Saturday, August 19, 2017

Apakah Islam melalui Amanat Hadi sendiri mampu menyelamat?

Saturday, 19 August 2017
SETUJU UNTUK TIDAK SETUJU

Dalam konteks Malaysia di mana Melayu merupakan majoriti dan Islam sebagai agama rasmi, sesiapa pun pasti setuju bahawa Melayu Islam mesti menjadi tonggak kepada kepimpinan negara ini.

Apabila Hadi Awang mengatakan demikian, ia tidak bermakna hanya Pas saja yang memiliki tonggak Melayu Islam itu atau Melayu Islam dalam Pas saja yang boleh diyakini.

Hakikatnya, dalam BN dan Pakatan Harapan juga tonggaknya adalah Melayu Islam. Dalam hal ini, Pakatan Harapan turut berulangkali menyatakan Melayu Islam tetap menjadi tonggak kepimpinan negara setelah BN berjaya ditumbangkan nanti.
Bahkan, jika diperhati tonggak Melayu Islam dalam Pas adalah paling tidak diyakini untuk memimpin negara ini, manakala dalam UMNO dan BN ia sudah "reput menunggu mati".

Di masa lalu, kepimpinan Melayu Islam Pas tidak diyakini kerana sikap dan amalan mereka yang sedikit ekstrem, sementara sekarang pula mereka lagi kurang dipercayai kerana menyokong kleptokrasi dan seperti tidak peduli dengan penyelewengan serta kehilangan wang negara yang berguni-guni.

Maka, tatkala rata-rata kita setuju bahawa Melayu Islam mesti jadi tonggak kepimpinan negara, Hadi janganlah "perasan" dengan menulis pandangan yang cuba memberi gambaran seolah-olah Melayu Islam Pas paling layak menerajui negara ini.

Apakah Hadi sendiri, Nik Abduh, Nasruddin Tantawi, Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan lain-lain pemimpin Pas boleh diyakini untuk memimpin negara ini?

Dalam catatan di laman Twitter, susulan tulisan berkaitan Melayu Islam itu, Hadi juga menitipkan ayat, "Jika Melayu bersama Islam semuanya akan selamat, Melayu tanpa Islam semunya tidak selamat."
Sekali lagi, rata-rata kita tentunya setuju dengan apa yang ditulis oleh Hadi itu, malah ia bertepatan dengan ungkapan, "Islam adalah rahmat kepada sekalian alam."

Tetapi, pastilah Islam yang membawa rahmat dan penyelamat itu bukanlah Islam yang didokong dan diperjuangkan oleh Pas.

Apakah Islam yang terungkap melalui Amanat Hadi sendiri mampu menyelamat?

Atau adakah Islam melalui sikap dan pendirian Pas ketika ini merupakan penyelamat kepada Melayu?

Islam yang diperjuangkan Pas - dulu, kini dan selamanya - walaupun mungkin pahit diterima oleh sesetengah pihak, harus kita akui lebih ke arah kekeliruan dan hanya mendorong kepada perpecahan sesama umat. (ShahbudinHusin 19/08/2017)

Anda mungkin juga meminati:
SIAPA ANTI ISLAM?
HIDUP MELAYU PAS UMNO
MELAYU PERLU UMNO ATAU UMNO PERLU MELAYU?

Posted by Shahbudin Husin at 08:23 

Kalau nak baca: Mabuk Fill Kudha Lagi Abdul Hadi Awang Ni...

3 comments:

  1. Hello every one, here every one is sharing these kinds of know-how, therefore
    it's pleasant to read this weblog, and I used to visit this web site daily.

    ReplyDelete
  2. bila Islam nak tegakkan hukum hukum Islam mula lah ada jugak puak melayu yang kata pelampau
    yang menentang hukum hukum Islam nilah sebenarnya pelampau
    seronok hidup denagn hukum kapir

    ReplyDelete
  3. PAS dengan wadah perjuangan yang mengelirukan dan mendorong kepada perpecahan dan memutuskan silaturahim....ini patut diperbaiki oleh PAS yang kini bersifat tertutup, kurang cerdik dan sering menyalahkan orang lain. TQ Ancient Mariner

    ReplyDelete