Jiran terkejut, bau 'tengik' membawa kepada penemuan mayat kembung dan berulat
Astro Awani | Diterbitkan pada Februari 27, 2018 21:26 MYT
Mayat mendiang ditemui polis selepas dimaklumkan penduduk yang curiga dengan bau busuk itu. - Gambar hiasan
PETALING JAYA: Bau busuk sejak beberapa hari lalu membawa kepada penemuan mayat seorang wanita warga emas yang ditemui di dalam sebuah flat tingkat tiga Petaling Utama, di sini siang tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata mayat mangsa Chap Yip Yong, 60 tahun ditemui dalam keadaan sudah kembung dan berulat di hadapan pintu biliknya.
Mayat mendiang ditemui polis selepas dimaklumkan penduduk yang curiga dengan bau busuk itu.
Menurut siasatan polis, mangsa kali terakhir kelihatan adalah Jumaat lalu.
Mayat mendiang ditemui polis selepas dimaklumkan penduduk yang curiga dengan bau busuk itu. - Foto Astro AWANI
Pemeriksaan awal forensik juga mendapati wujud unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.
Namun motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

No comments:
Post a Comment