Ku Nan, sampai bila nak 'kencing'?
Amran Ahmad Nor 7 Ogs 2017, 9:01 malam
ULASAN Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata:
“Saya takut esok bila anak-anak kita besar, cucu-cicit kita besar, dia pergi ke kubur kita, dia kencing di kubur kita.
“Dia kata apalah tok (datuk) aku ini, berjuang apa. Aku hidup sengsara. Itu sebab Umno perlu dipertahankan demi agama bangsa dan negara,” ujar beliau yang popular dengan gelaran Ku Nan mengenai prestasi semasa BN di Wilayah Persekutuan.
Justeru, kata beliau, BN perlu merampas semula sekurang-kurangnya lima kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan yang kini dikuasai pembangkang dengan keutamaan adalah parlimen Wangsa Maju dan Lembah Pantai.
Itu jika BN kalah dan Ku Nan khuatir jika ia berlaku. Tetapi, bagaimana pula dengan 'derita' yang ditanggung oleh warga kota ekoran pelaksanaan cukai barangan serta perkhidmatan (GST), pengenaan caj letak kereta Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) serta harga petrol mahal yang terkesan kepada mereka.
Bahasa orang muda
Dalam bahasa orang muda, 'kena kencing' bermaksud ditipu dan ia sangat berbeza dengan perbuatan mengeluarkan air najis seperti yang ditakuti oleh Ku Nan.
Dalam hal pelaksanaan GST, rakyat negara ini 'kena kencing' oleh BN setelah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menipu orang ramai dengan mengatakan pelaksanaan GST boleh menurunkan harga barang seperti kereta, perabot dan juga barangan elektrik.
Dakwa Ahmad sebelum ini, harga bagi sesetengah barangan mampu diturunkan kerana sebelum ini ia dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berjumlah 10 peratus, tetapi hanya dikenakan GST sebanyak enam peratus.
Pun begitu, sejak pelaksanaan GST yang kini memasuki tahun ketiganya bukan sahaja tidak menurunkan harga seperti dijanjikan Ahmad malah menyebabkan kadar inflasi melonjak ke paras 5.1 peratus pada bulan April yang lalu, paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun.
Slogan 1Malaysia
Tidak cukup dengan itu, BN juga melaung-laungkan slogan '1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan' yang seolah-olah membayangkan kerajaan mengutamakan rakyat dalam aspek pentadbiran negara terutama pengurusan ekonomi.
Meleset dari jangkaan tersebut, warga kota 'didahulukan' ketika DBKL berhempas-pulas mencari sumber pendapatan dengan menaikkan kadar caj meletak kenderaan sebanyak 150 peratus ke atas 46,100 meter petak parkir di sekitar ibu kota.
Di bawah struktur harga baharu tersebut yang bermula sekitar pertengahan tahun lepas, caj meletak kenderaan bagi tempat tumpuan perniagaan itu dinaikkan dari RM0.80 sejam ke RM2 sejam untuk sejam yang pertama.
Selepas itu, caj sebanyak RM3 akan dikenakan pada jam kedua dan berikutnya.
Rakyat juga terus 'didahulukan' BN dalam aspek pemansuhan subsidi ke atas bahan bakar petrol dan diesel sehingga paras harga komoditi tersebut menjadi tidak stabil.
Dengan pelaksanaan GST, kenaikan caj meletak kenderaan DBKL dan pemansuhan subsidi tersebut, rakyat telah 'dikencing' BN selepas berjanji untuk tidak menyusahkan mereka sejurus selepas mengekalkan kuasa di Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.
Justeru, terpulanglah kepada rakyat terutama warga kota sama ada mahu mengekalkan pembangkang di sembilan kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan dan terus memberikan kemenangan kepada BN di dua kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan iaitu Setiawanga dan Titiwangsa atau sebaliknya.
* AMRAN AHMAD NOR merupakan bekas pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Utusan Melayu yang dibuang kerja pada 2009. Kini, selepas merangkul ijazah MBA dari UK, beliau menjejaki perjuangan arwah Ahmad Nor, bekas naib pengerusi DAP Kebangsaan

Dia kata apalah tok (datuk) aku ini, berjuang apa. Aku hidup sengsara. Itu sebab Umno perlu dipertahankan demi agama bangsa dan negara,
ReplyDeleteitu sebab amano haprak ni kena ditumbangkan berpuluoh tahung perintah rakyat makin susah
sang penguasa makin mewah
agama apa yang dipertahan bila nak buat hudud takut kat mca mic gelakan dll sekutu
cilako punya amano lagi
lama amnao perintah lagi banyak yang merano
ktmb pung dah nak ditukar nama
hilang lagi nama melayu ...
Masalahnye masih ada Melayu Bangang yang undi Parti CELAKA UMNO/BN ni.kena gertak sikit kununye DAP akan perintah Malaysia semua Penderitaan dan Penganiyaan UMNO CELAKA hilang
ReplyDeleteRasanye cucu cicit dia kencingkan kubur sebeb malu ada moyang kaki kencing rakyat

ReplyDeleteDasar pemimpin yg tidak cerdik,.sekadar bercakap merapu tanpa langsung bersifat pemimpin,.rata rata Rakyat telah cerdik jangan haraplah berangan angan untuk terus berkuasa,
ReplyDeleteMuito logo isto local será famoso entre todos blogging e construção de sites
ReplyDeleteusuários , devido à é agradável artigos
This is my first time go to see at here and i am genuinely pleassant to
ReplyDeleteread everthing at single place.
Hi it's me, I am also visiting this site daily, this website is really good and the users
ReplyDeleteare in fact sharing fastidious thoughts.
This is my first time visit at here and i am actually pleassant to read all at single place.
ReplyDeleteI love looking through a post that can make people think.
ReplyDeleteAlso, thank you for allowing me to comment!
Thanks for finally writing about >"Kalu tatak kincing, susah mau idup ooo.......!"
ReplyDelete<Loved it!
Remarkable! Its genuinely remarkable post, I have got much clear idea on the topic of from this piece of writing.
ReplyDeleteAku harap semua anak cucu kita akan betul2 kencing kat kubur SEMUA kabinet BN tahun 2017 krn biar najib menjahanamkan kehidupan rakyat hari ini dan pada masa akan datang
ReplyDeleteaTOK kENCING tAK bUNYI pUNYEER!!!kalah Bn Lari bESELERAK La...bANG nANO
ReplyDeleteHello to every one, as I am truly keen of reading this website's post to be updated
ReplyDeletedaily. It contains good information.
Bukan.salah menteri salah pengundi.undi mentri corupt ini jadinya!fikir2kanlah hidup ph tq
ReplyDeletejangan setakat kencing dan berak atas kubur haramjadah dan para balaci , kita riwayatkan keburukan mereka dan jadikan doa yg wajib dibaca setiap saat
ReplyDelete