Wednesday, February 28, 2018

Rampas kapal mewah Jho Low: Polis Indonesia ambil masa lapan hari untuk siasat dan merampasnya

8 hari rancang sebelum rampas 'aset hasil kejahatan'
mk      Hari ini, 6:32 pm
Polis Indonesia mendedahkan mereka membuat persediaan lapan hari untuk menyelaraskan siasatan terhadap kapal layar mewah hartawan kontroversi Malaysia Jho Low sebelum merampasnya hari ini.

Pengarah ekonomi dan jenayah khas polis republik itu Agung Setya berkata penyelarasan bersama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) itu dibuat sejak 21 Januari lalu.

“Kita berkoordinasi dari tanggal 21 terkait dengan investigasi dilakukan FBI.

“Dan kita kemudian telusuri terkait dengan targetnya, kapal Equanimity. Sudah diberitahukan melalui mahkamah Amerika (Jabatan Keadilan) kapal ini jadi aset hasil kejahatan.
“Aset ini adalah aset hasil kejahatan sudah kita sahkan. Secara legal kita sudah pastikan.

“Kita sudah jalankan investigasi di sini.

“Orang yang menyembunyikan aset hasil kejahatan boleh didakwa melakukan pengubahan wang haram,” katanya seperti dilaporkan TV tempatan Metro TV.

Berkaitan: Indonesia rampas kapal mewah Jho Low di Bali

Indonesia hari ini merampas kapal bernama The Equanimity yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB, di Bali.

Aset itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ) AS dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

1MDB sedang berdepan siasatan di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Menurut pemfailan itu, The Equanimity berukuran 300 kaki (91.4 meter) yang dibina oleh Oceanco di Rotterdam, Belanda, pada tahun 2014, dan didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Ia boleh membawa 26 tetamu dan sehingga 33 anak kapal. Kemudahannya termasuk pad pendaratan helikopter, gimnasium, panggung wayang, sauna, bilik wap dan 'experimental shower' dan kolam mandi.

Ia telah memenangi anugerah "Best in Show" di Pertunjukan Monaco Yacht pada tahun 2014.

Satu laporan South China Morning Post tahun lepas berkata Low telah menjadi tuan rumah beberapa majlis parti yang menampilkan selebriti seperti Leonardo DiCaprio di atas kapal layar itu.
TERKINI...kapal mewah Jho Low dirampas, RM400j itu duit rakyat M'sia - Sekilas Fakta 28 Feb 2018
Paparan Sekilas Fakta, Rabu 28 Feb 2018:

Indonesia rampas kapal mewah Jho Low di Bali

6 comments:

  1. Greetings! Very helpful advice within this post! It's thhe little
    changes which will make the greatest changes. Thanks a lot for sharing!

    ReplyDelete
  2. Malunya aku jd rakyat malaysia. Kita tak mahu bersubahat dgn penjenayah. Apa dah jd dgn sistem keadilan(pejabat peguam negara) kita dan jg law enforcer(polis). Negara2 luar dgn tegas telah ambil tindakan terhadap penjenayah2 1mdb,tp pihak berkuasa kita ikut cakap kepala (bapak) penjenayah najib dan tak berani ambil tindakan. Dan ada sekoq dua lebai kt tak ada kesalahan sbb tak cukup saksi?!?!?? Tak malu.
    Syabas kpd polis indonesia. Aku rasa klu kapal layar itu lalu bawah hidung depa pun polis kita buat tak tahu......

    ReplyDelete
  3. ada olang dikatakan bole angkat telepon saja
    akan selesai masa alah
    tunggu n tengok apa jadi esokkkk

    ReplyDelete
  4. lebih malu warga melayu islam m’sia yg mati mati nak pertahanan MO1..malu melayu islam krn institusi2 negara majoriti melayu islam turut pertahankan rejim penyamun..

    nampak nya bukan waktu betul utk bubar parlimen memandangkan meletup nya skandal 1)Underwater Tunnel Penang YB Umnobn Azeez, 2)Backlash pemimpin2 antarabangsa “Pondan” Robert Kuok oleh Nazri dan ni pula 3)Kapal Equanimity George Town JhoLow..

    ReplyDelete
  5. If you want to get a good deal from this paragraph then you have to apply these techniques to your won webpage.

    ReplyDelete
  6. Thanks for finally talking about >"Rampas kapal mewah Jho Low: Polis Indonesia ambil masa lapan hari untuk siasat dan merampasnya" <Liked it!

    ReplyDelete