Monday, February 19, 2018

Sogok ahli BERSATU: Chegubard nafi dan buat laporan polis

Didakwa sogok ahli BERSATU, Chegubard nafi ditahan SPRM
Shakira Buang   -   Hari ini, 2:14 pm
Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin menafikan dakwaan bahawa beliau dan anggota keluarganya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyogok ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sebaliknya, Badrul Hisham menegaskan dakwaan tersebut adalah fitnah terancang pihak tertentu bagi menyerang beliau dan keluarganya.

“Saya dengan ini menafikan dan menyatakan sepenuhnya ia adalah fitnah (ke atas) saya atau isteri atau (tiada) mana-mana anggota keluarga saya ditahan SPRM kerana sebarang siasatan korupsi lebih-lebih lagi membeli ahli parti bunga raya (BERSATU)," soalnya selepas lebih dua jam berada di dalam ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard sebaliknya menyalahkan Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana membiarkan dakwaan itu.

“Fitnah ini tersebar secara sangat luas dalam pengetahuan pimpinan HARAPAN namun semuanya bisu.

"Maka persoalan timbul adakah ini taktik ‘rasmi’ HARAPAN iaitu menyerang orang yang membongkar korup dengan fitnah terancang,”

Terdahulu Chegubard hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi membuat laporan terhadap dakwaan yang tersebar baru-baru ini mengenai dirinya dan keluarganya ditahan SPRM.

Dakwaan tersebut mengatakan bekas pemimpin PKR itu ditahan ekoran cuba merasuah anggota BERSATU bagi meninggalkan parti serpihan Umno itu.

Laporan tersebut mendakwa isteri Chegubard merupakan dalang untuk menyogok Ketua Srikandi BERSATU.

Beliau yang juga Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tiba sekitar jam 11.30 pagi, ditemani beberapa individu lain.

BERSATU sebelum ini dilaporkan akan terus menekan SPRM bagi mengesahkan dan mendedahkan butiran siasatan seorang individu yang dikatakan ditahan kerana cuba menyogok ahlinya keluar parti.

Peguam parti, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, sejak tangkapan itu didedahkan 5 Februari lalu, SPRM belum membuat kenyataan tentang perkembangan kes itu.

Sementara itu dalam perkembangan lain Chegubard turut memaklumkan pihaknya akan ke SPRM Putrajaya Rabu ini bagi menyerahkan bukti tambahan berkaitan tanah Ijok yang didakwanya mempunyai kaitan dengan syarikat kroni Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Rabu ini saya akan dedahkan maklumat baru tentang isu tanah Ijok yang mana saya antara orang pertama buat laporan dan saya mempunyai banyak data maklumat dalam kes Ijok ini,” katanya.

Berkaitan: Patutlah mengamuk sakan, betul ker atau jangkaan saja ni?

2 comments:

  1. dia bergaduh dgn pkr azming, knp pulak dia serang Pakatan Harapan?

    apa yg PH boleh buat? ini perkara peribadi. tak ada kena mengena dgn Tun, Mat Sabu, atau LGE.

    ReplyDelete
  2. apa saja maklumat tentang puak yang buat salah besar dedahkan jangan takut lagi
    kita tak mau cpengkhianat di mana mana berkuasa
    dulu kes ciput benghok mati kat tempat sprm
    macam sial saja alasannya

    mansuia tak amanah manusia cilaka
    manusia gila kuasa manusia cilaka
    mansuia salah guna kuasa manusia cilaka
    mansuia melindungi cpesalah manusia cilaka
    memang dah bnayak dah cilaka ni

    ReplyDelete