Kenapa SPRM tak tahan Azeez, soal Guan Eng
mk Hari ini, 4:19 pm
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim masih belum ditahan oleh SPRM untuk siasatan atas dakwaan menerima jutaan sebagai bayaran rundingan untuk projek terowong bawah laut negeri itu.
"Kenapa Azeez tidak ditangkap, kenapa dwi-standard? Kenapa SPRM pilih kasih?
“Adakah mereka benar-benar cuba menyiasat kegiatan rasuah?" soal Lim, sambil menambah bahawa malah Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy juga disoal-siasat berhubung projek berkenaan.
"Saya mempersoalkan mengapa SPRM gagal melaksanakan tanggungjawab dan tugasnya. Saya menjangkakan saya akan dipanggil tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar di Komtar hari ini.
Adalah dilaporkan semalam bahawa Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd membayar sejumlah RM22 juta kepada seorang ahli politik Umno dan seorang ahli perniagaan untuk kerja-kerja rundingan.
Zenith dikatakan mengeluarkan surat tuntutan kepada Azeez dan seorang tokoh perniagaan yang tidak dinamakan kerana gagal menyempurnakan kerja-kerja rundingan itu, walaupun setelah dibayar RM3 juta dan RM19 juta masing-masing.
Azeez menafikan dirinya menerima wang berkenaan, manakala tokoh perniagaan itu ditahan di Putrajaya semalam.
Lim berkata perkara itu dibangkitkan pada mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini, tetapi tidak ada seorang pun ahli majlis yang mengetahui perkara tersebut.
"Ini adalah sesuatu yang kita semua tidak tahu sama sekali, dan kita akan meminta Zenith untuk menjelaskannya.
"Paling penting, kita akan menunggu penjelasan mereka," kata ketua menteri itu.
Berkaitan:
Projek terowong: Ahli perniagaan direman 6 hari
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah_mutalib@bh.com.my
PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.
Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh mengeluarkan perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 37 tahun itu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir di ibu pejabat SPRM di sini pada jam 3.48 petang semalam.
Difahamkan, suspek menerima wang berkenaan daripada syarikat pembinaan utama projek terbabit selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dijalankan SPRM.
Sumber berkata, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat sekitar Julai dan Ogos tahun lalu.
Katanya, pembayaran pertama berjumlah RM2 juta dibuat pada Julai tahun lalu di rumah suspek, manakala bayaran kedua iaitu sebanyak RM15 juta pula dilakukan kepada sebuah syarikat pada bulan sama dan pembayaran ketiga dan terakhir pada Ogos tahun lalu.
Projek mega terowong itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.
mk Hari ini, 4:19 pm
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim masih belum ditahan oleh SPRM untuk siasatan atas dakwaan menerima jutaan sebagai bayaran rundingan untuk projek terowong bawah laut negeri itu.
Abdul Azeez Rahim
“Adakah mereka benar-benar cuba menyiasat kegiatan rasuah?" soal Lim, sambil menambah bahawa malah Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy juga disoal-siasat berhubung projek berkenaan.
"Saya mempersoalkan mengapa SPRM gagal melaksanakan tanggungjawab dan tugasnya. Saya menjangkakan saya akan dipanggil tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar di Komtar hari ini.
Adalah dilaporkan semalam bahawa Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd membayar sejumlah RM22 juta kepada seorang ahli politik Umno dan seorang ahli perniagaan untuk kerja-kerja rundingan.
Zenith dikatakan mengeluarkan surat tuntutan kepada Azeez dan seorang tokoh perniagaan yang tidak dinamakan kerana gagal menyempurnakan kerja-kerja rundingan itu, walaupun setelah dibayar RM3 juta dan RM19 juta masing-masing.
Azeez menafikan dirinya menerima wang berkenaan, manakala tokoh perniagaan itu ditahan di Putrajaya semalam.
Lim berkata perkara itu dibangkitkan pada mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini, tetapi tidak ada seorang pun ahli majlis yang mengetahui perkara tersebut.
"Ini adalah sesuatu yang kita semua tidak tahu sama sekali, dan kita akan meminta Zenith untuk menjelaskannya.
"Paling penting, kita akan menunggu penjelasan mereka," kata ketua menteri itu.
Berkaitan:
Projek terowong: Ahli perniagaan direman 6 hari
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah_mutalib@bh.com.my
SEORANG ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dibawa oleh pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mohon reman dipercayai terbabit menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh mengeluarkan perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 37 tahun itu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir di ibu pejabat SPRM di sini pada jam 3.48 petang semalam.
Difahamkan, suspek menerima wang berkenaan daripada syarikat pembinaan utama projek terbabit selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dijalankan SPRM.
Sumber berkata, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat sekitar Julai dan Ogos tahun lalu.
Katanya, pembayaran pertama berjumlah RM2 juta dibuat pada Julai tahun lalu di rumah suspek, manakala bayaran kedua iaitu sebanyak RM15 juta pula dilakukan kepada sebuah syarikat pada bulan sama dan pembayaran ketiga dan terakhir pada Ogos tahun lalu.
Projek mega terowong itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Mamak badukang..semua dia mau sapu
ReplyDeleteSPRM buat apa? Itu pun pura2 tak puas hati krn ranking dia rendah. Pegi mamposlah
Delete