Sunday, August 13, 2017

Update: Masih tebalkan muka memujuk Hadi?

Wan Azizah, Azmin kunjungi Hadi Awang
Astro Awani |  Diterbitkan pada Ogos 12, 2017 23:16 MYT
Gambar pertemuan itu dikongsikan Abdul Hadi menerusi laman Facebook rasminya. -Foto Facebook Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta naib presiden parti itu Dr Shaharuddin Badaruddin mengunjungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Sabtu malam.

Gambar pertemuan itu dikongsikan Abdul Hadi menerusi laman Facebook rasminya.

"Menerima kunjungan ziarah oleh pimpinan PKR pada malam ini di Kuala Lumpur," tulis Abdul Hadi di laman Facebooknya itu.
Namun tidak dinyatakan apakah tujuan pertemuan itu diadakan dan hasil pertemuan tersebut.

Kunjungan tiga pemimpin PKR ini menimbulkan spekulasi parti itu masih mahu mengadakan kerjasama dengan Pas.

* Sedar tak sedar di pihak Hadi telah mensensasikan lawatan itu dengan viralkan ini. Nampaknya dalam politik keikhlasan (mungkin) satu pihak diketepikan 

Korang baca apa kata para Wala'un PAS kat bawah ni: 

Azmin, Wan Azizah ziarah Hadi Awang
13 Ogos 2017 | ARIF ATAN

Selepas dua hari Datuk Seri Azmin Ali dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan, beliau menziarahi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah menjalani pembedahan.

Kunjungan malam tadi itu disertai Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Hadir sama pensyarah kanan Universiti Selangor (Unisel), Dr Shamsinor Abdul Azzis.

Gambar mereka menziarahi Hadi Awang tersebar di Facebook dan WhatsApp sejak malam tadi.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan melawat individu uzur amalan yang digalakkan dalam Islam.

Pada 28 Jun 2014, Wan Azizah dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta anak mereka, Nurul Izzah juga pernah menziarahi Abdul Hadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Pada masa itu, Abdul Hadi baru 10 hari pulang ke Malaysia selepas diberi kebenaran oleh doktor yang merawatnya di sebuah pusat perubatan di Istanbul, Turki.

Walau bagaimanapun, Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia berkenaan difahamkan tidak pernah menziarahi Anwar apabila dirawat sebelum ini.

Bahkan, Ahli Parlimen Marang itu tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan pada 2015 memberi sokongan kepada Anwar ketika prosiding akhir rayuan kes liwat kedua bekas Ketua Pembangkang tersebut.

Malah, sebelum itu tersebar kenyataan media Abdul Hadi yang menyatakan saranan untuk menyertai perhimpunan solidariti terhadap Anwar bukan pendirian rasmi Pas sebelum dinafikan kemudiannya oleh Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sementara itu, penyokong tegar Pas dalam reaksi mereka menganggap PKR pada masa ini tiada pilihan melainkan terpaksa 'berlutut' kepada Pas walaupun telah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Reaksi tersebut dilihat ekoran keputusan Pas yang muktamad akan meletakkan calon di Permatang Pauh yang sinonim dengan keluarga Anwar sejak Pilihan Raya Umum Ke-10 pada tahun 1999.

Bulan lalu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad melancarkan jentera pilihan raya di Permatang Pauh dan memberitahu bahawa parti tersebut sudah mula mengerakkan jenteranya di semua kawasan di seluruh negara.


Selain itu, penyokong Pas juga dilihat berpuas hati kerana kunjungan pimpinan PKR tersebut dijangka membangkitkan rasa marah penyokong AMANAH khasnya sekali gus memecahkan Pakatan Harapan.

1 comment:

  1. mana puak malaapis tahu tentang ziarah org sakit. cakap bab Islam api amalan taada. tak belajar cara yg di ajar oleh Rasullah saw.nak ikut islam jgn ikut malaapis lebih ikut tabligh.

    ReplyDelete