Sunday, August 13, 2017

Najib, Trump dan 1MDB

The Malaysian Insight
Diterbitkan pada 12 Aug 2017 9:51PM
Perdana Menteri Najib Razak diselubungi skandal 1MDB bukan sahaja dalam negara malah membabitkan beberapa negara asing. – Gambar The Malaysian Insight, 10 Ogos, 2017.

BIAR apa pun laporan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hakikatnya kebenaran akhirnya akan terbongkar; biar bagaimana cara sekalipun ia diputar belit untuk menghalalkan segala-galanya.

Bagi kebanyakan negara di serata dunia, 1MDB hanya empat abjad -- empat abjad yang menggambarkan kleptokrasi yang memaksa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk beralih daripada saman sivil kepada siasatan jenayah.

Di Malaysia, 1MDB adalah sebuah syarikat pelaburan negara dengan tanggungjawab sosial (CSR) termasuk mengirimkan jemaah menunaikan haji.

Bergantung kepada siapa yang bersuara, masalah dan hutang 1MDB boleh dijelaskan atau sebenarnya, malah sampai boleh dipersoalkan.

Sebagai contoh, Perdana Menteri Najib Razak hari ini cukup bermurah hati dengan kebenaran. Katanya, PAS sudah mendengar penjelasan presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan sudah menetapkan pendirian bahawa 1MDB harus diberi kebenaran untuk meneruskan pelan rasionalisasinya.

Hakikatnya, PAS juga mendesak penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat apa yang berlaku dalam 1MDB, yang sudah mengumpulkan hutang bertimbun selepas hanya beberapa tahun beroperasi sehingga memerlukan pelan rasionalisasi.

Apa yang dirujuk oleh Najib ialah laporan yang sudah diselewengkan tentang perbincangan antara PAS dan Arul Kanda, dan bukannya hal sebenar yang diperkatakan dan bukan juga pendirian PAS mengenainya.

Arul Kanda juga didakwa memberi taklimat kepada pemimpin PAS dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Abdul Khalid Ibrahim, yang memetik presiden 1MDB itu berkata syarikat pelaburan tersebut tidak membayar International Petroleum Investment Co. (IPIC) milik Abu Dhabi kerana ia sudah melunaskan pembayaran itu sebelum ini.

Namun beberapa hari kemudian tindakan 1MDB dan Putrajaya membayar IPIC sejumlah AS$350 juta menunjukkan betapa mengarutnya kenyataan Arul Kanda.

Bilakah agaknya mereka yang terlibat dalam cerita panjang 1MDB ini berlaku telus? Ia berhutang kepada IPIC, itu jelas. Ia kerugian, itu juga jelas. Ia tidak bertindak balas dengan baik ketika wang yang diperoleh menerusi bon didakwa digunakan bagi tujuan lain atau masuk ke akaun-akaun bank yang tidak sepatutnya.

Adakah mereka yang terlibat atau mereka yang tahu hanya berlagak seperti Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan mengetepikan kebenaran dan hanyut dalam khayalan mereka sendiri?

Membayar AS$350 juta bukannya satu khayalan, terutamanya kalau anda perlu merasionalisasikan syarikat anda dan hutangnya. Tanda tanya yang kekal tidak berjawab: siapa yang bertanggungjawab di sebalik semua ini? Adakah sesiapa di antara mereka akan berdepan tindakan undang-undang?

Biar bagaimanapun Trump berdongeng, Rusia tetap satu isu yang harus beliau hadapi, sama seperti bagaimanapun Najib bercakap tentang 1MDB, ia tetap satu beban kepadanya.– 12 Ogos, 2017.

* Hahaa.......rupa Pemimpin PAS dan Khalid ditipu dan dibelit oleh mamat India bernama Arul Kanda. Najib juga tertipu dengan lapuran palsu yang lunak!

3 comments:

  1. Wow, incredible blog structure! How long have you ever been blogging for?
    you made blogging look easy. The total look of your web site is
    wonderful, as neatly as the content!

    ReplyDelete
  2. Baru sat-sat ni tadi aku tulis, PAS hanya pakar buat ayaq jampi saja...mujarab atau tidak, itu cerita lain. Senang-senang kelentong orang, sendiri pun senang-senang dikelentong orang, itulah PAS yang ada hari ini.

    ReplyDelete
  3. Tukartiub kata jho low agent china merah sbb slps dia buat angkara, dia skang menyorok di china. Ada kaitan ke dgn kejadian hilang mh370 yg bw kargo manggis & ramai rakyat china? Ini dendam china kpd as ke? Cuba kaji balik

    ReplyDelete