Isu tanah Ijok: Rahman Dahlan dan putar belit media massa BN
Sivarasa Rasiah · Diterbitkan pada 23 Feb 2018 8:33PM
DALAM tempoh beberapa hari ini, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Abdul Rahman Dahlan, pemimpin Umno Selangor dan media kawalan BN cuba memberi gambaran negatif terhadap kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berhubung isu tanah di Ijok.
Serangan pada sebelah pihak saja yang dibuat ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir menunjukkan Umno dan BN terdesak. Malah, ia juga menunjukkan sikap hipokrit kerana Azmin telah menyelesaikan ketidakadilan besar yang dilakukan BN.
Beliau menunaikan janji yang dimungkiri BN terhadap peneroka pada tahun 2000 apabila BN mengambil tanah mereka setiap tiga ekar dan menjanjikan pampasan RM180,000 dan rumah bernilai RM180,000. BN kemudiannya memberikan tanah itu kepada kroni yang memperkayakan diri sendiri, tetapi gagal menunaikan janji kepada peneroka.
Sehingga 2008, BN berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa bagi menyelesaikan masalah itu.
Kenyataan Rahman dan beberapa pemimpin Umno, seperti biasa mempersembahkan fakta separuh benar, salah tafsir dan membangkitkan persoalan salah untuk mengelirukan orang awam. Bekas menteri besar Khalid Ibrahim dan bekas setiausahanya, Faekah Husin juga turut bersubahat, mungkin mahu membalas dendam susulan penyingkirannya sebagai menteri besar?
Firma saya, Daim & Gamany didatangi oleh Jawatankuasa Bertindak Projek Terbengkalai Alam Mutiara and Alam Utama (peneroka daripada Fasa Dua dan Tiga “Projek Rancangan Revolusi Hijau”) mewakili kira-kira 980 peneroka pada lewat 2015 untuk diberi tugas bertindak sebagai wakil undang-undang melindungi kepentingan mereka, dan memastikan janji yang dimungkiri pada tahun 2000 oleh BN dipenuhi.
Sehubungan itu, sedikit sebanyak saya tahu dengan perkara yang dilakukan kerajaan negeri Selangor dan Azmin dalam isu berkenaan.
Klien saya bercakap dalam sidang media pada Selasa lalu, bersama bekas ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad. Saya ingin menambah beberapa penerangan daripada aspek perundangan dan penyelesaian keseluruhan bagi menjawab semula salah keterangan yang disebarkan Rahman, pemimpin BN lain dan proksi mereka.
Latar belakang dan punca masalah
Pada 1987, satu skim tanah diperkenalkan di Ijok untuk kira-kira 1,000 peneroka yang mana setiap mereka diberikan tanah seluas tiga ekar. Mereka memajakkan semula tanah itu kepada agensi negeri, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tanaman kelapa sawit dan diuruskan seperti Felda dan mendapat hasilnya.
Dalam tahun 2000, kerajaan negeri Selangor di bawah BN mengambil semula tanah itu dan menjualnya kepada syarikat kroni dengan harga premium murah bagi tujuan pembangunan bercampur – perumahan, kedai, pejabat dan lain-lain.
Jelas sekali, BN dan kroni nampak nilai tanah berkenaan meningkat dan mementingkan rasa tamak berbanding kepentingan jangka masa panjang peneroka. Mereka menjanjikan peneroka pampasan sebanyak RM180,000 dan rumah bernilai RM180,000 sebagai balasan memperoleh tanah setiap peneroka seluas tiga ekar itu.
Tiga syarikat dikawal oleh seorang ahli perniagaan, Chin Chan Liong diberi faedah paling besar. Syarikat berkenaan ialah LBCN Development Sdn Bhd, Mujur Zaman Sdn Bhd dan Liputan Canggih Sdn Bhd. BN gagal memastikan syarikat terbabit yang sepatutnya memajukan tanah itu, menunaikan janji kepada peneroka.
Kroni BN mencagarkan tanah itu kepada beberapa bank dan memperoleh beberapa ratus juta ringgit, sebahagiannya digunakan untuk bayaran pampasan, namun gagal menunaikan janji membina rumah untuk kebanyakan peneroka dan mengabaikan pembangunan tanah berkenaan.
Chan Liong dalam pada itu terbabit dengan pasaran saham dan menggunakan jutaan ringgit hasil cagaran tanah itu. Kemudiannya beliau didakwa atas kesalahan memanipulasi pasaran saham dalam kes Fountainview Bhd dan dihukum penjara.
Peneroka menunggu dengan sia-sia dengan harapan kerajaan negeri di bawah BN menyelesaikan masalah mereka. Tiada sebarang tindakan berkesan diambil. Tiada rumah mahupun pampasan diberi sehingga 2008.
Pendekatan Khalid Ibrahim menyelesaikan masalah
Ia masalah yang diwarisi kerajaan Pakatan pada 2008. Peneroka kemudiannya berjumpa Khalid pada 2009 dan merayu kepada beliau untuk menyelesaikan masalah mereka. Pendekatan Khalid untuk menyelesaikannya adalah dengan mengambil alih tanah dan juga merampas mengikut Kanun Tanah Negara bagi mendapatkan tanah berkenaan daripada syarikat terbabit.
Beliau mengusahakan pengambilalihan tanah dan mahu membayar pampasan harga murah berdasarkan nilaian status tanah pertanian walaupun jelas BN menjadikan tanah itu untuk pembangunan bercampur, di mana sebahagian pembangunan telah dilaksanakan di kawasan tanah itu.
Malangnya, pemilik saham baru syarikat itu yang memberi pinjaman kepada Chan Liong mengawal syarikat dan turut membuat pelaburan syarikat. Pemilik saham syarikat yang baru melawan pengambilalihan tanah itu di mahkamah bagi menghentikannya, atau jika tidak berjaya, mahu mendapatkan nilai pampasan semaksimum mungkin.
Ia mengakibatkan lebih 30 kes mahkamah yang difailkan secara berasingan membabitkan syarikat berkenaan, Kerajaan Negeri, bank dan juga peminjam lain terhadap syarikat itu.
Fakta yang diabaikan Rahman, Umno dan proksinya dalam penyelewengan, salah beri maklumat dan kenyataan separuh benar.
Di sinilah Rahman memberi gambaran salah yang mengelirukan dengan kenyataannya itu. Beliau hanya bercakap mengenai satu pengambilalihan tanah yang tertangguh di Mahkamah Persekutuan, di mana kerajaan negeri menang di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan bertanya mengapa Azmin tidak meneruskan usaha di Mahkamah Persekutuan.
Beliau tidak menyebut kes lain yang tertangguh. Beliau juga bertanya apa yang terjadi dengan jualan tanah bernilai RM1.18 bilion sekiranya ia tanah yang sama yang disebut dalam kes Mahkamah Persekutuan.
Ini fakta proses perundangan yang diambil ketika Khalid menjadi menteri besar terhadap tanah yang Rahman tahu mengenainya tetapi berpura-pura tidak mengetahuinya.
Tanah berkenaan boleh dikategorikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah Alam Perdana yang dimiliki LBCN Development dengan luas kira-kira 1,000 ekar. Bahagian kedua meliputi Alam Mutiara dan Alam Utama dimiliki oleh Mujur Zaman dan Liputan Canggih dengan luas kira-kira 2,200 ekar.
LBCN Development mencabar notis pengambilalihan tanah oleh kerajaan negeri dengan semakan kehakiman (JR -25-170-2011) tetapi gagal di Mahkamah Tinggi atas sebab teknikal – pemfailan kes terlalu lewat.
Bagaimanapun, dalam kes lain di Mahkamah Tinggi yang dibawa oleh Maybank Islamic Berhad selaku peminjam terhadap kerajaan negeri membabitkan tanah LBCN, memutuskan pampasan perlu dibayar kepada bank berdasarkan pembangunan bercampur dan juga kos pemilik yang membangunkan infrastruktur.
Syarikat itu kalah sekali lagi di Mahkamah Rayuan dan rayuannya tertangguh di Mahkamah Persekutuan. Cerita Rahman hanya benar setakat itu saja. Apa yang tidak dinyatakan oleh beliau ialah, sekalipun kerajaan negeri menang kes di Mahkamah Persekutuan, pampasan dengan jumlah yang sangat besar harus dibayar.
Pengambilalihan tidak percuma. Khalid hanya membayar RM3 setiap kaki persegi berdasarkan nilai status pertanian. Kerajaan negeri perlu membayar lagi RM6 bagi setiap kaki persegi, yang akan menjadikan jumlahnya RM260 juta, selain berhadapan tuntutan oleh LBCN sebanyak RM600 juta atas kewujudan infrastruktur, menjadikan potensi liabiliti sebanyak RM860 juta. Ia hanya membabitkan bahagian tanah berkeluasan 1,000 ekar saja.
Kes mahkamah pengambilalihan tanah LBCN tidak mempunyai kaitan dengan penjualan bernilai RM1.18 bilion yang ditandatangani pada 2015/2016. Ia bahagian tanah yang berkeluasan 2,200 ekar. Penjualan tanah itu transaksi antara pemilik Mujur Zaman Sdn Bhd dengan pemaju berwibawa dan tidak membabitkan kerajaan negeri.
Putar belit Rahman dan kenyataan salah yang diulangi ialah tanah yang dijual ialah tanah berkeluasan 2,200 ekar yang “dikembalikan” kerajaan negeri kepada pemilik sebelumnya. Tanah itu sebenarnya masih kekal sebagai tanah persendirian kerana notis pengambilalihan kerajaan negeri di bawah Khalid disekat oleh mahkamah melalui semakan kehakiman yang difailkan pemilik di Mahkamah Tinggi (JR 25-5-11/2012).
Pelbagai bank yang memberi pinjaman berjumlah ratusan juta ringgit kepada Chan Liong, memfailkan kes mahkamah terhadap pengambilalihan tanah yang diusahakan Khalid itu.
Selain Maybank Islamic Berhad, tuntutan juga dibuat oleh bank lain seperti Malayan Banking Berhad, Bumiputra Commerce Berhad (CIMB), Malaysian Assurance Alliance Berhad, Zurich Insurance dan lain-lain.
Terdapat juga tuntutan daripada peminjam bukan bank seperti Gaya Perkasa Sdn Bhd and Citarasa Sdn Bhd. Kesemuanya melindungi kepentingan atas tanah itu menerusi kaveat dan caj. Sebahagiannya turut mengambil inisiatif prosiding bagi melindungi kepentingan kewangan.
Semuanya mempunyai lebih 30 kes yang tertangguh di mahkamah, hasil percubaan Khalid untuk mengambil alih tanah.
Apa pencapaian Khalid dan apa yang gagal dicapai selepas enam tahun sebagai MB
Selepas enam tahun dalam 2014, pencapaian Khalid ialah menang kes pengambilalihan untuk 1,000 ekar tanah milik LBCN, tetapi berhadapan pampasan berjumlah RM860 juta.
Kerajaan negeri juga terbabit dengan lebih 30 kes mahkamah daripada pemilik, peminjam bank dan bukan bank, sama ada mencabar pengambilalihan dan tuntutan pampasan.
Mujur Zaman dan LBCN memfailkan dakwaan salah guna kuasa di pejabat awam terhadap beliau secara peribadi dan kerajaan negeri yang mendatangkan kos RM1 bilion ringgit.
Sebahagian peneroka Fasa Pertama Rancangan Revolusi Hijau dalam tanah seluas 1,000 ekar milik LBCN akhirnya dibayar pampasan penuh dan mendapat rumah, namun 980 peneroka dalam tanah seluas 2,200 ekar milik Mujur Zaman masih menanti janji pampasan dan rumah.
Proses perundangan berkenaan akan memakan masa yang panjang dan kelihatan tidak berakhir. Sehingga hari ini, 358 daripada 980 peneroka telah meninggal dunia. Berapa lama lagi waris mereka harus menunggu?
Sekalipun strategi pengambilalihan Khalid berjaya untuk semua tanah seluas 3,200 ekar, kerajaan negeri masih perlu membayar pampasan yang besar sehingga mencecah angka RM1.4 bilion, dengan mengambil kira nilaian tanah pembangunan bercampur dan infrastruktur yang dibangunkan di tanah itu. Setakat ini, Khalid hanya berjaya mengambil alih 1,000 ekar tanah yang dimiliki LBCN.
Rumusannya, strategi Khalid mengambil alih tanah dan kemudian sama ada membangunkannya atau menjualnya dan menggunakan hasil itu untuk pembayaran pampasan dan pembinaan rumah, tidak berjaya dan terganggu dengan proses perundangan.
Ia juga meletakkan risiko besar ke atas perbendaharaan kerajaan negeri yang berhadapan tuntutan dan pampasan akibat proses pengambilalihan tanah.
Cadangan formula global yang dikemukakan kepada Azmin pada 2015.
Wakil kepada 980 peneroka berjumpa dengan Azmin pada 2015 dan meminta beliau mencari jalan penyelesaian untuk memperbetulkan ketidakadilan yang berlaku ke atas mereka disebabkan kerajaan negeri bawah BN.
Pemilik saham baru Mujur Zaman dan LBCN mengemukakan cadangan formula global kepada Azmin. Mereka mencadangkan mereka mempunyai pemaju berwibawa untuk membeli tanah seluas 2,200 ekar dengan harga RM1.18 bilion.
Hasil jualan itu digunakan untuk membayar pinjaman bank dan peminjam lain, maka semua kaveat, caj serta tuntutan yang dibuat atas kerajaan negeri bagi semua tanah seluas 3,200 ekar akan ditarik semula. Mereka juga membayar semua baki pampasan terhadap peneroka dan membina rumah untuk mereka.
Azmin bersetuju dari sudut prinsipnya. Bagaimanapun, beliau menegaskan syarat sebelum boleh memberi kebenaran transaksi. Pertama, keutamaan perlu diberi terhadap pembayaran baki pampasan kepada 980 peneroka dan rumah mereka hendaklah dibina oleh pembeli yang merupakan pemaju berwibawa itu. Ini untuk memastikan tiada peneroka tercicir memperoleh rumah mereka.
Kedua, hasil penjualan itu mesti digunakan untuk menyelesaikan semua tuntutan tertunggak oleh bank dan peminjam lain, dan semua tuntutan bank dan peminjam lain untuk pampasan daripada kerajaan negeri terhadap tanah seluas 1,000 ekar yang sebelum ini dimiliki LBCN hendaklah ditarik semula. Ini akan melindungi kerajaan negeri daripada tuntutan bernilai RM860 juta.
Ketiga, semua tuntutan oleh pemilik tanah, LBCN terhadap tanah seluas 1,000 ekar hendaklah ditarik semula, supaya tanah itu sepenuhnya diserah kepada kerajaan negeri. Ia boleh dibangunkan untuk manfaat rakyat Selangor.
Keempat, semua saman sivil terhadap Khalid dan kerajaan negeri atas tindakan menyalahgunakan kuasa ketika Khalid menjadi menteri besar juga hendaklah ditarik semula supaya tiada liabiliti ke atas kerajaan negeri. Dengan berbuat demikian, tuntutan Azmin itu turut melindungi Khalid.
Syarikat pemilik tanah berkenaan bersetuju dengan syarat Azmin. Perjanjian dirangka dan ditandatangani. Penyelesaian global itu dirakam dan persetujuan penghakiman Mahkamah Persekutuan pada 17 Mei, 2016. Persetujuan penghakiman membuat rujukan terhadap lebih 30 kes membabitkan tanah berkenaan, yang mana diselesaikan sekali gus.
Kesimpulannya, tanpa sesen pun keluar daripada perbendaharaan negeri, Azmin berjaya mendapatkan pampasan dan rumah untuk 980 peneroka dan mendapat tanah seluas 1,000 ekar di Ijok, di mana tanah sama diberikan BN kepada kroni dengan harga premium murah pada tahun 2000.
Berbanding dengan perkara yang dilakukan BN yang rasuah pada tahun 2000. Mereka mengambil tanah peneroka dan memberikannya kepada kroni dan memungkiri janji pampasan dan rumah.
Khalid cuba menyelesaikan masalah itu, tetapi menggunakan strategi berisiko yang mendedahkan kerajaan negeri kepada liabiliti. Strategi beliau juga tidak berjaya selepas enam tahun cuba mengambil alih tanah dan tidak memberi penyelesaian kepada 980 peneroka.
Pembohongan dan sikap hipokrit BN
Rahman dan pemimpin Umno lain bersikap hipokrit dengan cuba menggambarkan Azmin dan kerajaan negeri berkompromi dengan menarik kes di Mahkamah Persekutuan seperti yang disebut Rahman. Kerajaan negeri BN terdahulu yang korup menyebabkan kesusahan kepada 980 peneroka.
Persoalan apa yang berlaku terhadap RM1.18 bilion itu mudah dijawab. RM250 juta digunakan untuk membina rumah peneroka. RM45 juta untuk membayar semua pampasan peneroka. Sekali lagi Rahman salah, beliau patut tahu kroni BN hanya membayar sebahagian saja daripada pampasan dan tidak membayar baki pampasan sebanyak RM45 juta.
Saya diberitahu RM700 juta digunakan untuk menyelesaikan semua hutang bank dan peminjam lain. Jumlah keseluruhan ialah RM995 juta. Baki RM185 juta digunakan untuk membayar kos pelaburan pemilik sahan baru Mujur Zaman dan LBCN.
Sama ada penjualan tanah cukup untuk memberi keuntungan kepada pemilik saham syarikat terbabit, ia bukan urusan kerajaan negeri. Seperti yang disebutkan, keprihatinan Azmin adalah jelas dan ringkas – tanggungjawab pemilik tanah untuk berunding dan membayar semua hutang kepada bank dan peminjam lain untuk membolehkan kebenaran penjualan tanah diberi. Semua tuntutan pampasan untuk pengambilalihan hendaklah ditarik supaya 1,000 ekar ditarik semula dan kerajaan negeri bebas daripada sebarang tuntutan.
Tuduhan “bailout” untuk syarikat pemilik tanah itu tidak berasas. Bailout bermakna menggunakan dana awam atau aset awam untuk kepentingan swasta. Tanah yang dijual adalah tanah persendirian sebenarnya. Pembeli membayar RM1.18 bilion selepas menimbangnya. Tiada dana awam terbabit.
Tambahan, kerajaan negeri mendapat faedah daripadanya dan semua tuntutan terhadap tanah seluas 1,000 ekar ditarik semula. Penyelesaian itu jelas untuk kepentingan awam.
Nota akhir
Baki pampasan berjumlah RM45 juta dibayar kepada 980 peneroka menjelang akhir Disember 2016. Tiada aduan dikemukakan pemimpin BN ketika ia dilakukan, malah penjualannya kini pengetahuan umum.
Azmin memberi 980 peneroka hak milik tanah ke atas rumah mereka dalam satu majlis pada September 2016 – sekali lagi tiada isu dibangkitkan oleh pemimpin BN.
Pada 1 Februari tahun ini, peneroka menandatangani perjanjian individu dengan pemaju untuk rumah mereka yang jika pada harga pasaran mencecah nilai RM500,000. Apabila peneroka menerima kunci rumah dalam tempoh dua tahun nanti, ketika itu harganya pasti lebih mahal.
Kita hanya boleh merumuskan PRU14 semakin hampir menyebabkan Rahman dan pemimpin BN lain terdesak untuk merosakkan reputasi Azmin dan kerajaan negeri Selangor. Saya yakin 980 peneroka dan keluarga mereka dan rakan memahami fakta dengan baik dan tahu siapa punca masalah dan siapa yang menyelesaikannya.
Seperti biasa, BN menyalahgunakan dan memanipulasi agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mewujudkan persepsi negatif walaupun kerajaan negeri Selangor berjaya menyelesaikan masalah 980 peneroka dan mendapat tanah seluas 1,000 ekar di Ijok dengan percuma.
Hasilnya, saya terpaksa berdepan dengan sepasukan pegawai SPRM di pejabat saya, Rabu lalu. Pegawai berkenaan bersopan dan profesional.
Kami memberikan semua maklumat yang diperlukan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul akibat pembohongan dan penyelewengan oleh putar belit media BN.
Saya yakin, mereka juga sedar masa mereka yang berharga boleh digunakan dengan lebih baik untuk menyiasat kecurian berbilion ringgit daripada 1MDB, Felda dan syarikat berkaitan kerajaan lain yang diuruskan BN. – 23 Februari, 2018.
* Sivarasa Rasiah ialah ahli Parlimen Subang

No comments:
Post a Comment