Friday, February 23, 2018

Khatan wanita: Dr Siti Nurhayati (Isma) jawab Faisal Tehrani

Menjawab hikayat Faisal Tehrani mengenai khatan wanita
ainulillia   23/02/2018 0 51   1 minit anggaran tempoh bacaan
APABILA yang bercakap itu bukan ahli, maka terjadilah hikayat yang dicedok dari karya asing, yang tidak sedikit pun menggambarkan suasana sebenar. Inilah hikayat yang saya baca dari Faisal Tehrani dalam artikelnya Apabila Malaysia dimalukan mengenai kemaluan wanita.

Saya merasa amat marah dan terkilan membaca bagaimana sunnah saranan Nabi dihina sedemikian rupa sehingga dilihat menyerupai amalan purbakala tidak berperikemanusiaan yang entah dipetik dari mana.

Sebagai seorang pegawai perubatan wanita, saya juga merangkap mudim bagi mengkhatankan bayi perempuan yang hadir ke klinik untuk tujuan berkhatan.

Saya telah melakukannya sejak tahun 2010 hampir setiap hari. Sebelum melakukannya saya membaca hadis yang membicarakan hal tersebut dan juga telah merujuk kepada Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya juga mempelajarinya dari seorang pakar perbidanan dan sakit puan bertauliah.

Dan biarlah saya beritahu, tiada langsung apa yang saya pelajari dan amalkan menyerupai apa yang ditulis oleh Faisal Tehrani dalam penulisannya.

Saya bukan di sini untuk membahaskan hukum. Apa yang ditetapkan oleh ahli muzakarah adalah cukup sebagai panduan rakyat Malaysia yang Muslim.

Namun sebelum memperkatakan hal prosedur dan teknikal, saya ingin tekankan, khatan bayi perempuan yang diamalkan di Malaysia tiada langsung persamaan dengan mutilasi kemaluan wanita (FGM) yang memudaratkan yang dimaksudkan oleh Faisal Tehrani mahupun Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

Muzakarah telah menggariskan ia adalah wajib melainkan mendatangkan mudarat. Iaitu, apabila anak sudah memahami akan perasaan malu dan protektif terhadap alat sulit atau kemaluan mereka, khatan tidak lagi menjadi wajib. Iaitu dilakukan apabila bayi berumur lebih kurang satu setengah tahun ke atas.

Perempuan dewasa manakah yang dikatakan perlu dikhitan sehingga sampai 1.3cm? Sesuatu yang hanya berbentuk penceritaan semata-mata, bagi menggambarkan Malaysia amat buruk dalam layanannya terhadap kaum wanita.

Syarat khatan bagi bayi perempuan hanya sekadar terbit darah, walau sekadar setitik. Untuk itu, sekadar menggores atau menggunting (snip) hujung kelentit sudah memadai.

Tiada kain putih, jampi serapah, doa yang meleret-leret, mandian air limau, atau bayi yang berkeadaan pedih dan dibiarkan menangis, mahupun pisau cukur yang dikerat 3 atau 4. “Daging” yang perlu ditanam, ini lagilah satu bentuk khurafat yang tidak wujud.

Keseluruhan penceritaan seorang felo penyelidik ini adalah satu bentuk hikayat paling tidak masuk akal dalam praktis khitan wanita moden di Malaysia.

Islam adalah agama terindah yang meletakkan sifat ihsan atau perikemanusiaan di tempat yang tinggi. Apakah logik amalan sunnah yang diwajibkan muzakarah dilakukan sehina seperti yang digambarkan Faisal Tehrani, dengan adanya dunia perubatan moden sekarang?

Semoga Faisal tercerah dengan penjelasan dari seorang mudim sendiri. Jika mahu lihat dengan mata sendiri bagaimana khatan bayi perempuan dilakukan di Malaysia di abad 21 ini, beliau dijemput ke klinik saya untuk melihat.

Saya menggesa masyarakat juga agar merujuk kepada mereka yang ahli didalam bidang mereka, bukan merujuk hikayat dari mereka yang hanya berniat memburuk-burukkan Islam melalui kaedah penglipur lara.

* Dr Siti Nurhayati Adznan ialah pegawai perubatan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Melaka dan juga Aktivis Isma Melaka

6 comments:

  1. Alhamdulillah...tahniah dr Siti Nurhayati Adznan kerana prihatin dan bertindak membela sunnah nabi. Nak harapkan kerajaan yg memerintah utk membela maslahah umat Islam jgn haraplah.

    ReplyDelete
  2. itulah puak puak sial ni memang ramai pengikutnya
    keja depa nak lingkup islam
    mamat tu idup hanya nak ikut selera
    kononnya dah hebat sangat cerita nya tu

    ReplyDelete
  3. Faisal Tehrani ni dia perassn pandai. Semua nak dikomen. Fellow penyelidik benda? Ingat Majlis Fatwa bodo,tak buat research.
    Cuba perhatikan wanita2 di negara yg menentang khitan kanak2 perempuan dgn perempuan di Malaysia,kita akan dapati perbezaan besar pada 'sifat fisikal/ seksual mereka'..

    ReplyDelete
  4. Terbaik .. kena banyak belajar lagi .. faisal Tehrani ( shiah dan islam liberar yg sewaktu dgn nya..)

    ReplyDelete
  5. Ini Syiah lu buat apa nak layan? Taksub tak kena gaya. Ngaji je tinggi tapi otak blur. Kat dia kengkonon Syiah tu la truely Islam aka mesaiah aka penyelamat umat padahal syiah tu penuh pendustaan yang merupakan satu ibadah bagi mereka. Iran style, Parsi First dan istilah Islam buat make up je. Minah Parsi ada potong ka takdak? Amacam Dol Syiah? Kah kah kah.

    ReplyDelete
  6. faisal tehrani syiah.... hati2

    ReplyDelete