Thursday, February 22, 2018

PAS dan UMNO seiring sejalan memangsa dan membuli rakyat yang bersama PH

Kenyataan Media

PAS DAN UMNO KINI BERPIMPIN TANGAN SEIRING SEJALAN MEMANGSA DAN MEMBULI RAKYAT BERSAMA PAKATAN HARAPAN

1. Menjadi kebiasaan apabila *PAS dijadikan mangsa politik belasahan UMNO dan media arus perdana* dengan berbagai kecaman,hentaman,cemuhan dan kutukan yang bersifat cerita rekaan dengan niat menakutkan masyarakat khususnya pengundi supaya tidak menyokong dan mengundi PAS.

Gejala yang tidak bertamadun ini terjadi setiap kali *kedudukan UMNO tempang, sangat lemah dan berdepan dengan krisis kepercayaan rakyat serta krisis dalaman parti UMNO,* maka ketika itu PAS akan menjadi mangsa buli politik kotor Umno Bn.

2. Setelah negara merdeka, pemikiran rakyat 'diracun' dengan politik sempit  ke tahap menakutkan rakyat  *agar tidak memberi undi untuk pembangkang supaya negara tidak berlaku huru hara dan negara akan terpinggir dari arus pembangunan* sekiranya mengundi pembangkang pada pilihanraya .Rakyat ditakutkan dengan sebarang percubaan menyokong dan memilih pembangkang terutamanya PAS pada pilihanraya.

Wujudnya *konsep Keselamatan dan Pembanggunan (Kesban) dan tertubuhnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas peristiwa 13 Mei 1969, maka doktrin menakutkan minda rakyat bahawa orang Melayu akan hilang kuasa jika berpecah rancak diperkata sehingga terbentuknya kerajaan campuran Perikatan bersama PAS* dan disusuli penyertaan PAS dalam komponen Barisan Nasional (BN).

3. Selepas PAS 'ditendang' keluar dari BN, api politik perkauman mula marak menyala setiap kali Persidangan Agung UMNO dan menjelang pilihanraya umum serta di waktu Umno Bn berhadapan dengan krisis kepercayaan rakyat terhadapnya.

*Pemimpin UmnoBN serta media arus perdana 'berkompang' menuduh PAS mempunyai hubungan sulit pintu belakang dengan DAP*.Orang Melayu juga mula ditakutkan dengan isu kononnya jika *undi PAS bermakna undi DAP dan orang Cina akan berkuasa*.PAS juga pernah dicop sebagai  *pemecah belah perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu*.Kerisauan di minda rakyat hasil doktrin tersebut berterusan setelah Pas secara terang terangan menjalinkan kerjasama Politik (Tahaluf Siasi) dengan Dap didalam Pakatan rakyat sehingga Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.

*Pemimpin,ahli dan penyokong PAS sentiasa bertungkus lumus menafikan tuduhan serta taktik jahat  UMNO terhadap PAS kononya menjadi 'barua' DAP*. Tok Guru Presiden Pas Datuk Seri Hj Abd Hadi berkali kali  menepis serangan taktik jahat Umno dan media arus perdana dengan mempertahankan hubungan  kerjasama Pas - Dap dengan menyatakan  *tiada apa yang membahaya dan menggugat masa depan  Islam dan Melayu dengan kerjasama politik (Tahaluf Siasi)  Pas - Dap dalam Pakatan Rakyat*.

Kini tiada lagi kedengaran suara kecaman dan kutukan dari pemimpin Umno Bn atau media arus perdana membuli PAS dan tiada lagi suara lantang PAS terhadap segala kepincangan urustadbir oleh kleptokrat Umno seperti kelantangan di zaman Presiden Pas Almarhum Hj Yusuf Rawa dan Almarhum Dato'Hj Fadzil Nor.Yang kedengaran kini suara ingin bersama dengan Umno Bn selepas pru14 dan Pas memulakan langkah tersebut sekarang dengan konsep ta'awun bersama Umno.

4. Menghadapi pru ke 14 kelak,PAS mengambil jalan bersendirian dan hanya bersama parti politik yang tiada pengaruh atas nama Gagasan Sejahtera dengan slogan Matang dan Sejahtera.

Dikala PAS mengamalkan politik Matang dan Sejahtera, *PAS tidak kekok mengambil pendirian seperti UMNO terhadap Pas satu ketika dahulu dengan membawa pendekatan 'menyemai khurafat' diminda rakyat terutamanya Melayu Islam terhadap DAP.*

*PAS dan UMNO dibantu media arus perdana 'berpimpin tangan' menyerang  Pakatan Harapan kononnya di kuasai DAP* dan berbagai tohmahan dan andaian kononnya Melayu hilang kuasa kerana DAP akan berkuasa sekiranya PH menang pru14 nanti dan DAP akan kuasai kerajaan Malaysia.Begitu juga tuduhan terhadap Parti PKR, AMANAH dan PPBM yang dilabel menjadi 'barua' DAP.

Dulu Pas dan rakyat khususnya orang Melayu menjadi mangsa Buli Politik jahat Umno dan Kini PAS dan UMNO 'seiringan berpimpin tangan' memangsa dan membuli PH dan rakyat khususnya orang Melayu di waktu kedua-dua parti sedang dilanda krisis kepercayaan dalaman dan luaran secara terang atau senyap dengan *menjadikan PH seperti bayangan yang menakutkan dan menggerunkan orang Melayu Islam terhadap DAP*,tohmahan terhadap PKR menentang agenda Islam, AMANAH pemecabelah umat Islam dan PPBM parti penyangak.

*Sikap dan tingkah laku PAS ibarat drama cerita dongeng Politik lama di waktu Pas menjadi mangsa Umno yang kembali di persada politik pru14 dengan diberi wajah baru dan lakonan yang Islamik*.

5. Kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang menyatakan *PAS hanya ada dua pilihan selepas pru14 akan datang,semada kekal sebagai pembangkang atau membentuk kerajaan campuran bersama Umno Bn sekiranya memenangi 40 kerusi parlimen* seperti yang disasarkan oleh Tok Guru Presiden PAS.Kenyataan ini cukup sebagai pembayang maksud hasrat Pas untuk mengekalkan kerajaan Umno Najib selepas pru14 ini.

Suasana seperti politik selepas 13 Mei 69 sedang di marak kembali. *Rakyat melihat PAS dan UMNO sudah bersekedudukan, hanya menanti hari persandingan*.Kesediaan PAS sebagai 'king maker' untuk  *berunding dengan Umno Bn bagi membentuk kerajaan selepas pru14* atas nama menyelamatkan kerajaan Melayu Islam menyerlahkan lagi hubungan intim PAS bersama UMNO.

Apakah rakyat mahu melihat Najib Razak dan Umno Bn kekal berkuasa dengan di bantu oleh Pas?.

*Rakyat khususnya bangsa Melayu tidak perlu buang masa untuk hidup di bawah pentadbiran kerajaan baru Najib Razak,UMNO BN dan PAS* selepas pru14 kelak.Menjadi tanggung jawab rakyat seluruhnya bagi membebaskan dan membersihkan Malaysia tercinta ini dari pemerentahan klaptokrat.

#SelamatkanMalaysia
#BersamaKitaBinaSemulaMalaysia
#UndiPakatanHarapan
#TolakKleptokrat

DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
12.30pm Taman Al Walid Alor Setar
20 Feb 2018/4 Jamadilakhir1439H

1 comment:

  1. When I initially commented I clicked the "Notify me when new comments are added" checkbox and now each
    time a comment is added I get three emails with the same comment.
    Is there any way you can remove me from that service?
    Many thanks!

    ReplyDelete