Forum buat melontar soalan, kasut dan kerusi
Pada 14 Ogos 2017
oleh IZMIL AMRI
Saya tiba awal ke perkarangan Dewan Raja Muda Musa, tempat saya menduduki peperiksaan ketika menjadi mahasiswa Universiti Teknologi MARA hampir sepuluh tahun lalu. Azan Zohor baru berkumandang, dan saya bersalaman dengan penganjur yang baru beberapa hari sudah saya wawancara.
Syed Saddiq beritahu saya, mereka menjangkakan satu episod drama terbitan pihak-pihak yang dikenali, bagi mengganggu acara petang Ahad itu. UMNO sesama bekas UMNO, barangkali masih ada pertalian yang tidak boleh dipisahkan. Saling berkongsi maklumat. Jadi saya lebih berjaga-jaga.
Dewan disusun ala townhall TN50, dengan pentas di tengah-tengah untuk memberi ruang dua panelis berpencak dalam acara diberi nama Nothing to Hide 2.0 itu.
Beberapa ruang dipecah-pecah, dengan satu ruang khas untuk delegasi tetamu undangan paling istimewa Datuk Seri Najib Razak. Di satu bahagian lagi, ruang khas untuk pengamal media. Manakala beberapa baris kerusi kelabu disusun di belakang pentas, untuk pimpinan Pakatan Harapan.
Beberapa ketika kemudian, kelibat Syed Saddiq sekali lagi datang menghampiri saya. Katanya di luar sana ada gerombolan pemuda dengan pakaian pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada) yang tidak diketahui asal usulnya.
Saya lantas meluru ke pintu, dan cuba menanggapi keadaan. Orang awam mula berpusu-pusu masuk ke dewan. Jawatankuasa keselamatan pula cuba menyusun gerombolan berpakaian Armada ini di luar, supaya mereka diasing-asingkan dan tidak duduk di kerusi orang awam.
Sebahagian berjaya dipindahkan ke bahagian atas di kiri dan kanan dewan, manakala selebihnya mundur ke penjuru belakang, atau keluar mengambil udara.
Tun Dr Mahathir tiba sekitar jam 3.30 petang. Diikuti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng beberapa ketika kemudian. Mereka diiring terus ke bilik menunggu VIP, dan pakat-pakat bergambar.
Beberapa minit kemudian, dewan pun penuh dan acara pun bermula. Para tetamu dan kenamaan diarak masuk, dan Tun Mahathir mengambil tempat di pentas utama bersama moderator sesi tersebut, peguam Azhar Harun. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ diiukuti bacaan doa.
Memang acara ini terasa seperti acara anjuran United Malays National Organisation. Kecuali beberapa lagu punk, muzik latar sebelum acara bermula adalah lagu-lagu patriotik moden berulang-ulang. Termasuk adunan semula lagu ‘Standing In The Eyes Of The World’ yang menjadi lagu tema ketika berlangsungnya Sukan Komanwel 1998, sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan meletusnya gerakan Reformasi.
Panitia penganjur ramai mengenakan pakaian berwarna merah, dengan logo ‘Wawasan 2020’ dan bendera Malaysia tersemat di dada. Ada antaranya yang memakai tshirt itu dimasukkan ke dalam seluar jeans, seperti kebiasaan mat-mat skema yang dahulunya penuh merenyut dalam pemuda UMNO.
Bahkan sebenarnya mereka dahulu pun memang UMNO. Kalau pun tidak isi borang parti, mereka pastinya beriman kepada prinsip parti itu, dan mengangkat Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin ulung. Syed Saddiq sendiri kerap mengulang sebut ‘Ayahanda Tun Mahathir’ sebagai tanda hormat dan takzimnya kepada sosok yang mengepalai negara selama dua puluh tahun itu.
Ketika Mahathir tiba dan ketika memasuki dewan, laungan ‘Hidup Tun’ bergema berulang kali. Dan ketika soalan-soalan yang ditujukan kepadanya dikuntau dengan begitu cantik, pendokong Mahathir juga bersorak dengan laungan yang sama. ‘Hidup Tun!’
Lontar soalan
Sepanjang ronda pertama ucapan Mahathir, saya memerhatikan kumpulan anak muda di penjuru belakang yang langsung tidak memberi sebarang reaksi. Bersorak tidak, tepuk tangan pun tidak terhadap segala yang disebut.
Sekonyong-konyong datang lah si Syed Saddiq sekali lagi menghampiri dari tepi.
“Semua yang baju merah di belakang tu bukan orang kita,” katanya sambil menggeleng resah. Saya sengih sedikit kerana dia sebut ‘orang kita’. Barulah dia tahu apa perasaannya dijadikan sasaran parti pemerintah. Baguslah si Saddiq ini sudah boleh bekerja dengan semangat kekitaan.
Seketika kemudian, saya bergerak ke belakang segmen pimpinan HARAPAN dan bertemu beberapa orang kenalan. Masing-masing bertanya tentang drama yang bakal terjadi kerana bukannya kita tidak biasa dengan serangan samseng UMNO.
Sebelum Pilihanraya Umum ke-13 lalu tidak sedikit serangan samseng yang kita hadapi. Saya masih ingat bagaimana cermin belakang kereta saya dipecahkan orang tidak dikenali ketika Jelajah Merdeka Rakyat mengadakan ceramah besar-besaran di Seremban. Sederet kereta dari luar Seremban habis diketuk cermin belakangnya.
Bas Jelajah Merdeka Rakyat itu pun sudah berkali-kali diserang dengan cat dan batu. Parut-parutnya ditinggalkan agar menjadi tatapan orang ramai yang datang.
Yang paling saya ingat ialah serangan di sebuah ceramah di Lembah Pantai. Kebetulan barangkali, ceramah UMNO dan Keadilan, dianjur sebelah-menyebelah. Lebih ramai pastinya di ceramah yang ada Anwar Ibrahim. Entah monyet mana dari ceramah yang satu lagi mula melontar bata ke arah penonton sebelah kami.
Saya masih ingat Anwar melontarkan maki, “Celaka UMNO ini.” Ummi Hafilda yang sedang menjerit di sebelah sana langsung berhenti.
Begitulah, pengalaman mengajar kita untuk menanti serangan daripada gerombolan yang memang diajar untuk membalas hujah dengan tangan dan kaki, apabila lidah sudah tidak boleh bersambung dengan akal.
Perkara sama terjadi Ahad lalu. Apabila sesi melontarkan soalan bermula, dan Mahathir menepis setiap satunya.
Saya berpeluang mewawancara beliau tahun lalu. Dan pastinya sampai mati saya akan ingat peristiwa itu. Hari di mana saya yang sejak 1998 membenci Mahathir, akhirnya berdepan dengannya dan bertanyakan beberapa soalan. Lebih sepuluh soalan saya rasa, dikuntaunya dalam masa lebih kurang 45 minit. Satu pun tidak dijawabnya dengan tepat.
Mahathir malah menggunakan peluang wawancara itu untuk melancarkan serangan bertubi-tubi menggunakan ‘Rocket’ DAP ke arah pihak lawannya, Datuk Seri Najib Razak.
Taktik yang sama digunakan Ahad lalu. Acara Nothing to Hide 2.0 itu digunakan sepenuhnya oleh mantan perdana menteri itu untuk membingkai suami Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pencuri, penyangak dan penyamun wang negara. Soalan-soalan yang ditujukan kepadanya dikilas menjadi serangan kepada Najib, termasuklah soalan mengenai kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri.
“Dia pun tak suruh saya minta maaf,” kata Mahathir kepada si penyoal. “Kami setuju untuk sama-sama menewaskan Datuk Seri Najib,” tambahnya.
Lontar kasut dan kerusi
Bermula sesi soal jawab ini, saya mula resah. Gerombolan di belakang sana sudah mula memekak dan mengejek jawapan Mahathir. Kami dan panitia penganjur di balik sini diminta bersorak kuat menyokong jawapan Mahathir bagi menenggelamkan sorakan pihak lawan.
Selalunya apabila mula soalan-soalan provokatif, kita tahu bahawa ada monyet yang akan mencari peluang untuk buat kacau. Keadaan ini saya sedari ketika soalan tentang Memali diajukan, dan saya lihat budak-budak di penjuru itu mula bergerak-gerak.
Saya ambil telefon, dan mula rakam. Dari belakang pentas Mahathir, saya jangkakan akan tercetus gangguan; meski penerbit dramanya sehingga ketika itu pun masih tidak kelihatan. Kerusi ‘delegasi Najib’ diisi orang awam, dan mungkin sebahagian kumpulan perusuh.
Tiba-tiba saya melihat dari dalam skrin, ada botol yang melayang. Kemudian kasut, dan kasut lagi, sebelum mula timbul kacau bilau di penjuru belakang, dan gerombolan anak-anak muda itu mula berlari keluar meninggalkan dewan.
Rakaman saya teruskan, dan saya menyaksikan sesuatu yang paling tidak pernah saya jangka.
Mahathir tetap berdiri di situ, meski menyaksikan botol dan kasut melayang ke arahnya. Seinci pun dia tidak bergerak. Hanya apabila pihak panitia Armada bergerak melindunginya, maka barulah beliau menoleh ke belakang dan keluar meninggalkan dewan sambil wajahnya masih tenang dan tersenyum.
Pada masa yang sama, dua biji suar dinyalakan dari penjuru belakang dan melayang ke arah kawasan tempat duduk media. Jurugambar berpusu-pusu mengambil gambar keadaan huru-hara untuk memadamkan suar itu. Rakan saya, Radzi Razak, cedera lututnya ketika cuba mengelak kerusi yang terbang.
Sahabat saya seorang lagi, Daniel Low, sukarelawan Unit Tindak DAP yang hadir membantu panitia keselamatan, cedera di kepala terkena kerusi terbang, ketika membantu orang awam yang hadir melarikan diri dari tempat kejadian.
Pimpinan HARAPAN diusung keluar dan dihantar pulang. Monyet-monyet yang bikin huru hara dikejar sehingga pagar tempat letak kereta. Ada yang terbabas dan dicekup. Khabarnya disapa dengan tangan dan kaki beberapa das, sebelum diserahkan kepada pihak polis. Berkejar-kejar juga mereka keliling dewan untuk melepaskan geram.
‘Bangsat UMNO,’ kedengaran dari mulut bekas ahli-ahli UMNO yang cuba menahan marah.
Saya hanya mampu menahan ketawa. ‘Baru ada akai,’ bak kata orang Pulau Pinang. Itu pun antara mengawal semput dan serangan asma ekoran asap suar yang berterbangan memenuhi dewan.
Pihak keselamatan yang berhampiran hanya mampu tersenyum melihat saya ketawa. Saya tanya dia ‘Apa perasaan jadi pembangkang? Best?’ Dia sambung senyum sahaja.
Dalam sidang media beberapa ketika kemudian, Syed Saddiq muncul dan memaklumkan bahawa budak-budak yang berlari setelah serangan tercetus itu dengan pantas menanggalkan baju Armada yang mereka pakai. Membawa suar ke majlis dialog pastinya isyarat bahawa huru-hara tersebut telah dirancang.
Dan pastinya lagi serangan yang dirancang itu mensasarkan batang tubuh ‘ayahanda’ Tun Dr Mahathir. Beberapa kali juga Syed Saddiq kelihatan menahan sebak, mengenangkan kemungkinan tokoh itu cedera.
Setelah keadaan beransur surut dan saya beransur pulang; bimbang saya hanyalah tertumpu kepada dua acara yang bakal mendatang. Pertama ialah perhimpunan di Padang Timur berdepan ibu pejabat parti cap bunga raya pada 14 Oktober depan. Kedua, pilihanraya umum yang dijangka berlangsung beberapa bulan sahaja lagi.
Kalau beginilah keterdesakan pihak-pihak yang mahu menyorokkan sesuatu. Entah apa lah yang sanggup mereka buat jika kehilangan kuasa dan kalah pilihanraya.

Lagi isu berkaitan: 'Sewel tuduh BERSATU sengaja bikin kecoh'
No comments:
Post a Comment