Saturday, February 17, 2018

Hushamuddin bikin PATRIOT 'panas'

Jangan persoal kesetiaan kami, kata PATRIOT pada menteri
mk      16 Feb 2018, 1:48 pm
NGO pesara pasukan keselamatan Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) mengingatkan mana-mana pihak agar tidak mempersoalkan kesetiaan mereka kepada negara.

Presiden PATRIOT Tan Sri Mohd Arshad Raji berkata anggota NGO itu yang terdiri daripada pesara tentera dan polis telah mempertaruhkan nyawa demi negara dan ada yang menempuhi zaman perang.

"Apabila kami bercakap tentang patriotisme, ia datang dari hati kami," katanya dalam kenyataan.

Beliau menyangkal kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa rancangan pihaknya untuk mengadakan bengkel patriotisme bertentangan dengan usaha kerajaan.

"Dengan hormat kami ingin mengingatkan orang ramai, terutama pemimpin negara, agar tidak ragu dengan kesetiaan kami kepada raja dan negara," katanya.

Beliau menyifatkan kenyataan Hishammuddin sebagai "tidak bertanggungjawab dan sewenang-wenangnya" kerana menteri itu tidak merujuk cadangan penuhnya berhubung Bengkel Kepimpinan Belia dan Patriotisme yang ingin diadakan.
"PATRIOT tidak akan sesekali menentang kerajaan. Kami pernah menjadi anggota kerajaan. Ada perbezaan antara menentang kerajaan dengan menentang pemimpin yang teruk dan korup," katanya.

Saling melengkapi

Merujuk kenyataan seorang anggota PATRIOT yang menyamakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan kem percutian, Hishammuddin mempersoalkan niat NGO itu dalam mengkritik usaha kerajaan itu.

"Bagi seseorang yang tidak memberikan cadangan, saya fikir tindakan mereka membangkitkan isu ini pada masa ini adalah dwistandard," katanya.

Arshad berkata mereka mempertahankan kenyataan anggotanya itu.

Beliau juga berkata program anjurannya itu boleh bekerjasama dan menjadi pelengkap kepada PLKN.

"Tujuan utama bengkel kami adalah menyemai semangat patriotisme, penyatuan dan kepimpinan kepada belia, dan kedua bagi menggalakkan belia menyertai pasukan keselamatan.

"Jawapan kami pada sesi soal jawab (pada sidang media Rabu lalu) adalah kami akan bekerja dan melengkapi PLKN yang dilaksanakan kerajaan," katanya lagi.

Arshad sebelum ini dilaporkan berkata mahu bertemu dengan Hishammuddin bagi membentangkan cadangan penambahbaikan dalam PLKN.

1 comment:

  1. benci kerajaang ngan benci pemimpin jahat lain shima oi
    tapi kalau kerajaang suka sangat duk pertahan anggota kerajaang yang jahat
    dah tentu ornag bencik kerajaang
    itu pun tak paham lagi ka
    janagn buat buat boddo

    ReplyDelete