Pembantu rumah didera meninggal dunia
TMI · Diterbitkan pada 11 Feb 2018 10:30PM
PEMBANTU rumah warga Indonesia yang disyaki didera majikannya dalam kejadian di Taman Kota Permai 2, di Bukit Mertajam, meninggal dunia hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM)
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata wanita dikenali sebagai Adelina, 21, berasal dari Medan, Indonesia disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang selepas mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
"Bedah siasat ke atas wanita itu akan dijalankan kira-kira pukul 9 pagi esok bagi mengetahui punca sebenar pembantu rumah berkenaan meninggal dunia," katanya di Bukit Mertajam, malam ini.
Katanya seorang wanita dan abangnya berusia 36 dan 39 tahun yang merupakan majikan kepada wanita itu direman dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
Beliau berkata polis akan merakamkan percakapan semua saksi termasuk jiran, ejen pembantu rumah, rakan-rakan mangsa serta doktor yang merawat wanita berkenaan.
Pembantu rumah yang telah dua tahun bekerja di rumah majikannya itu mengalami kecederaan lebam pada kepala dan muka serta kecederaan luka bernanah pada tangan dan kaki kiri serta kanan.
Wanita itu diselamatkan pukul 8 malam semalam selepas polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada seorang lelaki yang merupakan pembantu kepada seorang wakil rakyat di Bukit Mertajam memaklumkan pembantu rumah berkenaan telah didera.
Sementara itu, seorang jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Anita,40-an berkata pembantu rumah itu dibiarkan tidur di lantai luar depan rumah dengan hanya beralaskan tikar buruk bersama seekor anjing.
Katanya melihat keadaan mangsa yang semakin teruk, penduduk di situ memaklumkan kejadian tersebut kepada Anhli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim yang kemudian menghantar pembantunya meninjau situasi berkenaan.
Steven yang dihubungi berkata berdasarkan maklumat daripada jiran, pembantu rumah itu sering dimarahi majikannya hingga lewat malam dan kadang-kadang tidak diberikan makanan. – Bernama, 11 Februari, 2018.
KEADAAN pembantu rumah warga Indonesia yang dibiarkan tidur di luar perkarangan rumah, di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam. - Foto ihsan pembaca - BH
Video dari Berita Harian
Kaitan: 2 Beradik Ditahan Bantu Siasatan Kes Dera

Kalau sah dua beradik ni bersalah mendera,hantar depa ni plk ke Medan biar jadi ' hamba' kpd keluarga simati....
ReplyDeletekaya tak tera mana tapi belagak nak pakai orang gaji lepas tu nak buat macam hamba abdi macam budak tu tak ada keluarga nya
ReplyDeletesiasat teliti ada bukti dakwa
jika bersalah hukum mati
ni punya jenih ornag tak perlu bagi hidup lagi banyak dzolim
jadikan satu lagi pengajran untuk oarnag lain yang ada hati nak buat perangai macam ni