Thursday, August 10, 2017

Khairuddin marah tidak dijemput?

TIMBALAN PRESIDEN PAS HARUS JEMPUT YB TONY PUA, YB RAFIZI RAMLI DAN SAYA UNTUK TERANGKAN ISU SEBENAR KES SKANDAL 1MDB!! JANGAN BIARKAN ARUL KANDA MEMPERBODOHKAN PARTI PAS!!

Saya ingin 'mengangkat topi' kepada arul kanda kandasamy yang telah berjaya memperbodohkan timbalan presiden serta 30 ahli jawatankuasa pusat Pas semalam.

Syarikat 1mdb sedang berada dalam keadaan pelbagai kegagalan masakini tetapi tokoh-tokoh pemimpin Pas puji penerangan serta berpuas hati dengan taklimat oleh arul kanda mengenai isu skandal 1mdb.

Timbalan presiden Pas dan 30 ahli jawatankuasa pusat Pas tak tanya arul kanda kenapa sehingga tarikh tamat bayar hutang hari ini sejumlah rm2.6 bilion; syarikat 1mdb masih gagal untuk melunaskannya kepada IPIC?!

Isu-isu lain saya rasa pemimpin-pemimpin Pas tak mampu nak fikir serta buat penilaian. Jadi mereka tak perlu tanya mengenai isu-isu lain yang agak kompleks lagi rumit dalam kes skandal 1mdb!!

Kes mutakhir iaitu hari ini tarikh akhir syarikat 1mdb bayar hutang pada IPIC sejumlah rm2.6 bilion tetapi masih gagal!! Pemimpin-pemimpin Pas yang hadir pada perjumpaan sesi taklimat dengan arul kanda sepatutnya soal beliau secara terperinci mengenai kegagalan melunaskan hutang tersebut walaupun tarikh akhir telah dianjakkan dari 31 julai hingga ke hari ini!!

Kegagalan melunaskan hutang ini bakal meninggalkan implikasi negatif kepada sistem ekonomi negara!!

Syarikat 1mdb kini gagal dalam pelbagai segi sehinggakan akaun syarikat dah lebih dari 3 tahun masih gagal diodit?!

Secara logiknya, seandainya sesebuah syarikat itu gagal diodit akaunnya; ini membawa erti syarikat itu sedang bermasalah!!

Takkan timbalan presiden Pas serta 30 ahli jawatankuasa pusat Pas ini tak boleh berfikir?! Kenapa parti Pas menjadi semakin dungu dari hari ke sehari?!

Saya cukup hairan dengan 'virus bodoh' yang sedang melanda Pas selepas parti umno!!

Secara jujurnya, saya ingin cadangkan kepada tuan ibrahim tuan man serta kepimpinan tertinggi Pas untuk menjemput yb tony pua, yb rafizi ramli dan saya sendiri untuk mengadakan satu sesi taklimat bagi menerangkan permasalahan sebenar kes skandal 1mdb ini.

Selepas mendengar taklimat dari kedua belah pihak; barulah timbalan presiden Pas dan 30 ahli jawatankuasa pusat Pas boleh buat satu rumusan secara adil lagi telus!!

Jangan hanya dengar pada sebelah pihak saja terus cakap dah puas hati dengan penerangan kes skandal 1mdb itu!! Arul kanda sudah pasti akan beri gambaran yang baik-baik serta berat sebelah!!

Secara peribadi saya nampak parti Pas sejak kebelakangan ini menyokong unsur-unsur rasuah serta salahguna kuasa pemimpin-pemimpin umno yang menunjang kerajaan kleptokrasi!!

Parti Pas dah menjadi semakin 'gelong' dan tokoh-tokoh pemimpinnya pula nampak semakin 'sewel!!'

Wadah perjuangan Pas yang berteraskan pada aqidah agama berlandaskan kepada ajaran islam yang tulen bersandarkan pada al-quran dan as-sunnah sudah hilang!! Pas semakin 'merapu' dan 'merepek!!'

Bagi pihak diri saya amat ikhlas dan bersedia untuk berhadapan memberi penerangan dan fakta sebenar mengenai kes skandal 1mdb pada parti Pas yang semakin 'gelong!!'

Saya telah berjuang bermati-matian di seluruh dunia membuat laporan-laporan kepada pihak berkuasa di singapura, hong kong, peranchis, switzerland, united kingdom dan FBI demi untuk menyelamatkan dana kerajaan serta wang rakyat dari diselewengkan oleh kalangan pengkhianat negara!!

Tuan ibrahim tuan man dan 30 ahli jawatankuasa pusat Pas jangan jadi 'katak di bawah tempurung' dan jangan biarkan arul kanda kandasamy memperbodohkan kamu semua!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
8 Ogos 2017

9 comments:

  1. Tuan,
    Kalau benar "...Tuan Ibrahim mengumpamakan skandal 1MDB seperti ‘nasi yang sudah menjadi bubur’ dan menegaskan bahawa apa juga yang berlaku kepada pelakunya, hutang 1MDB masih perlu ditanggung oleh rakyat."
    Lantaran, mungkin juga dia khilaf dlm menggunakan pepatah melayu, bukan nasi sudah jadi bubur, sebab kalau menjadi bubur masih boleh dimakan atau sekurang kurangnya diberi ke pada lembu....
    Lebih tepat jika umpamakan nasi telah menjadi racun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ali baru beli rumah RM400,000.00.
      Abu berhutang RM390,000.00 kerana membeli rumah...kesian anaknya menanggung hutang..

      Delete
  2. rasanya pas buat drama saja itu sebab tak jemput.
    mungkin juga arahan org atasan nak alihkan isu (tak tuduh hanya kemungkinan)

    ReplyDelete
  3. Mereka2 ini kan pakar2 (ERT)kot ekonomi rumahvtangga. He he. Makin bercelaru lebai2 ni. TITM DULU RESPECT JUGA KAT DIA tapi la ni mcm hialng kompas aje. Apa2 pun kena wala.

    ReplyDelete
  4. Mereka2 ini kan pakar2 (ERT)kot ekonomi rumahvtangga. He he. Makin bercelaru lebai2 ni. TITM DULU RESPECT JUGA KAT DIA tapi la ni mcm hialng kompas aje. Apa2 pun kena wala.

    ReplyDelete
  5. Daya fikir para lebai tidak sama malah lemah untuk menganalisa sesuatu perkara dari kacamata makro dan jangkamasa panjang. Ini kerana mereka kurang membaca dan kurang ilmu. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan mencerminkan tahap pemikiran dan pemahaman serta gambaran dari satu sudut sahaja. Tidak dinafikan dalam PAS masih ada banyak lagi cendikiawan tetapi tidak di gunakan sepenuhnya hatta PAS tidak dapat menilai ketokohan dan kercerdikan ahli-ahlinya dalam bidang tertentu. Ini sesuatu yang merugikan.

    ReplyDelete
  6. Ecobit yg tak ada opis pun parti sarkas kena tipu,apa lg dgn keling jurucakap 1mdb...

    ReplyDelete
  7. Siapa mau percaya dg koordinator deklarasi rakyat yg palsu kan tanda tangan rakyat

    ReplyDelete
  8. Aku sebenarnya malas campur dah dengan Pas. Sejak Pas jadi Bodo piang ni aku semakin geli nak mengaku penyokong Pas.dulu aku bangga sangat jadi penyokong Pas...tu duluuuuuu.mengaku amal politik matang..matang apakebendanya kalau isu jelas kebobrokannya depan mata pun tak reti nak beza.dahlaa aku rasa menyampah nak ulas pasai puak2 dongoi puak2 Bodo sombong ni....din kubur pànjang

    ReplyDelete