Malaysia Sepatutnya Jadi Negara Republik – Wakil Filipina CEDAW
By Wartawan Menara - February 22, 2018
Kuala Lumpur: Naib Pengerusi Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Perempuan (CEDAW) Ke-69, Ruth Halperin-Kaddari mempertikaikan keputusan kerajaan menggunakan fatwa dan bukannya undang-undang sivil dalam kes “bin Abdullah”.
Dakwa CEDAW seperti dalam The Malay Mail Online, kerajaan Malaysia perlu menyatakan kesahan fatwa Islam dan mengapa mereka mendahulukannya walaupun fatwa Islam tidak diikat secara sah berbeza dengan undang-undang sivil.
“Mengapa kerajaan tidak mematuhi undang-undang yang mewajibkan kelahiran kanak-kanak didaftarkan lantas memberikan kewarganegaraan, apabila ayahnya merupakan seorang warganegara Malaysia?”
“Dan mengapa kuasa pentadbiran kerajaan yang memegang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) lebih memilih fatwa agama berbanding undang-undang sivil?”
Dalam soalannya kepada delegasi Malaysia, Ruth juga menyoal sama ada situasi (memilih fatwa Islam) akan berubah selepas keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes M Indira Gandhi yang menunjukkan bahawa Mahkamah Sivil masih mempunyai kuasa pemutus walaupun dalam perkara yang melibatkan undang-undang Islam.
Ini dengan jelas menunjukkan bahawa isu berkaitan kewarganegaraan dan pendaftaran kelahiran kanak-kanak adalah “Isu Perlembagaan”.
Menurut Arik Sanusi Yeop Johari dari Jabatan Peguam Negara, persoalan yang dikemukakan itu masih tidak boleh diterangkan kerana kes “bin Abdullah” adalah subjudis.
Salah seorang ahli jawatankuasa di persidangan tersebut yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan kemudiannya menyoal sama ada Malaysia adalah negara sekular ataupun teokratik.
“Malaysia sepatutnya menjadi sebuah negara republik, bukannya negara teokratik. Dan undang-undang negara secara jelasnya mengatasi undang-undang agama,” dakwa wakil dari Filipina, Rosario G. Manalo.
“Jika ia (Malaysia) sebuah negara teokratik, maka tiada lagi negara demokrasi. Tetapi ia mengatakan ia sebuah negara republik. Oleh yang demikian, undang-undang negara adalah undang-undang tertinggi. Jadi, beri saya jawapan yang pasti.”
Mahkamah Persekutuan baru-baru ini memutuskan untuk membatalkan pengislaman ketiga-tiga anak M Indira Gandhi yang menyebabkan umat Islam kesal dan kecewa sekaligus menunjukkan undang-undang Islam masih dianaktirikan di negara ini.

hukum Islam lebih tinggi dari hukum toghut
ReplyDeletekalau pemimpin berani kerana Allah
tak perlu ikut hukum kapir britis
Allahuakbar