Friday, February 23, 2018

Yang ni aku setuju tapi apa tujuannya dikaitkan dengan 13 Mei?

Negeri dipegang orang Islam tiada 13 Mei, kata Hadi
FMT Reporters | February 23, 2018
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyaksikan tarian singa di sambutan Tahun Baharu Cina di Kuala Terengganu semalam. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata umat Islam yang kuat dalam agama mereka tidak akan menzalimi kaum lain, dan ia terbukti apabila rusuhan kaum yang berlaku hampir 50 tahun lalu di Lembah Klang dan beberapa negeri lain tidak merebak ke negeri pantai Timur.

“Ketika berlakunya huru-hara kaum 13 Mei, Terengganu tak ada 13 Mei, Kelantan tak ada 13 Mei, Kedah tak ada 13 Mei. Huru-hara berlaku di Pulau Pinang, berlaku di Singapura, bergaduh kaum.

“Tempat yang orang Islam sungguh-sungguh pegang dengan Islam tak ada gaduh dan tak ada huru-hara,” kata Hadi berucap pada sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dianjurkan PAS di Kuala Terengganu semalam.

Menurut Hadi, seseorang yang mengamalkan Islam secara “sungguh-sungguh” tidak akan ada masalah hidup bermasyarakat dengan penganut agama lain, dan ia boleh dilihat apabila bukan Islam dari kaum Cina dan India selesa tinggal di kampung Melayu.

“Boleh berkedai di kampung Melayu, boleh hidup kedai satu keluarga orang Cina, di mana sahaja di tengah kampung Melayu, di Kelantan, di Terengganu, di Kedah, di Perlis,” katanya seperti dipetik transkrip ucapan diterbitkan portal berita rasmi parti, Harakahdaily.

“Walaupun kita berbeza agama, berbeza bangsa, manusia semua adalah satu keluarga. Manusia asal daripada Adam dan Hawa, ayah dan ibu yang satu. Kemudian jadi macam-macam bangsa, dan manusia tak boleh hidup bangsa masing-masing, puak masing-masing, mesti ada hubungan tolong menolong di antara satu sama lain,” kata Hadi.

Hadi mengajak masyarakat Cina menyokong PAS dalam cita-cita parti Islam itu memerintah di peringkat pusat.

Menurutnya, PAS terbukti membela keadilan semua kaum ketika memerintah Terengganu selama satu penggal selepas merampas negeri itu dari Barisan Nasional pada 1999.

Hadi, yang menjadi menteri besar Terengganu selama 5 tahun itu, berkata langkah pentadbirannya menghapuskan cukai pintu untuk rumah kediaman di kawasan bandar yang diduduki masyarakat Cina.

“Walaupun kita tahu penduduk kawasan bandar banyak orang Cina, mereka lebih banyak merasai bagaimana kita hapuskan cukai pintu rumah kediaman.

“Dan kita bantu sekolah-sekolah rakyat termasuk sekolah Cina, sekolah Tamil, kita tolong, ini kerana hak pelajaran, hak pendidikan adalah hak semua manusia menggunakan bahasa dia.”

* Adakah dia mengatakan yang orang Islam yang tidak berpegang pada agamanya yang mencetuskan tragedi itu?

Kalau betul-betul pegang pada Islam sebenar, tak adalah pula label-melabel, sumpah seranah dan menghina segolongan yang lain, tidak ada gaduh, hatta bohong dan putar belit pun tidak!

5 comments:

  1. Nak tanya jer...
    Kedah tak terlibat dalam insiden 13 Mei? Habis yg berparang kat Bukit Jenun tu apa??

    Atau PAS Pendang tak bagi tau Tuang Presideng sebab ahli PAS yg ada majoriti baru kenai dunia. Ahli lama banyak dah berhijrah...

    ReplyDelete
  2. Jk islam syumul, bukan suka kafirkan org dgn mudah

    ReplyDelete
  3. masa tu kl dalam selangor depa menang kat selangor nak tubuh kerajaang. di kl ada pelampau depa belarak ngan lori hina n halau melayu balik kampung
    melayu boleh terima ka keadaan ni kalau boleh terima memang bacul la
    nilah punca cilaka nya
    sejarah tetap sejarah lupa tidak sekali

    perjuangan tegakkan hukum hukum Allah mesti diteruskan oleh ornag yang benar islamnya

    kalau setakat nama saja islam dah rasa selesa ngan apa ynag ada lani tak payah berjuanglah duk ndiam ndiam ngan anak bini kat rumah lagi baik tunggu Allah cabut nyawa saja

    ReplyDelete
  4. Naj tanya sikit: Otak dia masih ok lagi ke?

    ReplyDelete
  5. 1977 d Kelantan d istiharkan darurat kerana apa ? Ramai ke Cina d Kelantan masa tu ? Yg bergaduh masa tu bukan sesama melayu/Islam ke ? Hadi Awang x tau ke cerita ini ? Lagi satu kena hanya d sebut Singapura & PP kenapa x sebut KL , x kan sebab takut org x undi Pas d Selangor nanti !

    #ABAH

    ReplyDelete