Sunday, February 25, 2018

Fatwa lagi: Terlebih dulu kamu yang munafiq, berapa lamakah bertahaluf siasi dengan parti itu?

* Ramai dari kalangan kamu yang sekarang dapat pencen atau elaun kerana berkawan dan bertahaluf siasi dengan parti-parti ini DAP dan PKR (biar aku sebut nama)
Kenapa kamu terlalu pengecut untuk menyebut dan menamakan parti yang dimaksudkan?
Jangankan dengan pedang dan senapang, dengan saman pun kamu gerun!

Hal tragedi 13 Mei, hari ini dia konar pulak

Haram umat Islam jadi ahli, sokong 'parti itu' - Hadi
mk      Hari ini, 5:33 pm
Haram bagi masyarakat Islam menjadi ahli atau penyokong parti yang menentang Islam termasuk menjadikannya sebagai rakan setia, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Rakyat bukan Islam hendaklah menolak parti itu demi keselamatan semua.

"Adapun umat Islam diharamkan dengan sekeras-kerasnya sama ada menjadi ahli, penyokongnya atau alatnya, termasuk menjadikannya rakan setia untuk perjuangan partinya apabila nyata sikapnya terhadap Islam, sehingga Allah memberi amaran yang keras dan menjadikannya sebahagian daripada sifat munafik," katanya.

Walaupun tidak menamakan parti terbabit, Abdul Hadi dalam tulisan yang disiarkan Harakahdaily dengan jelas dipercayai merujuk kepada DAP.

Ini jelas apabila beliau mengatakan parti terbabit memperjuangkan  'Malaysian Malaysia' yang disifatkannya sebagai konsep 'di luar tabii'.

"Tindakan parti itu paling lantang dan ke hadapan menentang PAS dalam segala usahanya bagi melaksanakan Islam, walaupun dalam perkara yang tidak ada kaitan dengan penganut bukan Islam.

"Contohnya yang paling berani ialah supaya mengisytiharkan Malaysia adalah negara sekular, berani mencabar ajaran Islam yang sempurna dan menjadi penghalang tegas terhadap usaha PAS memperjuangkan negara Islam secara demokrasi.

"Cara tersebut menunjukkan langkahnya lantang menyekat perjalanan Islam sehingga kelantangannya terkini lebih daripada sebelumnya, apabila berani menyentuh perlembagaan persekutuan dalam perkara Islam, raja berperlembagaan, hak istimewa bumiputera dan lain-lain," jelasnya.

Dalam tulisannya, Abdul Hadi juga mengimbas peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang dikatakan berlaku apabila ada parti yang "berlumba menjadi juara fanatik perkauman" sehingga mencetuskan ketegangan kaum.

"Kini ada parti yang ingin meneruskan lagi cara lama yang usang dan tidak patut diulang lagi.

"Mereka bertahan dengan pengundi bukan Islam tanpa menghormati sensitiviti umat Islam, cuba menghidupkan ketegangan agama dan kaum, namun tanpa berpegang kepada apa-apa agama, tetapi menjadikan Islam sasarannya," katanya.

8 comments:

  1. Adalah amat sahih Hadi memutar belitkan hakikat sebenar untuk mengelirukan khalayak. Kegagalan dia sendiri untuk menjadikan RUU355 supaya dibahas dan seterusnya diundi dalam parlimen dengan dia sendiri yang minta penangguhan, tak fasal-fasal DAP pula yang dipersalahkan...bengonggg! Adakah DAP telah mengundi tidak menyokong RUU355? Yang jelas, UMNOlah yang telah memperolok-olokkan RUU355 supaya tidak dibahas dan diundi, menggunakan kuasa bicara speaker yang menyatakan jika ia dibenarkan untuk dibahas maka dia adalah bloody fool. Dah mereng sungguh Hadi ni!

    ReplyDelete
  2. Cara yang paling mudah untuk menyusup dan menularkan mesej bermotif politik kepada orang Melayu Islam ialah dengan landasan agama.
    Mesej yg disampaikan mestilah oleh seorang yang nampak macam alim, berpakaian ala ala ulamak, dan kslau boleh dalam masjid.
    Mesej boleh tukar jadi fatwa.. Baru kaw sikit.
    Tambah lagi mana mana ayat suci atau hadis yg boleh dikaitan dgn mesej berkenaan.
    Level pertama tukang angguk mesti juga dikalangan orang yg nampak alim. Media pula mesti meainkan petanan mensensasikan berita.
    Ternyata orang Melayu akan terpedaya dan masuk perangkap melainkan mereka Orang Melayu yang berfikir.
    Berhati hatilah... Takut akidah kita tercalar.

    ReplyDelete
  3. Apa kata para mufti tentang hukum ni.. peluang untuk menegur sebelum dijadikan fatwa pasu bunga

    ReplyDelete
  4. Dia akan memikul segala tuduhannya itu di akhirat nanti. Perangainya tidak melambangkan dia pengikut ajaran Islam sejati.

    ReplyDelete
  5. Kesimpulannya, Hadi telah diberi bermacam ganjaran oleh MO1 termasuk, banglo, kereta dan berbini muda asalkan beliau sanggup memecahbelahkan pihak parti pembangkang di Malaysia. Malangnya sifat kurang cerdik beliau itu telah merugikan parti beliau sendiri dan majoriti umat Islam di negara ini melihat Hadi seperti Dajjal kecil yg muncul sewaktu kiamat kecil akan berlaku. Jangan mempermainkan agama Allah SWT, kelak kamu akan menjadi gila macam sekarang.

    ReplyDelete
  6. seru sama umat islam jangan sokong amono yang tak mau jalankan hukum hukum Allah walau dah 60 tahun merentah. baru betoi
    ini dap saja mca gelakan amono dll sama saja bial bab hudud
    takut amono marah ka?

    Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.

    takut Allah atau amono???


    ReplyDelete
  7. Hadi bukan ulamak tulin & ulamak palsu. Cuma hafal sikit nas alquran & hadis.

    Hadi ni kaki penipu mulut celupar. Hati busuk. Kaki ponteng parlimen. Suka tikam rakan dlm pakatan.

    ReplyDelete