Thursday, February 15, 2018

Di mana Hadi.......tidakkah kenyataan ini melawan arus atau hanya gimik?

Umno talam dua muka benarkan diplomat Israel masuk, kata PAS
Amin Iskandar · Diterbitkan pada 15 Feb 2018 11:48AM
Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah kesal dengan tindakan Putrajaya membenarkan diplomat Israel masuk ke Malaysia dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membantahnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Februari, 2018

PAS menyelar tindakan Putrajaya membenarkan diplomat Israel masuk ke Malaysia pada persidangan World Urban Forum (WUF) yang berlangsung dari 7 Februari dan berakhir kelmarin. 

Naib Presiden PAS, Mohamad Amar Nik Abdullah berkata parti Islam itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membantah tindakan Putrajaya itu dalam masa terdekat.

“Inilah sikap talam dua muka Umno,”   kata Mohamad Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan itu kepada The Malaysian Insight.

Baru-baru ini The Times of Israel melaporkan Kementerian Luar negara itu mengesahkan kunjungan diplomat terbabit ke Kuala Lumpur.

Jurucakap Kementerian Luar Israel Emmanuel Nahshon berkata diplomat negara itu menghadiri satu persidangan WUF yang berlangsung selama seminggu di Kuala Lumpur.

Menurut laporan itu, delegasi dari negara berkenaan diketuai Timbalan Duta Israel ke PBB, David Roet dan mereka menyertai persidangan Program Petempatan Manusia PBB, atau dikenali sebagai UN-Habitat.

Malaysia tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara sejak ditubuhkan pada 1948 dan sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempersoalkan tindakan Putrajaya membenarkan kemasukan beberapa diplomat Israel pada persidangan WUF.

Hubungan Umno dan PAS semakin baik selepas parti Islam itu tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) selepas Pakatan Rakyat (PR) berpecah pada 2015.

Disember lalu, Umno menganjurkan Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Putrajaya yang turut dihadiri pemimpin PAS.

Perhimpunan itu dimulakan dengan forum khas sebelum solat Jumaat melibatkan Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar H. Al Agha. – 15 Februari, 2018.

* Pada aku, kalau bukan suara Hadi susah sikit nak pakai

6 comments:

  1. Tak kan baru tau Umno tu penipu tapi PAS sentiasa sedia ditipu oleh Umno.

    ReplyDelete
  2. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

    Dan mereka berkata: "Hendaklah kamu menjadi penganut agama Yahudi atau Nasrani, niscaya kamu mendapat petunjuk". Katakanlah: "Tidak, bahkan (kami mengikuti) agama Ibrahim yang lurus. Dan bukanlah dia (Ibrahim) dari golongan orang musyrik".

    memang dah lama dah depa ni tak boleh diharap
    pak turut amalika jahanam
    tkaut amalika lebih dari takut Allah
    ornag boddo saja tak tau perangai depa ni

    ReplyDelete
  3. tuan penasihat mana?..

    ReplyDelete
  4. Ostad wey, silap ostad kata tu. Bukan talam dua muka, tapi bermuka-muka.
    Kan sedari dulu dah tau, tp masih izinkan dipatuk berkali-kali oleh ular yang sama.
    Biar kita ditipu berkali-kali, tapi jangan menipu!!! Orang bodoh dan geng bodoh je sanggup dan rela ditipu!!!

    ReplyDelete
  5. Memang PAS era lebai Hadi Awang lebih hebat berbanding zaman TGNA, lebih hebat kena kencing dengan UMNO dan lebih hebat menunjukkan ketololan mereka. PAS FOR ALL TOLOLS

    ReplyDelete
  6. Heh he he...pada aku...kata-kata Hadi lagi takleh pakai....mangkok ni semua orang dah tahu bebalnya....

    ReplyDelete