Monday, February 12, 2018

Berita gempar menjadi pelik: ‘Pendedak’ sogok pimpinan Bersatu telah ditahan SPRM?

* Apa tak peliknya, kes ini dah jadi kes nasional tapi penahanannya tidak diumumkan sedangkan penangkapan polis yang bernilai RMciput pun galak diumumkan seantero Malaysia.

Kalau berita ini benar, apakah yang hendak dirahsiakan?

SPRM tahan ‘pendedak’ sogok pimpinan Bersatu?
ROSLINDA HASHIM  - 11 FEBRUARI 2018
Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan ‘pendedak’ yang dipercayai menyogok kepimpinan peringkat Bahagian/Negeri parti itu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diperoleh, antara arahan ‘pendedak’ itu adalah supaya ahli parti itu membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Tak mustahil 400 aduan kepada ROS itu antara strategi diarahkan ‘pendedak’ setelah masing-masing dapat habuan dari pihak tertentu. Tujuannya mahu memalukan kami (Bersatu) selain berikan gambaran kepada rakyat kononnya kami tak cekap uruskan parti,” katanya.

Mukhriz mendakwa, seolah wujud suatu gerakan mahu ‘kuburkan’ Bersatu dengan wujudkan kes-kes aduan kononnya daripada ahli Bersatu sendiri.

“SPRM telah menahan seorang ‘pendedak’ yang tentunya mewakili Umno atau Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk sogok pemimpin dan ahli kami, antaranya untuk buat aduan kepada ROS termasuk sidang media. Individu itu sedang disiasat, butirannya kenalah tanya SPRM benarkah ada kes sebegini,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini kes itu tidak diumumkan SPRM dan mahu agensi itu telus dalam menjalankan siasatan.

“Ada laporan polis dibuat, dan pastinya ada laporan SPRM kerana siasatan telah dibuat untuk tahan individu yang tawarkan dedak. Kita boleh bayangkan 400 aduan ahli itu kemungkinan kes sama, saya tak nampak sebab kenapa mereka buat aduan bukan-bukan selain dapat habuan dari pihak tertentu,” katanya.

Mukhriz turut kesal kerana SPRM seolah menyembunyikan kes berkenaan daripada pengetahuan umum.

“SPRM tak pernah umum kes ini, mungkin SPRM akan dedahkan jika media tanya. Jika mereka sembunyikan, kami akan dedahkan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut meragui kesahihan 400 aduan yang kononnya dibuat oleh ahli parti itu kepada ROS.

“Aduan itu tak pernah sampai kepada pejabat Bersatu, mereka hanya adu pada ROS. Jika benar wujud masalah, prosedurnya adalah pengadu berikan salinan kepada parti, atau ROS hantar salinan supaya kami dapat selesaikan secara dalaman, jika gagal selesai barulah rujuk Akta Pertubuhan,” katanya.

Mukhriz berkata, situasi itu agak pelik kerana ROS tidak memiliki senarai keahlian parti itu, dan membuat rumusan bahawa ia adalah aduan daripada ahli Bersatu.

“Bagaimana ROS boleh kenal pasti mereka adalah ahli Bersatu, tak mustahil mereka bukan ahli. Ada yang jadi ahli dan keluar secara rasmi dengan hantar surat atau buat pengumuman, jadi kami ada senarai ahli yang sah,” katanya.

Menurutnya, sebahagian daripada mereka sudah meninggalkan parti itu berbulan lamanya, namun masih mengaku ahli bagi memburukkan imej parti.

“Kami ada surat berkaitan, macam mana boleh mengaku masih ada jawatan dalam parti, sedangkan ada surat isytihar keluar parti ditandatangani individu berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim sahkan, setakat 8 Januari, ROS menerima 428 aduan terhadap Bersatu, melibatkan isu Armada, pemecatan Exco, mesyuarat agung tahunan (AGM) serta tidak puas hati ahli terhadap urus tadbir Bersatu.

No comments:

Post a Comment