Kenyataan Rizal ibarat sindir Najib
WARTAWAN SINAR HARIAN - 26 OGOS 2017
SHAH ALAM - Kenyataan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor yang mendakwa kerajaan Selangor cakap tak serupa bikin ibarat sindiran terhadap perdana menteri yang sebenarnya cakap tidak serupa bikin.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, kenyataan tersebut seolah-olah menyindir perdana menteri sendiri yang sehingga hari ini masih belum bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu 1MDB.
“Tuduhan Rizal terhadap kerajaan negeri hanyalah bertujuan untuk memburukkan imej Selangor setelah pimpinan Umno Selangor sendiri seperti Tan Sri Noh Omar gagal mencalar reputasi Selangor.
“Kerajaan Selangor tidak takut sama sekali dengan siasatan SPRM jika ia dijalankan secara profesional...Yang takut pada kebenaran dan terus menutupi kebenaran adalah Umno serta BN termasuk Perdana Menteri sendiri.
“Berbanding pertikaian antara Unisel, MBI dan Jana Niaga Sdn Bhd ia sebenarnya adalah penyelesaian pertikaian, seperti yang diputuskan mahkamah pada 2012 dan ia dibawa ke mesyuarat dan diminitkan.
“Rakyat ingin tahu, apakah pelantikan ketua pengarah SPRM yang baru ini terkait dengan persoalan bagi menutup siasatan skandal 1MDB?,” katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.
Shuhaimi yang juga Adun Sri Muda turut mengingatkan berulang kali kenyataan terbuka dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengatakan SPRM pada bila-bila masa boleh melakukan siasatan.
Namun katanya, kerajaan negeri berharap agar siasatan SPRM perlu telus dan terbuka, bukanlah bersifat selective investigation ataupun selective prosecution termasuk double standard dari sudut tindakan siasatan.
“Rakyat dapat melihat secara jelas dalam kes Tan Sri Isa Samad, bertahun masa diambil sebelum siasatan dimulakan, namun berbeza dengan tuduhan ke atas Unisel yang hanya dalam tempoh singkat digempur SPRM selepas laporan dibuat.
“Tindakan SPRM juga berbeza dengan kes yang melibatkan Exco Kerajaan Pulau Pinang yang digari seumpama penjenayah ganas berbanding Tan Sri Isa Samad yang dilayan ‘ala kadar’.
“Rizal wajar menjawab mengapa sehingga ke hari ini, perdana menteri masih tidak berani menjawab soalan berhubung dengan skandal 1MDB di Dewan Rakyat, malah Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) 1MDB masih di bawah Akta Rahsia Rasmi dan tidak diketahui umum. Siapa sebenarnya yang ‘cakap tidak serupa bikin’?,” katanya.
WARTAWAN SINAR HARIAN - 26 OGOS 2017
Shuhaimi Shafiei

Yg ku tau rizal ni peg. khas rosmah. Tp dia advance. Semua isu nk diulas. Sgor n Pp pon di komen. Patut nye ulas hal rosmah saje lah. Hal kain bedak gincu rambut agogo 69 spender kasut. Agaknye dio lulus ekonomi kot. Gaji pon mewah. Selaku macai atau barua. Haha
ReplyDelete