'Kami perlukan RM36,000 untuk balik kampung'
WARTAWAN SINAR HARIAN - 24 FEBRUARI 2018
SEORANG ibu 11 anak memerlukan sebanyak RM36,000 untuk pulang ke kampung halamannya di Semporna, Sabah.
Amah Situn, 36 yang sudah menetap di semenanjung sejak 16 tahun lalu melalui kehidupan agak sukar apabila banyak bergantung kepada ihsan orang ramai untuk menampung keperluan hidup.
Lebih menambah penderitaan apabila wanita berkenaan ditinggal suami dan tiada tempat tinggal tetap serta tidak mampu menyewa.
Wanita berkenaan juga tidak mampu mencari rezeki kerana menghidap penyakit anemia dan buasir.
Bagaimanapun, keluarga berkenaan kini tinggal di sebuah bangunan yang dibiayai oleh Pusat Khidmat Pas Dun Paka.
Amah berkata, setelah sekian lama merantau tanpa hala tuju, dia berhasrat membawa pulang anak-anaknya yang berusia 20 hingga 2 tahun ke kampung halaman.
Bagaimanapun, mustahil dia mempunyai wang bernilai puluhan ribu untuk menampung kos pengangkutan termasuk penerbangan.
“Sudah lama saya dan anak-anak tinggal di Paka serta mengharapkan pertolongan dan belas ihsan sekeliling.
"Kami juga tiada tempat tinggal tetap dan sering berpindah-randah.
“Saya fikir langkah terbaik untuk kami membina kehidupan baharu ialah pulang ke tanah air.
"Hampir RM3,000 diperlukan untuk seorang, bukan sahaja kos tiket kapal terbang tetapi kami perlu merentasi pelbagai lagi perjalanan untuk tiba di kampung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sebuah bangunan tempat mereka berlindung, di Paka.
Katanya, sejak Januari 2018 anak-anaknya tidak dihantar ke sekolah kerana dia bercadang mahu mendaftar persekolahan di Sabah.
“Saya datang ke semenanjung mengikut suami tetapi sekarang dia juga sudah hilang entah ke mana.
"Saya berterima kasih kepada Muslimat Pas Paka yang banyak membantu sepanjang kami menumpang di tempat orang,” katanya.
Sesiapa yang ingin membantu keluarga ini boleh salurkan bantuan ke akaun Maybank 860178388 menerusi Tabung Kebajikan Pas Dun Paka Cawangan Kampung Cacar Baru.

Amah (tiga dari kanan) bersama anak-anaknya

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kami lah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.
ReplyDeletedulu puak depa tu suruh ornag melayu makan pil perancang takut anak ramai
bodo tak pikir masa depan bila ramai melayu kan ada kuasa bnayak untuk urusan siasah negara
manakala puak britis beranak banyak sat saja dah berkembang biak
biar melayu beranak ramai pemimpin pikir cari jalan macam nak bantu
ni tidak asek nak senang main kuda judi
tak da wawasan
pemimpin tak yakin ngan Allah nila jadinya