Tuesday, February 20, 2018

Rosak rancangan: Menarik kerana serlah bodohnya......

Monday, February 19, 2018
Lain Kali Jgn Upah Lembu utk Sabotaj PPBM
Kredit: celahgelegar

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pemuda-mahu-pimpinan-tertinggi-perjelas-isu-dalaman-bersatu-1.799641

Pemuda mahu pimpinan tertinggi perjelas isu dalaman Bersatu
WARTAWAN SINAR HARIAN  -  18 FEBRUARI 2018
Muhd Nurudin (depan, tiga kanan) bersama ahlinya menuntut jawapan kepimpinan Bersatu untuk menjawab soalan yang dibangkitkan peringkat akar umbi

GURUN - Seramai 11  ahli Pemuda Parti Bersatu Parlimen Jerai melahirkan rasa kecewa atas tindakan pemimpin parti tersebut dan menggesa penjelasan tepat mengenai beberapa isu dalaman parti termasuk kekayaan anak-anak Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketuanya, Muhd Nurudin Naina Mohd berkata, isu tersebut dibawa ke peringkat negeri namun jawapan yang diberikan pimpinan seolah-olah lepas tangan dan tidak tahu untuk menjawab persoalan yang sebenar.

"Kami antara ahli ingin meluahkan rasa kurang senang atas beberapa isu terpendam selepas persidangan parti akhir tahun lalu.

"Soalan kami amat mudah untuk dijawab jika kita berada dalam kedudukan jujur serta baik. Saman sahaja pihak yang tuduh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada skandal dengan isteri orang," katanya, pada sidang media 'Jangan Pecat Kami', di sebuah hotel di sini, hari ini.

Muhd Nurudin bersama 10 ahli yang lain itu mewakili keseluruhan 50 ahli Pemuda Bersatu di Parlimen Jerai menuntut jawapan itu yang dikatakan bertujuan untuk menjawab soalan-soalan di peringkat akar umbi .

Penjelasan mengenai isu-isu dalaman parti itu penting untuk disampaikan kepada masyarakat.

"Kami amat malu ketika ini apabila ada ahli-ahli parti lain seolah-olah memperlekeh keluarga Tun Mahathir yang dikatakan menjumpai harta karun sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri antara tahun 1981 hingga 2003,” katanya.

Katanya, Pemuda Bersatu lain tidak mempunyai niat untuk mensabotaj parti itu yang telah disertainya sejak dua tahun lalu tetapi hanya inginkan kebenaran terhadap persoalan yang timbul.

"Tujuan kami menyertai parti ini kerana kami merasakan parti ini mempunyai kepimpinan yang jujur serta amanah dan kami harap persoalan ini tidak mendatangkan pemecatan pada ahli kami walaupun pada minggu lalu kami seolah-olah diugut menerusi kenyataan Datuk Kamarudin (Ketua Penerangan Bersatu ) yang melarang ahli daripada bercakap dengan pihak media," katanya.

Justeru, katanya, Bersatu seharusnya bersikap lebih terbuka dalam menangani isu tersebut serta tidak mengambil tindakan terhadap perbuatan ahli-ahli yang ingin mengetahui kebenaran.

"Pemuda hanya mahukan jawapan kepada dua persoalan yang dikemukan. Jika mahu dilihat jujur, kita wajib berlaku jujur," katanya.

5 comments:

  1. Saya dari Taman Gurun Jaya, mereka itu bukan ahli Bersatu pun, menyamarlah konon...

    ReplyDelete
  2. Ketua tu anak naina nadi kandar.bedong
    Sepatutnya bukan ahli amno pun sebab mamak

    ReplyDelete
  3. Aku bila ada je ' naina ' atau sejenisnya pada nama mulalah loya tekak. Cap mamak nie kalu PR menang nanti depa lah dulu sekali kedepan menyokong.

    ReplyDelete
  4. muda dah makan dedak tua lagi banyak mau dedak
    bahaya mamat jenih ni

    ReplyDelete
  5. Knp kamu tak persoalkan kekayaan najib, rosmah, riza aziz dan para2 menteri

    ReplyDelete