugi, perubahan pemilikan dan Saham... MAS kita boleh nampak operasi penerbangan seharian mereka, aset Kapal terbang mereka,PLUS kita boleh nampak operasi ,aset, kutipan keuntungan operasi mereka, Begitu juga dgn Proton, kita nampak operasi,Kilang, dan penghasilan model kereta mereka..ketika itu kalau kerajaaan bailout.. memang lah ada asasnya.. 

MAS sahaja ada lebih 15 ribu anak Melayu yg bekerja disana, lebih 50 ribu anak melayu yg bekerja di Proton dan vendor2 mereka... jadi kalau ini yang menjadi pertimbangan Kerajaaan demi kepentingan negara..antara maslahah dan mafsadah.. adalah juga asasnya..walaupun Pembangkang setiap kali mempertikaikan kelemahan pengurusan, salah urus, perbelanjaan mewah, soal Konsesi, soal Kroni.. 

Dan apa yg dipertikai Pembangkang pun ada asasnya..dan program Rasionalisasinya pun ada asasnya...sama seperti tabung Haji dan Felda, perniagaan dan aktiviti mereka jelas..jika ada salah urus,slah tadbir..itu boleh kita rasionalisasikan..

Dalam Projek 1MDB.. berapa ribu anak Melayu yg bekerja dgn 1MDB ? dimana aset 1MDB? di mana laporan kewangan dan terbitan saham 1MDB.. tidak ada, 

1MDB ditubuhkan semata mata untuk merompak, pinjam 40 Billion..Duit tu lesap..ada yg kembali masuk ke Akaun Perdana Menteri.. 

DOJ telah membuktikan duit itu digunakan untuk bermewah mewah, beli kondo mewah,beli permata intan berlian, Beli lukisan, terbitkan filem Lucah.. Berjudi.. apakah jenayah ini yang Tuan Ibrahim mahu Rasionalisasi kan ?

Kalau ada tanah di bandar Malaysia, dan TRX, itu pun hanya satu projek bertujuan membayar hutang, Tanah bernilai tinggi dijual semurah murahnya pada 1MDB, dan tabung Haji dipaksa beli hanya semata mata bertujuan untuk bayar Hutang..mcm orang pinjam Along untuk berjudi..akhirnya terpaksa gadai tanah dan barang kemas yg menjadi harta pusaka..

Duit yg digunakan untuk berjudi tak boleh dirasionalisasikan . Sudah berlaku beberapa pendakwaan Jenayah di Singapura dan Swizerland umpamanya..dan apakah Tuan Ibrahim mahu Rasionalisasikan jenayah ? 

Bagi aku satu jer.. PAS cuba tunjuk hero.. Berlagak pandai..PAS tak perlu tunjuk pandai untuk selesakan hutang Negara.. sedangkan Hutang negeri Kelantan Pimpinan PAS pun bertambah, Anak Syarikat Kerajaan kelantan pun rugi dan terpaksa ditutup

Lebih malang 1 juta ekar tanah tergadai akibat ditipu dgn syarikat dan perniagaan "scammer" yg tak wujud ala ala 1MDB.. Sedang kan Harakah dan Kohilal pun PAS tak mampu rasionalisasikan, ada hati nak rasionalisasikan 1MDB.. Tuan Ibrahim cuma mahu tunjuk pandai, dan cuba tunjuk dia lebih baik dari hj Hadi.. :)

IpohMali

5 comments:

  1. Setuju dgn pandangan ini. Bernas

    ReplyDelete
  2. Lebai kata kan...semuanya mereka pandai walaupun bukan dalam ilmu mereka.
    Walaun yg duduk kat belakang tu bersorak kesukaan kerana pemimpin mereka bijak!! Kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Kata2 klise drp olarmak dan lebai pas. Kembali kpd quran hadis. Selesai masalah. Tapi cara nye lagu mana? Dapat taklimat 2jam drp Arul Keling terus Titm dan 30 lebai pas puas hati. Hoi lebai. Kamu dah kena kencing dgn Arul Keling. Hahaha. Nak tunjuk bijak dan matang. Ni bkn matang. Tp Natang Keling auta lebai. Padan muka hangpa. Hahaha

    ReplyDelete