Orang Asli bina halangan bantah pembalakan haram di Gua Musang
Kamles Kumar · Diterbitkan pada 17 Feb 2018 11:00AM
Orang Asli Gua Musang membantah pembalakan dan perladangan komersial yang menceroboh tanah mereka, dan kerana kegagalan kerajaan negeri melindungi mereka. – Gambar Facebook, 17 Februari, 2018
ORANG ASLI dari enam perkampungan membentuk sekatan di Gua Musang, Kelantan hari ini bagi membantah pembalakan tidak terkawal di kawasan hutan simpan yang menceroboh tanah mereka di negeri itu.
Mohd Syafiq Dendi, pengurusi kawasan tanah adat di Pos Simpor berkata pembantah membina tiga sekatan di Chawas, Tohoi dan Kuala Wok awal pagi ini.
“Sekatan bermula sejak pagi. Untuk menentang pembalakan dan perladangan komersal.
“Mereka menceroboh kawasan Orang Asli. Hentikan pembalakan sekarang,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Katanya, bantahan itu adalah usaha Orang Asli menentang kerajaan Kelantan yang menyokong penebangan hutan.
Dendi berharap lebih ramai orang dari kampung terjejas kerana pembalakan itu menyertai sekatan itu.
“Ini adalah suara Orang Asli. Ia tidak melibatkan orang luar buat masa sekarang.”
Dendi berkata mereka tidak akan berganjak sehingga kerajaan negeri menunjukkan hasrat ikhlas untuk berunding, atau sekiranya mereka dipaksa meninggalkan sekatan itu.
“Kami tak tahu apa yang mereka (kerajaan) akan buat. Sama ada mereka akan hapuskan sekatan atau ada antara kami yang akan ditahan. Kami akan tunggu dan lihat,” katanya.
Sejak dua tahun lepas, masyarakat Orang Asli Kelantan membentuk beberapa sekatan di negeri itu tetapi dihapuskan Jabatan Perhutanan Kelantan. Malah, ada antara mereka yang ditahan.
Kerajaan Kelantan pimpinan PAS sering dikecam kerana tidak melindungi Orang Asli dan hak tanah mereka. – 17 Februari, 2018.

No comments:
Post a Comment