Tuesday, February 27, 2018

Apa nak ditakutkan kepada orang tua berusia 92 tahun?

Malaysia bukan negara komunis, Pakatan Pahang beritahu Umno Pekan
Amin Iskandar · Diterbitkan pada 27 Feb 2018 12:13PM
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad dijadualkan akan berkempen di Pekan esok, kawasan Parlimen Perdana Menteri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Februari, 2018

PAKATAN Harapan (PH) Pahang menyelar ugutan Umno Pekan terhadap Dr Mahathir Mohamad, mengatakan dalam sebuah negara demokrasi, bekas perdana menteri itu bebas bergerak ke mana saja.

Pengerusi PH Pahang Fauzi Abdul Rahman berkata ugutan Umno Pekan agar Dr Mahathir membatalkan programnya esok di kawasan Parlimen Perdana Menteri Najib Razak menunjukkan mereka sebagai “tidak matang”.

“Saya nak tanya dengan Umno Pekan, negara kita ni amalkan komunisme atau demokrasi?

“Kalau negara kita amalkan demokrasi, sebagai rakyat Malaysia, Dr Mahathir bebas untuk bergerak ke mana-mana saja,” kata ahli Parlimen Indera Mahkota itu kepada The Malaysian Insight.

Hari ini portal Malaysiakini melaporkan Umno Pekan memberi amaran kepada Dr Mahathir bahawa terdapat rasa tidak puas hati terhadapnya di kawasan Parlimen diwakili Najib Razak.

Disebabkan itu Dr Mahathir dinasihatkan supaya membatalkan lawatannya ke Pekan esok.

"Saya fikir lebih baik sekiranya program itu dapat dibatalkan, ada masalah, akan ada pergaduhan," kata ahli jawatankuasa Umno Bahagian Pekan Abdul Rahim Yahya seperti dilaporkan portal itu.

Semalam The Malaysian Inisght melaporkan Dr Mahathir yang juga pengerusi PH akan berkempen di Pekan esok.

Fauzi berkata hari ini, ahli Umno di Pekan seharusnya hadir ke program Dr Mahathir untuk mendengar sendiri apa yang akan dikatakan oleh bekas perdana menteri itu.

“Kalau salah apa yang dia cakap, betulkan, kalau betul, mereka kenalah sokong.

“Inilah dia demokrasi, Umno Pekan tidak perlu ada sindrom penafian,” kata pengerusi PKR Pahang itu.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PH Pahang Wan Mohamad Shahrir Wan Abdul Jalil berkata penganjur sudah pun mendapatkan permit polis untuk menganjurkan program tersebut.

“Setakat ini sudah ada permit polis, tapi tak tahulah apa yang akan terjadi pada saat akhir.  

“Program itu juga tiada kena mengena dengan Felda, program dibuat di rumah penyokong kita yang merupakan ahli Bersatu dan PKR,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Wan Mohamad Shahrir bagaimanapun berkata, PH Pahang tidak takut dengan ugutan yang diberikan Umno Pekan.

“Malaysia sebuah negara demokrasi. Apabila Najib datang ke Langkawi pun, kita tak buat kacau.

“Umno Pekan harus ingat, walaupun Najib merupakan ahli Parlimen di situ, dia bukanlah raja di situ.

“Jadi hentikanlah tindakan barbarik seperti ini yang tidak bersesuaian dengan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi,” katanya.

Sementara Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menyifatkan tindakan Umno Pekan itu seumpama “harimau yang cedera".

“Harimau yang cedera ini, dia melawan lebih kuat. Nak dekat sikit pun tak boleh.

“Begitulah keadaan Najib dan Umno Pekan, sebab itu mereka takut PH nak buat program di Pekan.

“Kalau Najib benar-benar kuat, dia tak perlu takut, benarkan PH buat program di kawasan Parlimen ini bagi merayakan demokrasi,” kata pemimpin PKR itu. – 27 Februari, 2018.

2 comments:

  1. yang nak buat gaduh tu sapa
    amono boddo n dodak
    pi tempat orang bole mai tempat depa tak bole
    memang dasar pengecut sebab tula dulu nak medeka ikut saja cakap britis
    nak tunjuk gah ngan orang melayu nagn britis
    menikusss

    ReplyDelete
  2. Ini ugutan dan hasutan oleh UMNO bangsat. Tapi undang undang pun hilang. Yang ada hanyalah dolak dalik berupa alasan oleh pihak berkuasa kerajaan klepat yang haprak dan lansung tak profesional. Puuih!

    ReplyDelete