Benci kerajaan bukan kerana berita palsu
SYED IBRAHIM SYED NOH Hari ini, 9:28 am
ULASAN l Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 28 Januari lepas berkata Putrajaya sedang mengkaji untuk memperkenalkan undang-undang mengekang berita palsu yang mengancam kestabilan politik kerana boleh mempengaruhi rakyat membenci kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata draf undang-undang baharu tersebut sudah siap dirangka dan akan diserahkan kepada Kabinet untuk mendapatkan pandangan sebelum dibentangkan di parlimen.
Difahamkan draf tersebut ialah hasil daripada perbincangan jawatankuasa khas yang terdiri daripada wakil-wakil Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Majlis Keselamatan Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Malah perdana menteri turut bersetuju jawatankuasa itu disertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan anggota parlimen untuk memastikan usaha kerajaan menangani isu berkenaan mendapat sokongan pelbagai pihak serta melalui proses perundingan semua pihak berkepentingan.
Walaupun berita palsu wajib ditolak dan rundingan berkaitan pendekatan membendungnya wajar dilakukan namun mengapakah akta baharu ini didraf dengan begitu pantas dan dijadual dibentangkan di parlimen Mac nanti, kemungkinan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14?
Apakah ia memerlukan tahap kesegeraan begitu? Atau apakah ada motif lain di sebalik pengenalan akta baharu itu sekarang? Apakah yang ingin dibendung ialah berita palsu atau menutup berita benar daripada pembangkang untuk membela rakyat?
Bukankah lebih baik masa diberikan untuk menilai peruntukan undang-undang sedia ada dan mengenalpasti langkah-langkah baharu untuk menangani masalah penularan berita palsu?
Meskipun parti pemerintah menolak dakwaan bahawa undang-undang itu bermotif politik dan bukan cubaan untuk menutup kebenaran namun tanggapan yang timbul ialah sebaliknya.
Sukar untuk menanggapi Jawatankuasa tersebut sebagai bebas dan pandangan mereka serta NGO diterimapakai walaupun ia mungkin tidak berpihak kepada parti pemerintah. Ini kerana rakyat sendiri boleh melihat yang Umno BN juga termasuk sebagai "pengeluar terbesar berita palsu".
Antara berita palsu yang dipelopori oleh Umno BN sendiri ialah “Kutip cukai GST, harga barang akan turun” - Datuk Ahmad Maslan, “Saya dapat derma RM2.6 bilion masuk akaun saya dari raja Saudi” - Najib dan “Felda telah dapat kembali tanah-tanah di Jalan Semarak” - Tan Sri Shahrir Samad.
Selain itu, dibimbangi sekiranya undang-undang baharu tersebut menjadi senjata politik bagi menganiaya musuh politik sebagaimana Akta Rahsia Rasmi didakwa menutup laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan skandal 1MDB dan menganiaya pendedah maklumat seperti Rafizi Ramli.
Lim Kit Siang, ketua parlimen DAP dan anggota parlimen Gelang Patah turut mempersoalkan sama ada siasatan boleh dilakukan kelak ke atas Najib dan pemimpin Umno kerana menyebarkan tuduhan palsu DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.
1MDB cerita benar, bukan palsu
Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, undang-undang baru ini memang baik kalau ditujukan kepada berita yang sebenarnya palsu.
"Tetapi janganlah pula ia digunakan untuk memadam segala artikel ataupun berita berkenaan dengan benda yang benar. Kita tahu umpamanya mengenai 1MDB, RM2.6 bilion dan sebagainya. Ini bukan palsu, ini cerita yang benar.
"Jadi asingkan yang benar daripada yang dikatakan berita palsu. Jangan gunakan undang-undang ini untuk menutup kebenaran," tambah Dr Mahathir.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sekiranya tujuannya (akta baharu) ialah untuk menapis segala bentuk berita dan melabelkan berita yang datang daripada pembangkang sebagai palsu, maka ia adalah satu penganiayaan dan tindakan tidak bertanggungjawab.
Persoalan-persoalan asas yang perlu ditanya ialah apakah yang didefinisikan sebagai berita palsu dan apakah keperluan meluluskan undang-undang baharu?
Menurut tafsiran bebas dan ringkas, berita palsu ialah maklumat yang tidak benar tetapi dibuat seolah-olah benar. Berita yang tidak dipetik dari mana-mana sumber atau fakta tetapi direka cipta.
Sesetengah pengamal media menafsirkannya dengan lebih luas iaitu berita satira, sindiran atau sendaan yang kadangkala menokok tambah dan memperkenalkan fakta dengan niat untuk jenaka atau untuk menegaskan sesuatu perkara tetapi tidak untuk memperdaya.
Claire Wardle, penyelidik di First Draft News, sebuah pusat yang ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran, melaksanakan penyelidikan dan menangani cabaran berkait kepercayaan dan kebenaran dalam media digital, mengenalpasti tujuh jenis berita palsu.
Pertama ialah satira atau parodi, kedua - perkaitan palsu (seperti judul berita yang tidak selari dengan kandungan), ketiga - kandungan yang mengelirukan (penggunaan maklumat yang mengelirukan untuk merangka isu), keempat - konteks yang palsu (kandungan yang tulen dikongsi dengan maklumat konteks yang palsu), kelima - penyamaran kandungan (sumber yang tulen disamari dengan sumber yang palsu atau dibuat-buat), keenam - kandungan yang diputar belit (maklumat atau imej benar tetapi diputar belit untuk memperdaya) dan terakhir, ketujuh ialah kandungan yang direkacipta (kandungan yang 100 peratus palsu dan direka untuk perdaya dan membawa mudarat).
Apakah tafsiran akta baharu dan jenis manakah yang dianggap berita palsu? Perkara ini perlu dinilai dengan bijaksana supaya boleh diimbangi antara berita palsu yang benar-benar memudaratkan dan tidak memudaratkan. Ia juga penting untuk dinilai sama ada ia berita palsu atau berita benar yang cuba dilindungi atau melindungi pihak berkepentingan.
Jika dilihat sepintas lalu, memang tiada kebaikan berita palsu. Namanya pun berita palsu dan mana-mana rakyat yang berakal wajib menolaknya.
Agama Islam dan saya percaya agama lain juga menolaknya sehingga fitnah dianggap lebih besar dosanya daripada membunuh. Malah ada tuntutan supaya diteliti sesuatu berita yang datang daripada orang fasik seperti mana dalam surah Al-Hujurat ayat 6.
Tuntutan berkata benar
Dalam pada itu, terdapat juga tuntutan untuk berkata yang benar dan mencegah kemungkaran. Malah menurut Imam Nawawi rahimahullah, ghibah atau menyebutkan sesuatu yang terdapat pada diri seorang Muslim, sedang ia tidak suka, dibolehkan jika ada tujuan yang syarie. Antaranya ialah mengadu tindakan kezaliman kepada pihak penguasa, meminta tolong agar dihilangkan suatu perbuatan mungkar dan untuk membuat orang yang berbuat kemungkaran tersebut kembali ke jalan yang benar (rujuk Syarah Shahih Muslim, 16: 124-125).
Justeru saya berpendapat perkara paling penting untuk dinilai ialah tujuan dan niat di sebalik berita yang dikatakan palsu itu. Tindakan yang dikatakan memfitnah itu.
Pelaksanaan apa juga undang-undang baharu atau sedia ada perlu diimbangi antara melaksanakan tanggungjawab atau mengenakan hukuman berat. Malaysia sehingga hari ini boleh mengguna pakai undang-undang sedia ada seperti Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selain Akta Hasutan 1948 walaupun terdapat beberapa kritikan terhadap Akta-akta berkenaan.
Di samping itu, kita perlu membezakan antara berita palsu yang dikaitkan dengan individu atau organisasi dengan berita palsu yang bersifat politik. Meskipun berita palsu atau fake news dikatakan sudah menjadi fenomena ancaman global dan memerlukan penyelesaian yang tuntas, namun kita tidak boleh lupa punca kepada realiti kini di negara.
Akibat krisis dan masalah yang besar melanda negara maka pelbagai teknik dan seni pemberitaan palsu dilakukan oleh Umno-BN untuk melindungi diri. Rakyat bukan benci kerajaan kerana “berita palsu” yang dikatakan daripada pembangkang. Rakyat benci kerana keperitan hidup sebenar yang terpaksa dihadapi rakyat akibat kegagalan Umno BN.
* SYED IBRAHIM SYED NOH ialah ketua penerangan PKR.

tak payah berita palsu pung memanmg kerajaang ni ada oarang memang tak suka pung
ReplyDeletedah lama dah kuat mohong
Najid pencuri bapak segala kepalsuan. Undang undang kepala bapak apa yang halang Najid dari disiasat atau ianya satu tindakan subahat! Tuuuih! Kah kah kah.
ReplyDelete