DAP komponen Pakatan Sabah pertama nyata sokongan untuk Dr Mahathir
Jason Santos · Diterbitkan pada 17 Feb 2018 6:04PM
Menurut DAP Sabah, hanya Dr Mahathir yang mampu membawa Malaysia keluar dari krisis hutang berdasarkan pengalamannya yang luas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Februari, 2018
PEMIMPIN-pemimpin DAP Sabah memberi sokongan kepada Dr Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan calon perdana menteri meskipun bekas perdana menteri itu mempunyai rekod "buruk" di Sabah.
Penasihat DAP Sabah, Jimmy Wong berkata rakyat di negeri itu melihat "gambaran yang lebih besar" dan tidak hanya fokus kepada dakwaan penglibatan bekas perdana menteri itu dalam "Projek IC".
Dr Mahathir dituduh menyebabkan Sabah dibanjiri dengan pendatang asing tanpa izin dan memberi mereka taraf kerakyatan jika mengundi Barisan Nasional (BN).
Wong berkata semasa menjadi perdana menteri, Dr Mahathir itu telah membantu Malaysia menghadapi krisis ekonomi dan dapat mengekalkan inflasi rendah serta menangani perkara-perkara berhubung hutang negara tanpa mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan.
"Tengok saja krisis ekonomi 1985 dan krisis kewangan Asia pada 1997.
"Dr Mahathir berjaya mengekalkan semua subsidi, harga petrol rendah dan golongan peniaga gembira tanpa perlu mengenakan cukai pendahuluan.
"Di bawah Perdana Menteri Najib Razak, semuanya lagi teruk. Minyak naik, barang makanan mahal dan pembayar cukai perlu tunggu lama untuk dapat bayaran lebihan di bawah sistem cukai pendahuluan.
"Lagipun, orang kata hutang negara kini mencecah RM1 trilion. Itu lebih 80% dari KDNK.
"Dan kita bayar GST, mungkin untuk selesaikan masalah hutang negara.
"Malah wanita di Malaysia pun susah kerana perlu bayar GST untuk beli tuala wanita," kata Ahli Parimen Kota Kinabalu itu semasa majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina PH negeri di Penampang hari ini.
PH bercadang untuk menghapuskan GST sekiranya ia memang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan berjaya membentuk kerajaan. Wong juga berkata dengan pengalaman luasnya, Dr Mahathir mampu membawa Malaysia keluar dari krisis hutang. – 17 Februari, 2018.

No comments:
Post a Comment