Friday, February 23, 2018

"Apakah undang-undang tuhan mengatakan bahawa RUU355 mesti diluluskan"?

Keputusan mahkamah berhubung RUU355 cabar kesahan pemisahan kuasa
Asila Jalil · Diterbitkan pada 23 Feb 2018 11:02AM
Bekas ahli Parlimen Umno Tawfik Ismail berkata keputusan mahkamah telah menetapkan keutamaan bagi kes masa depan di membabitkan agama dalam politik.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 Februari, 2018

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi membenarkan cabaran undang-undang terhadap Speaker Dewan Rakyat berhubung rang undang-undang persendirian untuk meningkatkan hukuman syariah menegaskan pemisahan kuasa di antara pelbagai cabang kerajaan, kata bekas ahli Parlimen Umno Tawfik Ismail.

Tawfik, yang merupakan plaintif dalam saman pemula terhadap Speaker Pandikar Amin Mulia, juga berkata keputusan mahkamah telah menetapkan keutamaan bagi kes masa depan membabitkan agama dalam politik.

"Kepercayaan para pencadang adalah PAS, yang menegaskan dirinya sebagai jurucakap Islam dan retorik yang digunakan adalah jika anda tidak bersetuju dengan RUU355 anda adalah anti Islam.

"Apakah undang-undang tuhan mengatakan bahawa RUU355 mesti diluluskan? Kenapa denda yang dikenakan dalam Ringgit dan mengapa terlalu tinggi hingga golongan miskin tidak mampu membayar?" katanya kepada The Malaysian Insight selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Mahkamah telah memihak kepada Tawfik dalam usaha untuk mencabar Pandikar berhubung dengan undang-undang persendirian presiden PAS Abdul Hadi Awang (RUU355) yang bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk meningkatkan hukuman di bawah undang-undang syariah dan membolehkan PAS yang menerajui pentadbiran Kelantan menguatkuasakan hudud atau pindaan kod enakmen jenayah Islam.

Penalti yang dicadangkan di bawah RUU355 akan melihat hukuman penjara ditingkatkan sehingga 30 tahun, denda sehingga RM100,000 dan sehingga 100 sebatan.

Ketika ini, Akta Mahkamah Syariah hanya membenarkan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun, tidak lebih 6 sebatan dan denda tidak lebih RM5,000. 

Tawfik berkata sudah ada jadual jenayah dan hukuman dalam senarai Persekutuan.

"Siapakah yang boleh bertahan dengan 100 sebatan dalam RUU355 atau menjalani hukuman penjara 30 tahun?"

Tambahnya keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan terdapat check and balance dalam kerajaan dan memastikan Perlembagaan Persekutuan berada di kedudukan paling tinggi dan bukannya Parlimen. 

Ini kerana perlembagaan menghendaki perkara mengenai rang undang-undang hal-hal yang berkaitan dengan Islam perlu dirujuk Majlis Raja-Raja terlebih dahulu, kata peguam yang mewakili Tawfik, Rosli Dahlan kepada pemberita di mahkamah semalam. 

Majlis Raja-Raja perlu memberikan persetujuan sebelum sebarang rang undang-undang dibentangkan di Parlimen kerana agam merupakan hal negeri dan Sultan merupakan ketua agama Islam di negeri mereka. 

"Persetujuan Majlis Raja-Raja perlu diberikan dan dengan tidak berbuat demikian akan menyebabkan Raja-Raja tidak relevan."

Tawfik menambah, anak-anak Malaysia perlu dididik mengenai perlembagaan, prinsip pemisahan kuasa dan kanak-kanak Islam, dan yang  penting perlu tahu tujuan hudud.

"Mereka perlu diajar bahawa hudud adalah pagar untuk melindungi masyarakat yang sempurna dan tidak dikenakan sementara masyarakat masih membangun.

"Semua kanak-kanak juga harus diajar bahawa toleransi, keadilan dan belas kasihan adalah kunci kepada masyarakat yang baik dan itu sebabnya ada pemisahan kuasa.

"Mereka juga harus diajar sejarah Perlembagaan dan apa maksud Perkara tertentu."

Pada April tahun lau, Hadi dibenarkan membentangkan usul itu di Dewan Rakyat sebelum sesi itu ditangguhkan tanpa perdebatan.

Tawfik kemudian memfailkan saman pemula tahun lalu untuk mengisytiharkan rang undang-undang tidak berperlembagaan dan bahawa ia melanggar prosedur Parlimen, menamakan Pandikar sebagai Speaker dan setiausaha Roosme Hamzah sebagai defendan.

Beliau kemudian memohon pemecatan selepas Pandikar dan Roosme memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk membatalkan samannya. – 23 Februari, 2018. 

4 comments:

  1. Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?

    Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).

    Allah suruh manusia tegakkan hukum hukumNYa di atas muka bumi milikNYa
    bukan nak tunjuk ada lagi hukum ynag tinggi dari hukum Allah
    hukum Allah hanya dapat ditegakkan oleh ornag ornag yang yakin sahaja kepada arahan Allah
    kalau tak yakin macam duk ada depan mata
    cakap aja islam tapi idup nak berhukum ngan hukum toghut

    janagn tertipu ngan golongan penentang ayat ayat Allah nanti dapat adzab ynag amat berat di akhirat yang sedia menanti manusia keparat

    Apakah undang-undang tuhan mengatakan bahawa RUU355 mesti diluluskan?

    Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

    pertanyaan boddo dari mansuia ynag kata pandai tapi di sisi Allah amat boddo
    apakah undang undang tinggalan kapir britis Allah suruh ikut ?????

    nilah golongan yang Allah katakan terok dari natang ternak

    ReplyDelete
  2. Orang PAS ni macam babi metaliti mereka sebab suka menyondol. Kalau diberi penerangan segunung intan pun mereka tetap berpegang kepada tuduhan si takfiri Hadi Awang tu. Demhar baik-baik menatang babi PAS oiiii....RUU355 tu hukumannya bukan dari jalan Islam dan jauh sekali dari ajaran Islam. Faham tu menatang babi PAS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belasah Dol! Ajar mangkuk hayun tu cukup cukup. Mangkuk tu semua taksub tak tentu kira. Habis lencun kena kencing ngan Lebai Marang kote lembik sebok nak tambah bini. Amanahkan pegi parlimen asyik ponteng. Dia ingat mak bapak dia ke yang bayar gaji? Kih kih kih.

      Delete
    2. Biasalah walaun PAS 4.21 tu. Habis semua web orang dia masuk. Merapu tah apa-apa. Spin cerita sana, spin cerita sini. Macam dia tulis kat atas, 8 perenggan. Satupun tak jawab solan Tawfik. Lepas tu main petik jer ayat Quran bagi nampak dia tahu. Tapi ayat tu pun kena kat batang hidung dia jugak .....
      Tapi apa nak buat, dorang masuk sorga pakai mombor ahli. Fatwa ulamak Cricket dorang...

      Delete