Saturday, August 19, 2017

PM tidak ganggu tugas polis: Benarkah begitu dan adakah masih berterusan begitu?

Mahathir tidak ganggu tugas KPN
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Tan Sri Abdul Rahim Noor

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah masuk campur dalam urusan kerjanya ketika beliau menjawat jawatan sebagai ketua polis negara.

Katanya, beliau senang bekerja dengan Mahathir kerana beliau seorang yang profesional.

"Semasa saya 10 tahun sebagai Pengarah SB dan KPN, saya berasa senang tidak ada ganggu gugat tidak ada campur tangan Tun Mahathir faham apa yang saya nak cuba ketengahkan demi keperluan negara, keselematan.

"Termasuk dalam Operasi Lalang  sebagaimana saya telah mengusulkan kenapa kita perlu habiskan saki baki komunis ini...," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-39 akan diadakan hari ini di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam dengan tajuk ‘Siapa lebih berkuasa: Pentadbir atau ahli politik?’

2 comments:

  1. Sudah lah rahim. Ko ni temberang n tembelang jer. Cuba istighfar dan taubat. Anwar lebam mato dah minta maaf ko? Belom kann? Haha

    ReplyDelete
  2. lagi bnayak cakap mamat ni
    dulu masa kes budak tak cukup umur apa itu mahade kata
    polis jangan kacau keluarga itu lahim
    bukan kacau itu polis mau siasat saja
    tapi mahade sudah meracau
    ini mamat dapat pencen ka dulu dah dihukum penjara tapi 1 hari pung tak masuk penjara
    hanya berani pukui orang saja
    tanya itu lahim apa apasai tak berni kutok mahde?

    ReplyDelete