Tuesday, February 20, 2018

Lawak di ambang pilihanraya

February 19, 2018
Doa timbalan menteri di tengah jalan berlubang makbul
FMT Reporters
Abu Bakar Mohamad Diah duduk dan berdoa di jalan berlubang di Jalan Bukit Berlian yang terletak di bawah kawasan Parlimennya, Tangga Batu di Melaka. (Gambar Facebook Abu Bakar Mohamad Diah)

PETALING JAYA: Seorang timbalan menteri hari ini menggunakan cara mencuit hati dengan duduk dan berdoa di tengah jalan untuk mencuri tumpuan pihak berkaitan bagi menampal lubang di jalan kawasan Parlimennya.

Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah yang juga timbalan menteri sains, teknologi dan inovasi berbuat demikian untuk memohon bantuan pihak berkuasa membaiki Jalan Bukit Berlian yang terletak di bawah kawasan Parlimennya, Tangga Batu di Melaka.

Beliau memuat naik 3 gambar bersama catatan berbunyi “10.40 pagi saya berdoa pagi ini adakah datuk bandar ke, pegawai daerah ke? ahli majlis ke? datang melihat lubang di Jalan Bukit Berlian yang makin membesar dan menggunakan kuasa mutlak yang ada untuk menampal jalan ini, sebelum ada warga Tangga Batu yang patah kaki atau tercedera.

“Ya Allah makbulkan permohonan hambamu ini Ameen. Setiap hari saya mesti rajin. Kita kena buat kerja yang berfaedah. Warga Tangga Batu sentiasa di hati,” tulis ahli Parlimen Umno itu di Facebooknya hari ini.

Posting itu dimuat naik pada jam 10.57 pagi tadi dan sehingga kini dikongsi sebanyak 169 kali dan mendapat 1,000 “like” serta lebih 233 komen.

Tindakan Abu Bakar itu tidak sia-sia apabila jalan berlubang yang berlarutan sejak sebulan lalu itu akhirnya diturap hari ini.

Abu Bakar dipetik Harian Metro berkata, beliau memuat naik 6 gambar mengenai masalah jalan berlubang di kawasan itu minggu lalu ke Facebooknya, tetapi tiada tindakan diambil pihak berkaitan.

“Saya bekerja sama seperti orang lain dan perkara ini sudah lama berlarutan. Tempoh seminggu juga diberikan dan pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang dari menziarahi kematian, saya lihat ia masih belum diturap.

“Takkan hendak tunggu sampai benda buruk terjadi baru hendak ambil tindakan?” soalnya.

Katanya, beliau mengulangi perbuatan itu sekali lagi hari ini dan bersyukur ia membuahkan hasil.

“Tidak sampai tempoh 12 jam gambar saya berada di depan lubang itu dimuat naik, akhirnya semua (lubang) siap ditampal dan turap. Mungkin dengan cara begini ia lebih berkesan.

“Alhamdulillah selesai kerja dan tanggungjawab saya kepada rakyat, khususnya pengguna yang melalui jalan itu,” katanya dipetik akhbar itu.

* Macam Apek minta nombor ekor jer?

Sila baca jugaKERAJAAN BN MELAKA SAKIT TENAT?

1 comment:

  1. Menteri buat bolehlah berhasil. Jk rakyat biasa jgn harap la. Tapi.... Oleh krn waktu ini sgt hampir dgn pru aku rasa masa ini sgt sesuai utk UGUT kerajaan. InsyaAllah permintaan akan tertunai. Oleh krn kerajaan yg ada masa ini tak berguna dan ingat dia boleh membeli segalanya dgn duit, undi anda berikan kpd PH

    ReplyDelete