Wednesday, February 28, 2018

Benar-benar pandang dengan kedua-dua mata ke idok ni?

Kerajaan pandang serius kumpulan cuba wujud kebencian antara kaum
TMI · Diterbitkan pada 27 Feb 2018 10:47PM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Joseph Kurup berkata insiden-insiden kecil tidak seharusnya diperbesarkan sehingga mewujudkan persepsi negatif antara kumpulan etnik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Februari, 2018.

KERAJAAN memandang serius mana-mana kumpulan yang cuba untuk mempolemikkan isu agama demi kepentingan sendiri sehingga mewujudkan kebencian antara kaum di negara ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Joseph Kurup berkata insiden-insiden kecil tidak seharusnya diperbesarkan sehingga mewujudkan persepsi negatif antara kumpulan etnik. 

Katanya, ini boleh mencetuskan konflik yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keamanan negara.

“Dalam berusaha ke arah keharmonian beragama di negara ini, kita juga harus berupaya dalam menjernihkan sebarang kekusutan agar ideologi ekstremisme dapat ditolak sepenuhnya,” katanya. 

Kurup berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Menteri di JPM bersama pemimpin-pemimpin agama sempena Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia 2018 malam ini. Turut hadir Menteri di JPM Jamil Khir Baharom. 

Mengulas lanjut, Kurup berkata isu-isu agama ini turut mendapat perhatian serius dalam kalangan  Institusi Diraja yang mana Raja-Raja Melayu melahirkan keprihatin dalam isu perkauman dan agama. 

“Kesejahteraan hidup dan jalinan hubungan harmoni dalam kalangan rakyat adalah agenda penting dalam memastikan kedaulatan negara terpelihara,” katanya. 

Justeru, Kurup menyeru agar kebebasan dan kesejahteraan hidup yang dinikmati dijaga dengan baik kerana ia boleh hilang. 

Dalam majlis itu, beliau turut mengumumkan kerajaan memberikan insentif berbentuk geran berjumlah RM35,000  kepada tujuh badan bukan kerajaan berasaskan agama untuk menjalankan aktiviti dan program keharmonian. – Bernama, 27 Februari, 2018.

1 comment:

  1. Yang selalu meniupkan api perkauman dan keagamaan adalah dimulakan oleh pemimpin UMNO itu sendiri, kini dibantu pula oleh PAS.

    ReplyDelete