Thursday, February 22, 2018

Kisah Ameng dihukum sebat: Aku ada keraguan sikit tentang sasaran sebat

* Walau pun aku tidak pernah dipenjarakan namun aku ada ramai rakan dari kalangan pegawai penjara. Apa yang diceritakan padaku oleh mereka, hukuman sebat tidak disasarkan pada tempat yang sama cuma diatur cukup rapat dengan tempat yang telah dirotan.

Kalau mereka bohong, maka bohonglah juga aku berkenaan itu. Harapkan pihak penjara berikan sedikit pencerahan tentang perkara ini

Apa pun aku ucapkan tahniah dan penghargaan di atas usaha beliau menginsafkan publik berdasarkan pengalaman beliau di penjara

Ameng tak bohong kisah dihukum sebat
Nadia Azam   -   Hari ini, 11:54 am
Ameng Spring mendedahkan dia terpaksa menanggung kesakitan amat perit selama 40 hari dan terlantar tanpa sebarang ubat mahupun pengawasan doktor selepas menjalani sebat 10 kali di penjara.

Itu semua adalah antara pengalaman ngeri yang sering diceritakan Ameng semasa memberi ceramah motivasi sama ada di sekolah-sekolah, institut pengajian tinggi, kolej mahupun masjid.

Tujuan penyanyi Sampai Hati itu cuma satu - supaya masyarakat sedar dan menjauhi sebarang aktiviti jenayah, selain mahu menimbulkan perasaan gerun sekiranya disumbat ke dalam penjara.

“Saya merayu-rayu kepada pegawai penjara minta diberikan ubat kerana tidak tertahan menanggung sakit manakala bahagian yang disebat luka dan makin membengkak.

“Tapi memang tidak ada ubat, malah tak ada doktor disediakan untuk merawat banduan yang disebat. Ini semua bagi memberi pengajaran dan supaya kami serik melakukan kesalahan," katanya.

Menurut Ameng dia disebat dengan rotan dan memang sifat bahan itu tumpat dan amat menyakitkan.

Katanya rotan itu juga mempunyai ruas yang memang tidak dibuang.

Setiap sebatan katanya disasarkan pada tempat sama.
Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail ditemui pada sidang media pengumuman Live Showcase Kumpulan Spring di Kuala Lumpur semalam.

Konsert mini berkenaan akan diadakan pada 9 Mac bertempat di Restoran D’ Saji Titiwangsa Kuala Lumpur.

Penyanyi yang turut popular dengan lagu Bourgenvilla dan Kerana Budi Ku jatuh Hati itu dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas kesalahan penyalahgunaan dadah oleh Mahkamah Sesyen Melaka.

Dia dibebaskan pada 14 Jun 2016 selepas berkelakuan baik.

Namun pembebasan dari penjara itu tidak mengakhiri kisah buruk yang disasarkan kepadanya.
Ameng turut dituduh segelintir pihak cuba mensensasikan kisahnya menanggung azab disebat berkali-kali tanpa henti.

Beranggapan tidak semua orang perlu menyukai dirinya, Ameng sedikit pun tidak gusar dengan tuduhan cuba memperbesar-besarkan peristiwa hitam di dalam penjara itu.

Sebabnya, dia yakin berada di pihak yang benar, manakala kisah yang disampaikan kepada masyarakat itu tidak ditokok tambah.

“Saya tidak berbohong. Orang yang menuduh itu, ini itu tidak pernah masuk penjara, jika mereka masuk tahulah bagaimana situasi sebenar.

“Kehidupan dalam penjara lebih teruk daripada apa yang boleh dibayangkan. Kisah ini tiada yang benar melainkan benar belaka,” katanya.

3 comments:

  1. perasuah bila nak disebat
    perasuah penjinayah terkutuk hukum pinjara saja
    sebat kaedah Islam bila nak buat
    apa guna buat hukum tapi tak ikut kaedah islam
    apa dapat redo dari Allah jauh sekali

    bab nyanyi amoano memang suka bagi rakayt lali
    senang depa nak kaut dedak
    malang sungguh ramai lagi tak sedar
    biar amano berkuasa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencuri bukan disebat. Jk melibatkan bermilion-bilion potong tangan dia. Allah dah tetapkan

      Delete
  2. Ameng kena citer nape dia ambil dadah, kekerapan dia ambil dadah, dimane dia dapat duit beli dadah, dengan siapa dia beli dadah, berapa harga dadah, siapa tokay dadah. Baru lah ada manfaatnya kpd org ramai dan pihak berkuasa. Bukan citer pasal sakitnya kena sebat sebab org x kena sebat pun boleh bayangkan sakitnya disebat. Sensasi memanglah sensasi tp manfaatnya sikit sangat.

    ReplyDelete